game yang melalaikan , melekakan dan sewaktu dengannya :)

saya ni jenis yang tak suka main game ! sejak dari kecil lagi mak ngan ayah saya memang xpernah galakan untuk anak2 dia main game . game yang terakhir saya main adalah game video yang pasang guna tape tu . ynag harganya juz RM35 , baru main seminggu dah terbakar . sejak daripada tu ayah terus tak nak belikan lagi . then bila dah besar , kawan2 ajak main game , tangan kekok n kesan je nak pegang joystick . then bleh jadi ketagih bila ayah saya mula menghadiahkan saya laptop , dan time tu la saya mula pandai cari cd game dan download game . so , bila dah main game ni memang lupe nak study .

sekarang ni menjinak2kan diri main game online plak . rasa bangga la main game Sim City ni , rasa macam kaya pulak :) hahah

so, kesimpulannya walau seketagih mana pun main game , jangan la sampai xnk pergi kelas n xbuat assignment :) ingat tanggung jawap anda ok !

Misai ! Eee.. tak suka ! geli !

Misai ? Ee ! geli !
aku tak suka tengok orang yang bermisai  dan berjambang .. entah kenapa tah . geli sangat . klu juz setakat janggut tu mybe blehlah dimaafkan sebab sunnah rassullulah , tapi klu ada janggut cute sangat . . aku sebagai lelaki ni pun rasa tak selesa klu misai aku tumbuh , memang pantanglah nak tumbuh , baru nak tumbuh kena cantas . ada ke kelebihan misai ni ?  

ada jugalah kawan2 yang tak puas hati bila aku pos benda ni kat fb :
tapi , nak buat macam mane kan , mybe salah aku jugalah coz xhormat penampilan orang lain , then diorang pon kena pandai hormat jugalah apa pendapat aku . hehe . 

Ada juga yang cakap , misai ni akan menyebabkan seseorang menjadi macho n sebagainya , but aku menafikan juga , klu dah terlebih-lebih panjang misai seseorang tu , akan menjadi kegelian kepada orang lain . sampai dah tak tahu nak bezakan yang mana bulu hidung n yang mana misai .

so, kesimpulannya , klu nak bergaya macam mana pun , jagalah kebersihan diri anda . untuk sapa ? untuk anda juga . mybe untuk pasangan anda sekali .

korang minat korea ? aku tau jawapannya :)

jawapan dia :

"maaf , saya kurang minat" , "Saya peminat sejati" , "Apa barang korea?" , "gelinye dengan muzik korea" , "kOrea terbaik" , kOrea Gay!

itu terpulang koranglah , sama ada minat atau tak , muzik is muzik . aku tahu sebenarnya yang meminati korea ni pandang lebih pada rupa paras mereka dan gaya dan persembahan gerak tari mereka yang gempak , klu kat malaysia ni kurang sedikitlah benda2 yang macam ni . sO, sebab tu korang memilih artis korea untuk muzik pop dance kan ?

sebenarnya korang tak berapa minat pon korea ni sebab bila kawan2 korang dah mula tergila2 ngan korea, korang pon pada pemulaannya memcuba , then last2 korang juga akan terpengaruh . tu tak apa lagi , klu juz setakat terpengaruh dengan muzik je xpe , ni ada pulak yang lebih kepada haram jadah sampai nak tukar warga negara la , yang tak mengaku anak melayu , yang terlebih bangga dengan warga korea pon ada juga . macam kawan aku sendirilah , sampai sanggup ketepikan semuanya demi 'kekoreaan' mereka . korealah sangat . muka macam muka jawa . ada hati la pulak nak 'mengoreakan' diri . tOlonglah sedar , minat mana pun korang kat korea ni , lagu 'negaraku' , 'anak itik tokwi' , 'ais kacang' juga yang korang nyanyi masa kecik .

dan yang paling kukuh lagi yang aku bleh katakan korang taklah berapa nk minat sangat ngan korea ni sebab , korang faham ke 100% lagu yang di nyanyi kan ? bahasa korea ke korang guna dalam seharian ? then korang selalu sangat ke ulang alik dari malaysia ke korea hanya disebabkan konsert yang sesetengah kumpulan adakah ? plzz   . ..

hidupkah cinta dengan kongkongan ?


apa yang saya nampaklah , kawan2 saya ni hidup mereka penuh dengan kongkongan selepas bercinta . Oh tidak , saya tak mahu jadi salah satu daripada mereka . 


ada ke patut nak pergi mana2 nak beritahu pasangan yang masih lagi belum sah . dah tu kalau tak bagi tahu kena plak marah dan sebagainya . perlu ke ? ada juga yang kata perlu sebab nk jadi 'gf/bf mithali' la konon . entah apa bendalah . 

sanggupkan korang demi benda2 yang tak pasti lagi ni ? 

Korang tak rasa benda ni kelakar ke? macam tah pape tah , semua benda nak bagi tahu . sampai akaun fb/twitter sendiri pon gf/bf korang ada passwordnya . korang sedar tak apa yang korang buat ?  fb and twitterkan benda personal korang ? argghh ! aku bukan jeles sangat pasal aku masih single , but aq cuma risau benda2 ni yang akan buat korang bergaduh . tak payah nak berkongsi sangatlah kalau tak ada apa2 ikatan yang sah . saya ni cakap sebab benda ni pernah jadi pada saya . plzz . 

jangan campur adok kan personal korang dengan pasangan korang . okey ?

Orang yang bOring je akan bercinta :)


Dulu saya sering tak boleh terima hakikat kawan2 saya brcinta dalam usia yang terlalu muda . macam tak logik , apa yang diorang mahukan , apa yang diorang fikirkan ? saya sungguh was2 ketika mereka berinta , saya bimbangkan mereka . Boleh ke mereka hidup dengan masalah cinta yang akan membelenggu mereka seaku tekita nanti ? memang benar , banyak masalah yang mereka alami , mybe saya adalah salah satu tempat mereka untuk meluahkan masalah mereka walaupun saya tak berpengalaman , mereka tetap meminta pendapat saya . saya hanya memberikan mereka dorongan , semangat dan sokongan sahaja .

Ternyata, saya juga seperti insan lain , insan yang memiliki perasaan cinta . semenjak kebelakangan ni , saya rasa ada sesuatu kekosongan di dalam hati saya . kosong . kosong yang berlainan rasanya . rasa tak logik kalau saya jatuh cinta . jatuh cinta ? tapi dengan siapa ? di mana dia ? 

Ya ! saya suka dia , dah lama saya perhatikan dia . memang dah lama . tapi disebabkan ketidak beranian saya untuk u]luahkan segalanya , saya terus pendam dan penuhkan aktiviti saya dengan assignment dan kawan2 .

then setelah saya dapat tahu , dia sudah bercouple sekian lama dengan seseorang dan hubungan mereka sangat bahagia , bahagianya tidak terhingga , saya terus menjadi stalker . saya mengikuti perkembangan kebahagian mereka pada setiap pos2 facebOok yang mereka nyatakan . pelik . saya juga turut rasa bahagia . cemburu ? kadang2lah . saya berpegang kuat untuk kata2 ini :

"suka kat seseorang bukan bererti kita harus memilikinya kan ? "

saya percaya jodoh yang ditetapkan tuhan adalah yang terbaik , cuma tunggu masa , tika dan waktunya sahaja . saya suka dia , tapi saya tak tahu untuk terus kepadanya . 

" tuhan ! jagakan dia untukku adai dia milik ku tuhan "

hari2 terakhir sebagai budak multimedia :)

gembira kat hati ni tak terkata , lagi 2 minggu mahu menghabiskan pengajian saya di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics , syukur kepada tuhan kerana kau telah memberikan aku peluang untuk belajar . walaupun di kolej yang tak seberapa ini . 


"PELAJAR DIPLOMA MULTIMEDIA KREATIF"

sebenarnya sejak daripada semester 3 , saya sudah merasakan multimedia ini bukanlah bidang saya , saya cuba menjadi seperti tahu sumbat yang disumbat bermacam2 benda di dalamnya . walaupun saya merasakan ianya tidak berapa serasi dengan kos yang telah saya ambil ini , saya tetap sabar menempuh saat2 terakhir sebagai student Multimedia . belum di ketahui sesiapa ketika saya berada di semester 5 , saya telah pun praktikal di syarikat ayah saya sendiri sebagai HR , walaupun kadang kala ada benda grafik yang saya lakukan . itu pun hanya disebabkan untuk menepati syarat2 'kOs multimedia' dalam penyediaan laporan akhir . mintak maaf penyarah2 . mungkin ini yang terbaik . lepas ni , mybe amek kos lain :)

part time saya sebagai nOvelist :)

saya seorang nOvelist ! sebenarnya tiada siapa saya yang sebenarnya . saya menulis di dalam senyap , xnk shOw off , so memang susah nak nampak karya yang ada nama 'qayum hekayat' cOz saya terlalu perahsia :) saya hanya menggunakan nama lain untuk menulis, yang mungkin orang tidak akan kenali sampai bila2 , kawan selalu tanya,

"aku tengOk kau ni selalu berduit, ko dapat dari mana?"

tulah rahsia saya. Andailah kalau orang or kawan2 tahu tentang nOvel yang saya karang sendiri , Oh My God ! sungguh memalukan , ianya berkenaan dengan cinta . cinta .  dan cinta walhal saya tidak pernah mengalami rasa cinta . dan mereka (kawan2) saya tidak tahu, selama ini saya adalah penulis karya cinta mereka dan saya sadurkan di dalam nOvel2 saya . maaf , mungkin kOrang akan marah atau mungkin juga akan ggembira tahap cipan . thanx kawan2 yang sentiasa meminta khidmat nasihat cinta dan luahkan cerita cinta anda kepada saya.

"thanx tuhan kerana bakat yang kau kurniakan untukku"