korang minat korea ? aku tau jawapannya :)

jawapan dia :

"maaf , saya kurang minat" , "Saya peminat sejati" , "Apa barang korea?" , "gelinye dengan muzik korea" , "kOrea terbaik" , kOrea Gay!

itu terpulang koranglah , sama ada minat atau tak , muzik is muzik . aku tahu sebenarnya yang meminati korea ni pandang lebih pada rupa paras mereka dan gaya dan persembahan gerak tari mereka yang gempak , klu kat malaysia ni kurang sedikitlah benda2 yang macam ni . sO, sebab tu korang memilih artis korea untuk muzik pop dance kan ?

sebenarnya korang tak berapa minat pon korea ni sebab bila kawan2 korang dah mula tergila2 ngan korea, korang pon pada pemulaannya memcuba , then last2 korang juga akan terpengaruh . tu tak apa lagi , klu juz setakat terpengaruh dengan muzik je xpe , ni ada pulak yang lebih kepada haram jadah sampai nak tukar warga negara la , yang tak mengaku anak melayu , yang terlebih bangga dengan warga korea pon ada juga . macam kawan aku sendirilah , sampai sanggup ketepikan semuanya demi 'kekoreaan' mereka . korealah sangat . muka macam muka jawa . ada hati la pulak nak 'mengoreakan' diri . tOlonglah sedar , minat mana pun korang kat korea ni , lagu 'negaraku' , 'anak itik tokwi' , 'ais kacang' juga yang korang nyanyi masa kecik .

dan yang paling kukuh lagi yang aku bleh katakan korang taklah berapa nk minat sangat ngan korea ni sebab , korang faham ke 100% lagu yang di nyanyi kan ? bahasa korea ke korang guna dalam seharian ? then korang selalu sangat ke ulang alik dari malaysia ke korea hanya disebabkan konsert yang sesetengah kumpulan adakah ? plzz   . ..

hidupkah cinta dengan kongkongan ?


apa yang saya nampaklah , kawan2 saya ni hidup mereka penuh dengan kongkongan selepas bercinta . Oh tidak , saya tak mahu jadi salah satu daripada mereka . 


ada ke patut nak pergi mana2 nak beritahu pasangan yang masih lagi belum sah . dah tu kalau tak bagi tahu kena plak marah dan sebagainya . perlu ke ? ada juga yang kata perlu sebab nk jadi 'gf/bf mithali' la konon . entah apa bendalah . 

sanggupkan korang demi benda2 yang tak pasti lagi ni ? 

Korang tak rasa benda ni kelakar ke? macam tah pape tah , semua benda nak bagi tahu . sampai akaun fb/twitter sendiri pon gf/bf korang ada passwordnya . korang sedar tak apa yang korang buat ?  fb and twitterkan benda personal korang ? argghh ! aku bukan jeles sangat pasal aku masih single , but aq cuma risau benda2 ni yang akan buat korang bergaduh . tak payah nak berkongsi sangatlah kalau tak ada apa2 ikatan yang sah . saya ni cakap sebab benda ni pernah jadi pada saya . plzz . 

jangan campur adok kan personal korang dengan pasangan korang . okey ?

Orang yang bOring je akan bercinta :)


Dulu saya sering tak boleh terima hakikat kawan2 saya brcinta dalam usia yang terlalu muda . macam tak logik , apa yang diorang mahukan , apa yang diorang fikirkan ? saya sungguh was2 ketika mereka berinta , saya bimbangkan mereka . Boleh ke mereka hidup dengan masalah cinta yang akan membelenggu mereka seaku tekita nanti ? memang benar , banyak masalah yang mereka alami , mybe saya adalah salah satu tempat mereka untuk meluahkan masalah mereka walaupun saya tak berpengalaman , mereka tetap meminta pendapat saya . saya hanya memberikan mereka dorongan , semangat dan sokongan sahaja .

Ternyata, saya juga seperti insan lain , insan yang memiliki perasaan cinta . semenjak kebelakangan ni , saya rasa ada sesuatu kekosongan di dalam hati saya . kosong . kosong yang berlainan rasanya . rasa tak logik kalau saya jatuh cinta . jatuh cinta ? tapi dengan siapa ? di mana dia ? 

Ya ! saya suka dia , dah lama saya perhatikan dia . memang dah lama . tapi disebabkan ketidak beranian saya untuk u]luahkan segalanya , saya terus pendam dan penuhkan aktiviti saya dengan assignment dan kawan2 .

then setelah saya dapat tahu , dia sudah bercouple sekian lama dengan seseorang dan hubungan mereka sangat bahagia , bahagianya tidak terhingga , saya terus menjadi stalker . saya mengikuti perkembangan kebahagian mereka pada setiap pos2 facebOok yang mereka nyatakan . pelik . saya juga turut rasa bahagia . cemburu ? kadang2lah . saya berpegang kuat untuk kata2 ini :

"suka kat seseorang bukan bererti kita harus memilikinya kan ? "

saya percaya jodoh yang ditetapkan tuhan adalah yang terbaik , cuma tunggu masa , tika dan waktunya sahaja . saya suka dia , tapi saya tak tahu untuk terus kepadanya . 

" tuhan ! jagakan dia untukku adai dia milik ku tuhan "

hari2 terakhir sebagai budak multimedia :)

gembira kat hati ni tak terkata , lagi 2 minggu mahu menghabiskan pengajian saya di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics , syukur kepada tuhan kerana kau telah memberikan aku peluang untuk belajar . walaupun di kolej yang tak seberapa ini . 


"PELAJAR DIPLOMA MULTIMEDIA KREATIF"

sebenarnya sejak daripada semester 3 , saya sudah merasakan multimedia ini bukanlah bidang saya , saya cuba menjadi seperti tahu sumbat yang disumbat bermacam2 benda di dalamnya . walaupun saya merasakan ianya tidak berapa serasi dengan kos yang telah saya ambil ini , saya tetap sabar menempuh saat2 terakhir sebagai student Multimedia . belum di ketahui sesiapa ketika saya berada di semester 5 , saya telah pun praktikal di syarikat ayah saya sendiri sebagai HR , walaupun kadang kala ada benda grafik yang saya lakukan . itu pun hanya disebabkan untuk menepati syarat2 'kOs multimedia' dalam penyediaan laporan akhir . mintak maaf penyarah2 . mungkin ini yang terbaik . lepas ni , mybe amek kos lain :)

part time saya sebagai nOvelist :)

saya seorang nOvelist ! sebenarnya tiada siapa saya yang sebenarnya . saya menulis di dalam senyap , xnk shOw off , so memang susah nak nampak karya yang ada nama 'qayum hekayat' cOz saya terlalu perahsia :) saya hanya menggunakan nama lain untuk menulis, yang mungkin orang tidak akan kenali sampai bila2 , kawan selalu tanya,

"aku tengOk kau ni selalu berduit, ko dapat dari mana?"

tulah rahsia saya. Andailah kalau orang or kawan2 tahu tentang nOvel yang saya karang sendiri , Oh My God ! sungguh memalukan , ianya berkenaan dengan cinta . cinta .  dan cinta walhal saya tidak pernah mengalami rasa cinta . dan mereka (kawan2) saya tidak tahu, selama ini saya adalah penulis karya cinta mereka dan saya sadurkan di dalam nOvel2 saya . maaf , mungkin kOrang akan marah atau mungkin juga akan ggembira tahap cipan . thanx kawan2 yang sentiasa meminta khidmat nasihat cinta dan luahkan cerita cinta anda kepada saya.

"thanx tuhan kerana bakat yang kau kurniakan untukku"

kutuk, caci, maki & herdik

terus terang saya cakap, saya memang suka kena benda-benda camni,
but tengoklah pada tempatnya.
baru-baru ni naik semester 6, saya tak menghadiri kelas beberapa hari atas alasan yang tertentu.
but kawan2 cerita pensyarah cakap "Qayum mana?"
 so ada lah sorang kawan cakap "dia xdatang" 
then pensyarah tersebut cakap "Ai? makin melampau malas si Qayum ni, makin lama makin TEROK!" 
tertekan juga bila dengar kawan2 cerita macam tu, but alhamdulilah, saya dapat terima, mungkin itu hanya sekadar teguran yang sinis untuk saya dan pelajar2 lain juga. 
saya masih ingat, pensyarah tu ibu bapa kita yang kedua selepas ibu bapa kandung kita, jasa mereka besar. kisah yang saya nak paparkan ni bukanlah sekadar untuk membuka pekung sendiri or aib sesiapa, juz berkongsi sedikit tentang benda yang sliser terjadi kat atas muka bumi ni.

#pensyarah ibu bapa kedua kita, teguran mereka tanda mereka sayangkan kita :) 

Hormati hak saya !

PowerBank aku hilang!
benganngnye ! Marah ?! siapa yang tak marah kalau hak mereka diambil tanpa pengetahuan ! 
dah tu bila tanya tak mengaku pulak, saya ni bukanlah spesis manusia yang tak bermaruah yang senang mengeluarkan kata-kata kesat dan reaksi marah dengan serta merta. Jadi kalau dah salah juz mengaku je lah, tak payahlah nak berselindung disebalik topeng kesalahan tu (ceh! ayat). dahlah hilang, dalam rumah pulak tu.. siapa pulak lah manusia yang ambil selain orang yang kat dalam rumah sendirikan? nak pinjam cakap, nak curi tak payah cakap! 

# marah ada had, klu dah bengang mencarOt jugak saya ni