Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

8 Rawatan Semulajadi Untuk Pesakit Tonsil

Tonsilitis merujuk kepada keradangan tonsil. Tonsilitis ni boleh berlaku akibat keradangan virus dan kadangkala bakteria yang boleh menyebabkan pembesaran tonsil ni. Ada 3 peringkat, sama ada ringan, sederhana dan teruk.


Gejala biasa tonsilitis ni termasuklah sakit tekak, demam, bengkak kelenjar pada tonsil, kesukaran menelan, hidung berair, sakit kepala, nafas berbau, batuk dan bersin. 

Tonsilitis ni sangat mudah berjangkit tau, jadi berhati-hatilah. Bakteria atau virus boleh disebarkan melalui titisan di udara dari batuk atau bersin atau melalui hubungan sosial.


Jadi jika anda adalah pembawa, sila la rawat dengan segera, kesian orang yang terjangkit nanti.

Ok, memang terdapat banyak jenis ubat-ubatan untuk merawat tonsil ni tapi adalah lebih baik sekiranya anda cuba untuk merawatnya secara semulajadi, dapat tingkatkan imun sistem kita.

  • Air Garam

  • Rawatan terbaik yang paling biasa bagi pesakit tonsil adalah untuk berkumur dengan air garam yang suam. Air suam ini mempunyai kesan melegakan. 
  • Manakala garam pula akan membunuh virus dan bakteria. Selain itu garam juga boleh mengurangkan keradangan, seterusnya memberi keselesaan kepada anda
  • Cara:
    • Campurkan satu sudu teh garam dalm secawan air suam.
    • Kumur-kumur dengan larutan ni. Jangan telan tau!
    • Ulang sekerap mungkin untuk pemulihan yang cepat

    • Lemon

    • Sifat anti-viral, anti-bacteria dan anti-radang yang ada pada lemon ini akan merawat keradangan dan jangkitan. Selain itu kandungan Vitamin C nya yang tinggi akan meningkatkan ketahanan badan terhadap jagkitan
    • Cara:
      • Dalam segelas air suam, tambahkan jus dari sebiji lemon, secubit garam dan satu sudu teh madu. Minum perlahan-lahan, dua kali sehari selama beberapa hari.
      • Alternatively, anda boleh taburkan sedikit garam dan lada pada sepotong lemon, kemudian hisap lemon tu. Ia akan membantu memaksa kahak keluar dari tekak anda. Ulang 2 atau 3 kali sehari untuk beberapa hari.

      • Daun Selasih

      • Daun selasih/ basil merupakan rawatan di rumah yang berkesan kerana sifat anti virus dan anti radangnya. Tambahan pula sifatnya yang menyembuhkan dan melegakan kesakitan akan meredakan bengkak dan sakit selain dapat mempercepatkan proses penyembuhan
      • Cara:
        • Tambahkan 10-12 daun selasih ke dalam satu setengah cawan air. Jerang selama 10 minutes
        • Perahkan jus lemon (1biji) kepada larutan tadi. Kalau nak manis sikit boleh tambahkan satu sudu teh madu
        • Minum 3kali sehari selama 2 atau 3 hari

        • Kunyit

        • Sifat anti-radang dan anti-septik yang kuat yang ada pada kunyit ini menjadikan ia sesuai untuk melawan tonsil ni. 
        • Cara:
          • Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit (semulajadi) kedalam segelas air panas ataupon air garam.
          • Berkumur dengan campuran ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur. Ia akan membantu menghilangkan keradangan dan kesakitan
          • Sebagai alternatif, anda boleh tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan secubit lada hitam ke dalam segelas susu panas.
          • Minum pada waktu malam untuk 2-3 hari untuk mempercepatkan tempoh penyembuhan.

          • Kayu manis

          • Boleh digunakan untuk merawat keradangan. Kaya dengan ciri-ciri anti microorganisma, kayu manis menghalang pertumbuhan bakteria dan microorganisma dalam tonsil dan membantu mengurangkan bengkak, sakit dan keradangan.
          • Cara:
            • Tambah satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas air panas.
            • Campurkan dua sudu teh madu
            • Hirup perlahan-lahan semasa ia masih panas
            • Minum 2 ke 3 kali sehari selama seminggu

            • Daun Pudina

            • Dipercayai mempunyai kuasa anti-microb yang berkesan membunuh bacteria dan virus yang menyebabkan radang tonsil.
            • Menthol dalam daun pudina juga melegakan membran mukus dan memberi kelegaan kepada anda
            • Cara:
              • Rebus segelas air dengan segenggam daun pudina. Biarkan mendidih sehingga air menjadi separuh dari asal
              • Tambahkan satu sudu teh madu dan minum semasa ia masih panas.
              • Minum 2-3 kali sehari untuk beberapa hari
              • Boleh juga berkumur dengan pencuci mulut berperisa pudina beberapa kali sehari selama anda mempunyai tonsilitis

              • Halba

              • Mempunyai ciri-ciri antibakteria yang menjadikan ia penawar yang sangat baik untuk tonsil.
              • Halba juga mempunyai sifat anti-radang yang akan memberikan bantuan segera daripada kesakitan dan keradangan
              • Cara:
                • Tambahkan 2 sudu besar halba kepada 2-3 cawan air.
                • Renehkan selama 30minit
                • Biakan sejuk
                • Berkumur dengan air ini sekurang-kurangnya selama 30saat. Ulang 2 kali sehari sehingga tonsilitis dan sembuh

                • Biji Carom

                • Membantu dalam membanteras gejala tonsilitis kerana benihnya kaya dengan sifat anti-oksidan serta vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun untuk melawan jangkitan
                • Cara:
                  • Panaskan satu perempat sudu teh biji karom ni dalam kuali sehingga keperangan.
                  • Tambahkan secubit serbuk kunyit dan kacau sehingga sebati. Kemudian tambahkan secawan susu panas dan gaul rata
                  • Angkat dari api
                  • minum semasa masih panas. Minum sehari 2kali selama 2 ke 3 hari
                Kredit : butikgebugebu

                Kebaikan dan manfaat lemon

                Inilah yang Terjadi Pada Tubuh Anda Jika Anda Minum Air Lemon Setiap Pagi.
                Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu
                Sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system.
                Sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati

                Lemon mengandungi asid citric, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.

                Jom kita korek apakah rahsia Lemon, si kuning yang menawan ini?
                Kebaikan Minum Air Lemon Setiap Pagi

                Berikut adalah 12 kebaikan dan faedah Air Lemon kepada kita:

                1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
                2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
                3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
                4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
                5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
                6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
                7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
                8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
                9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
                10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
                11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
                12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.

                Kebaikan Air Berakali

                Front image_drinking-water
                Air adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai kepada manusia. Tanpa air, kita mungkin sukar untuk menjalankan kerja-kerja harian. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tetapi penting untuk fungsi badan seperti mengangkut darah ke seluruh badan, menstabilkan suhu badan dan banyak lagi.
                Oleh kerana komposisi badan manusia kita memerlukan air, maka air yang diminum mestilah air yang suci dan menyihatkan. Ia mestilah selamat diminum dan boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan.
                Apakah air yang sesuai untuk kita?
                Jawapannya ialah air beralkali. Ia salah satu jenis air minuman yang mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi sistem badan kita.
                Terdapat beberapa kebaikan yang anda boleh perolehi daripada minum air beralkali ini:
                1. Air beralkali meneutralkan kandungan asid berlebihan dalam badan
                Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.
                Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.
                Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.
                2. Air beralkali menyahkan sisa toksin dari dalam badan.
                Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.
                Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan menyahkan toksin.
                3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
                Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.
                Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.
                Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.
                4. Air beralkali adalah ejen antioksidan yang unggul
                Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.
                Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.
                Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
                Walaupun terdapat banyak pilihan untuk air minuman, namun air beralkali adalah pilihan yang terbaik untuk kesihatan badan kita. Kita boleh mendapatkan air yang telah diproses atau air telah dibotolkan untuk mendapatkan kebaikan air beralkali ini.
                Pilihan terletak di tangan kita. Yang pasti, air beralkali sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.

                Kebaikan Mandi Sebelum Waktu Subuh

                Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

                1) Kulit lebih lembut dan halus
                Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

                2) Melancarkan peredaran darah
                Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

                3) Meningkatkan kesuburan
                Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

                4) Mengurangkan risiko darah tinggi
                Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

                5) Mengurangkan tekanan serta tenang
                Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

                6) Meningkatkan sel darah putih
                Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

                * Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.

                Bawang Menghalang Rambut Gugur

                Ya, ia adalah jus bawang benar boleh digunakan untuk merawat keguguran rambut dan keguguran rambut isu. Malah banyak tonik rambut untuk keguguran rambut & keguguran rambut membuat penggunaan jus bawang dan ia secara klinikal terbukti untuk bekerja untuk keguguran rambut. Ia jenis bekerja sebagai perangsang dalam mempromosikan rambut baru, meningkatkan peredaran darah dan juga merupakan antiseptik dan menjaga kulit kepala dibersihkan. 

                Bagaimana untuk menggunakan 
                Parut atau campuran 1 biji bawang besar dan menapis untuk mendapatkan jus daripada itu. Sapukan jus di seluruh kulit kepala dan menyimpannya selama satu jam. Bawang mempunyai bau yang sangat kuat, pedas jadi jika anda boleh menanggung dengannya baik lagi campuran beberapa meningkat air di dalam. Basuh selepas satu jam dengan pek shampoo.Ianya boleh digunakan dua kali seminggu bergantung kepada tahap keguguran rambut.

                25 Cara Mencantikkan Kehidupan Anda

                1. Ambil berjalan kaki 10-30 minit setiap hari. & Semasa anda berjalan, SMILE. Ia adalah anti-deprest muktamad. 

                2. Duduk dalam diam untuk sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari. 

                3. Apabila anda bangun pada waktu pagi, Berdoalah untuk meminta Tuhan bimbingan untuk tujuan anda, hari ini. 

                4. Makan lebih banyak makanan yang tumbuh di pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan dan makan makanan kurang yang dihasilkan dalam tumbuhan. 

                5. Minum teh hijau dan air yang banyak. Makan blueberry, brokoli, dan badam. 

                6. Cuba untuk membuat sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum setiap hari. 

                7. Jangan buang tenaga yang berharga anda pada gosip, Vampire tenaga, isu-isu masa lalu, 
                fikiran negatif atau perkara yang anda tidak dapat mengawal. Sebaliknya melabur tenaga anda di masa sekarang yang positif. 

                8. Makan sarapan seperti raja, makan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti kanak-kanak kolej dengan kad caj maxed keluar. 

                9. Hidup tidak adil, tetapi ia masih baik. 

                10. Hidup ini terlalu singkat untuk membuang masa membenci sesiapa. Memaafkan segala-galanya! 

                11. Jangan mengambil diri anda begitu serius. Tidak ada orang lain tidak. 

                12. Anda tidak perlu untuk memenangi setiap hujah. Bersetuju untuk tidak bersetuju. 

                13. Membuat damai dengan masa lalu anda supaya ia tidak akan merosakkan masa kini.

                14. Jangan bandingkan kehidupan anda kepada orang lain. Anda tidak tahu apa yang perjalanan mereka adalah semua tentang. 

                15. Tiada siapa yang bertanggungjawab bagi kebahagiaan anda kecuali anda. 

                16 Frame setiap bencana yang dipanggil dengan perkataan ini: 'Dalam lima tahun, akan perkara ini? '

                17. Bantuan yang memerlukan, Bermurah hati! Jadilah 'Pemberi' bukan 'Pengambil' 

                18. Apa yang orang lain memikirkan anda seorang pun dari perniagaan anda. 

                19. Masa menyembuhkan segala-galanya. 

                20. Walau bagaimanapun baik atau buruk keadaan, ia akan berubah. 

                21. Tugas anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. anda rakan-rakan akan. Kekal berhubung. 

                22. Dengki adalah satu pembaziran masa. Anda sudah mempunyai semua yang anda perlukan. 

                23. Setiap malam sebelum anda pergi ke tempat tidur, Berdoalah kepada Allah dan Bersyukurlah untuk apa yang anda akan mencapai, hari ini! 

                24. Ingatlah bahawa anda adalah terlalu diberkati perlu ditekankan. 

                25.Share ini kepada semua orang dalam senarai anda untuk membantu mereka membawa lebih bahagia dalam kehidupan ...!

                Hilangkan Strech Mark Secara Semula Jadi

                Stretch mark ataupun lebih di kenali sebagai rekahan atau selulit ialah garis kelihatan di permukaan kulit, dengan yang menyebabkan kulit berbelang-belang. Stretch mark kebiasaannya terdapat dalam dinding abdomen, tetapi juga boleh berlaku di paha, lengan atas, punggung dan dada. 


                Kadang-kadang stretch mark boleh meliputi sebahagian besar pada badan. Walaupun kehamilan adalah punca utama di sebalik stretch mark, sebab-sebab lain boleh menjadi keuntungan secara tiba-tiba atau kerugian dalam berat badan, pertumbuhan pesat, faktor-faktor keturunan, tekanan dan perubahan dalam keadaan fizikal. 


                Kulit terdiri daripada tiga lapisan utama: 

                Epidermis (lapisan luar), 
                dermis (lapisan tengah) dan 
                subkutaneus atau hipodermik (lapisan paling dalam). 

                Stretch mark terbentuk dalam dermis atau lapisan tengah kulit apabila tisu penghubung adalah "diperluas" di luar kuasa fleksibiliti disebabkan oleh pengembangan pesat atau penguncupan kulit. Seperti kulit diregangkan, kolagen menjadi lemah dan kitaran pengeluarannya normal terganggu dan rosak. Ini akhirnya menyebabkan parut denda di bawah lapisan atas kulit.

                Pada mulanya markah melihat merah jambu atau merah, tetapi sepanjang masa yang, garis perak nipis muncul di permukaan kulit dan tanda regangan dilahirkan. Stretch mark muncul di permukaan kulit apabila seseorang tumbuh dengan cepat, atau memakai berat badan dengan cepat.

                Bagaimana Untuk Menghilangkan Stretch Mark  
                Stretch mark boleh membuat anda rasa peka dan tidak selesa kira-kira penampilan anda. Mujurlah, terdapat beberapa cara semula jadi untuk mengurangkan kemunculan kesan regangan. 

                1. Jus Kentang
                Jus kentang mengandungi vitamin dan mineral yang
                menggalakkan pertumbuhan dan pemulihan sel kulit. 

                Potong kentang sederhana ke dalam keping tebal. 
                Mengambil salah satu daripada kepingan kentang dan tekan perlahan pada stretch mark selama beberapa minit. Pastikan cecair dari kentang meliputi kawasan yang terjejas. 
                Benarkan jus kentang kering untuk beberapa lama dan kemudian basuh dgn air suam. 

                2. Gula 
                Gula semula jadi putih adalah salah satu ubat semulajadi terbaik untuk menghilangkan stretch mark. Anda boleh menggunakan gula untuk terkelupas kulit anda. 
                Campurkan satu sudu gula mentah dengan sedikit minyak badam dan beberapa titik jus lemon. Campurkan dengan baik dan memohon pada stretch mark dan kawasan-kawasan kulit yang lain. 
                Dengan perlahan gosokkan campuran pada kulit untuk sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari sebelum mandi. 
                Adakah ini untuk sebulan atau lebih dan menonton stretch mark anda menjadi lebih ringan. 

                3. Aloe Vera 
                Lidah buaya adalah berkesan dalam merawat masalah kulit. Ia mempunyai pelbagai nutrien yang penting dan sebatian aktif yang boleh digunakan dalam rawatan luka bakar yang ringan, manakala penyembuhan dan sifat menenangkan boleh digunakan untuk menghilangkan stretch mark. Terdapat beberapa cara untuk menggunakannya. 
                Anda boleh terus gosok aloe gel lidah pada bahagian kulit yang terjejas, biarkan selama beberapa minit dan kemudian bilas kulit dengan air suam. 
                Pilihan lain adalah untuk membuat campuran dengan cawan satu perempat daripada aloe vera gel, minyak daripada 10 vitamin kapsul E dan minyak daripada lima vitamin A kapsul. Sapukan campuran ini pada kulit sehingga diserap sepenuhnya. Ulangi proses ini setiap hari. 

                4. Air 
                Menjaga badan anda dengan baik terhidrat membantu melindungi kulit daripada pelbagai jenis masalah. Baik terhidrat Keputusan kulit dalam penyahtoksikan tetap liang kulit dan mengembalikan keanjalan, yang akan membantu banyak dalam menyingkirkan stretch mark. Cuba minum 1-2 gelas air beberapa kali dalam sehari. Pakar mengatakan sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari adalah cara terbaik untuk mengekalkan badan terhidrat. Ia juga akan menjadikan kulit anda lembut dan membantu mengekalkan keanjalan. Ia adalah dinasihatkan untuk mengelakkan kopi, teh atau soda kerana ia boleh menyebabkan dehidrasi. 

                5. Jus Lemon 
                Satu lagi cara mudah untuk mengurangkan kesan regangan adalah dengan menggunakan jus lemon. Jus lemon adalah secara semula jadi berasid yang membantu menyembuhkan dan mengurangkan kesan regangan, kecederaan kulit, jerawat, dan parut lain. 
                Sapukan jus lemon segar perlahan-lahan ke stretch mark menggunakan usul bulat. Benarkan jus lemon untuk menyerap ke dalam kulit anda untuk sekurang-kurangnya 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam. 
                Pilihan lain adalah untuk campuran kuantiti yang sama jus timun dan jus lemon dan memohon campuran pada stretch mark. 

                6. Minyak Zaitun 
                Minyak zaitun mengandungi banyak nutrien dan antioksidan yang membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit termasuk stretch mark. 
                Urut sedikit panas minyak zaitun tulen ke kawasan kulit yang terjejas. Ini akan meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan kesan regangan ke tahap yang hebat. 
                Biarkan selama setengah jam supaya vitamin A, D dan E dalam minyak yang diserap oleh kulit. 
                Anda juga boleh mencampurkan minyak zaitun dengan cuka dan air dan menggunakannya sebagai krim malam. Ini akan menjaga kulit penginapan anda lembap dan juga terkelupas kulit. 

                7. Cocoa Butter 
                Lemak koko juga sangat bermanfaat dalam merawat stretch mark. 
                Anda perlu memohon mentega koko di kawasan yang terjejas sekurang-kurangnya dua kali sehari. Selepas satu hingga dua bulan, tanda-tanda akan menjadi kurang kelihatan. 
                Pilihan lain adalah untuk membuat campuran yang menggunakan setengah cawan mentega koko, satu sudu besar gandum minyak kuman, dua sudu melilini parut dan satu sudu teh setiap aprikot minyak isirong dan vitamin E minyak. Panaskan campuran ini sehingga lilin lebah cair. Anda boleh menyimpan campuran dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk dan memohon kepada stretch mark anda dua hingga tiga kali sehari. Campuran ini akan membuat kulit anda lebih terhidrat dan licin. 

                8. Castor Minyak 
                Minyak kastor, yang digunakan dalam rawatan beberapa masalah kulit seperti kedut, bintik umur, tahi lalat, bintik-bintik hitam, garis-garis halus dan jerawat, juga boleh digunakan untuk segera menghilangkan stretch mark. 
                Sapukan sedikit minyak kastor untuk stretch mark dan urut perlahan-lahan kawasan di usul pekeliling untuk sekurang-kurangnya 15 minit. 
                Balut kawasan dengan kain kapas nipis. Menggunakan botol air panas atau pad pemanas, memohon beberapa haba di kawasan yang terjejas untuk sekurang-kurangnya setengah jam. 
                Ulangi proses ini setiap hari untuk sekurang-kurangnya satu bulan untuk mendapatkan kesan positif. 
                Bagaimana untuk menghilangkan Cap Regangkan Cepat 
                Bagaimana untuk menghilangkan Cap Regangkan Cepat 

                9. Putih Telur 
                Telur adalah sumber yang kaya dengan protein. Untuk stretch mark, anda hanya mahu menggunakan putih telur, yang mengandungi asid amino dan protein. 
                Cambuk putih dua telur perlahan-lahan dengan garpu. Membersihkan kawasan kulit yang terjejas dengan air dan kemudian memohon lapisan tebal putih telur dengan berus solek. 
                Benarkan putih telur benar-benar kering dan kemudian bilas kawasan tersebut dengan air sejuk. 
                Akhirnya memohon beberapa minyak zaitun pada kulit untuk memastikan ia lembap. 
                Ulangi proses setiap hari untuk sekurang-kurangnya dua minggu dan menonton untuk hasil yang positif. 

                10. Alfalfa 
                Daun alfalfa mengandungi lapan asid amino penting yang baik untuk kesihatan keseluruhan kulit. Mereka juga kaya dengan protein dan vitamin E dan K, yang membantu dalam memulihkan dan meningkatkan nada badan. Ejen anti-kulat di dalam alfalfa meninggalkan alkalizes dan menyahtoksin kulit, yang membantu mengurangkan parut termasuk stretch mark. 
                Campurkan sedikit kuasa alfalfa dengan beberapa titik minyak chamomile untuk membentuk pes lancar. Urut paste ke dalam kawasan yang terjejas dua hingga tiga kali sehari. 
                Ulangi ini setiap hari selama seminggu dan anda akan melihat peningkatan yang besar. 

                10 Makanan Yang Membakar Lemak

                Berikut adalah 10 Makanan Yang Membakar Lemak



                1 Oat
                Ianya bukan sahaja rasanya yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol. 


                2 Telur
                Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik. 

                3 Epal
                Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan. 

                4 Cili Hijau
                cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat. 

                5 Bawang putih
                Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik.

                6 Madu
                Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan mengambil setiap hari pada awal pagi. 

                Teh Hijau 
                Teh Hijau adalah yang paling berkesan yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan badan kita weight.Take harian 2 cawan teh untuk hasil yang lebih baik. 

                8 Rumput Gandum (Wheat Grass)
                Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak. 

                9 Tomato
                Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala. 

                10 Coklat Gelap (Dark Choclate)
                Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti-radang yang membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak. 
                Mesti berkongsi!