Ulser memang menyakitkan !

Sekarang ni aku kerap sangat kena ulser mulut. Seksa oi! Susah nak gosok gigi, makan, minum. Boleh dikatakan semua benda susah nak buat lah. Sampai nak cakap pun macam tak betul dah. Haihh.


Punca terjadinya ulser mulut:
  • kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas dan sebagainya.
  • daya menahan sakit yang lemah.
  • kekurangan zat dalam makanan yang diambil.
  • tekanan perasaan (stress).
  • alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering).


Cara untuk merawat ulser mulut:
  • elakkan dari makan makanan yang terlalu banyak rempah.
  • kurangkan air berasid.
  • gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
  • letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
  • minum air masak dengan banyak.
  • elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
  • ambil mineral zink dan zat besi.
  • tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.


Dulu masa kecik, mak aku pernah ajar suruh kumur mulut guna air campur garam. Masa kecik-kecik, biasa lah sampai nangis-nangis kena paksa. Tapi memang bagus pun kalau kumur dengan air garam. Spoil sebab takboleh tahan lah rasa dia. 
Harap-harap info ni membantu lah :)

Kredit by ftindiana.com

kronologi kehilangan MH370, tragis.

KUALA LUMPUR: Misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing masih giat dilakukan dan kini memasuki hari ketiga.

Pesawat terbabit dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 1.40 pagi, awal pagi Sabtu.

Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Selain Malaysia, gerakan mencari besar-besaran ini turut dibantu oleh negara Vietnam, Republik Rakyat China, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.

Berikut ialah kronologi kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa melalui sidang media yang diadakan dari semasa ke semasa.








Kredit by astro awani

Garis masa yang menjelaskan tentang  kronoloogi peristiwa-peristiwa sekitar kehilangan pesawat MAS MH370 yang sehingga kini belum ditemui. 

  12:41 am : Penerbangan MAS) MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA). Kapalterbang Boeing 777-200 itu membawa 239 orang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal. 38 orang daripadanya dilaporkan adalah rakyat Malaysia. 

2:40 am : Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini di ruang udara Vietnam. Pesawat itu belum memasuki ruang udara dikawal oleh China dan tidak membuat hubungan dengan pengawal udara di China. 

6:40 am: Penerbangan dijadualkan tiba di Beijing , China. 

10:15 am: laporan palsu tentang MH370 penerbangan membuat pendaratan kecemasan di Nanning , China diterbitkan. Didedahkan sebagai tidak benar dalam beberapa minit. 

11:55 am : laporan palsu pihak penerbangan Vietnam menerima isyarat pesawat diterbitkan. Laporan dibukti palsu dalam beberapa minit. 

12:00 pm : Dalam satu sidang akhbar di Sepang MAS Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Jauhari Yahya berkata, penumpang penerbangan MH370 adalah 14 negara yang berbeza. 

Senarai penumpang termasuklah 153 warga China, 38 rakyat Malaysia, 12 warga Indonesia, enam warga Australia , tiga Perancis, empat rakyat Amerika , dua dari Ukraine, New Zealand dan Kanada masing-masing setiap satu dari Rusia, Taiwan, Itali, Belanda dan Austria. Penerbangan ini adalah merupakan satu rancangan perkongsian dengan China Southern Airlines. 

12.30 pm: MAS berkata tkali terakhir hubungan penerbangan MH370 adalah kira-kira 120 batu nautika timur Kota Baru di Laut China Selatan 

12:50 pm : Seorang pegawai penyelamat Vietnam menafikan ada isyarat pesawat Malaysia MH370 yang hilang telah dikesan. 1.00 pm : China menghantar dua kapal penyelamat maritim ke Laut China Selatan untuk membantu dalam operasi mencari dan menyelamat MH370 yang hilang. 

1:10 pm : Kedutaan Besar Malaysia di Beijing mengatur talian hotline bagi semua soalan yang berkaitan dengan kehilangan penerbangan MH370. Semua panggilan yang berkaitan dengan kejadian itu boleh ditujukan kepada +86 10 6532 2531 /2/ 3. 

1:30 pm: Satu kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi kerajaan Vietnam berkata bahawa pesawat itu terputus hubungan berhampiran ruang udara wilayah Ca Mau apabila ia telah bersiap untuk memindahkan kawalan trafik udara ke Ho Chi Minh. Pemindahan itu tidak berlaku 

2:00 pm : Senarai penumpang semua kapalterbang didedahkan kepada umum. ke Ho Chi Minh 

2:20 pm : Laporan tidak Rasmi di media Vietnam dan China telah memetik Tentera Laut Vietnam sebagai berkata penerbangan MH370 berada di Laut China Selatan. Kapal Penyelamat telah dihantar ke kawasan itu, kata Al -Jazeera. 

3:00 pm : Tentera Laut Malaysia berkomunikasi dengan rakan sejawatannya dari Vietnam untuk mengesahkan laporan melihat bahawa bangkai penerbangan MH370 dieksani berhampiran sebuah pulau di sebelah selatan negara ini.

MAS meminta dua keluarga terdekat setiap penumpang berada di KLIA pada pukul 6 petang hari Sabtu. 

4:20 pm : Vietnam kerajaan mengesahkan bahawa penerbangan MH370 hilang di ruang udara Vietnam


Terbaru Pengurus IT Menjumpai Objek Menyerupai kapal Terbang Dengan Gambar Satelit

Pengurus Teknologi Maklumat (IT) bernama Mike Seberger berkata dia mungkin telah berjaya mengesan atau menjumpai pesawat Malaysia Airlines yang hilang menggunakan gambar satelit beresolusi tinggi baru-baru ini

Imej yang dikesan oleh beliau menunjukkan satu objek berbentuk kapal terbang di bawah awan Teluk Thailand, salah satu cabang Laut China Selatan. 42 kapal dan 39 pesawat dari 12 negara telah dihantar untuk operasi mencari dan menyelamat namun setakat ini masih belum menemui pesawat tersebut Namun jika pengesanan yang dibuat oleh Seberger adalah betul, dia mungkin telah menyelesaikan misteri yang mendapat perhatian seluruh dunia dan mengejutkan para pakar penerbangan hanya dari rumah. Seberger, 47, dari Chicago, Amerika Syarikat, menemui objek misteri itu setelah login ke laman web Tomnod, yang telah memuat naik imej satelit seluas 1,000 batu persegi sehari selepas kehilangan pesawat tersebut.

Lebih kurang setengah juta orang dari seluruh dunia telah mendaftar untuk misi online tersebut pada hari pertama dan hampir 100,000 orang menggunakan laman web tersebut setiap minit. Minat orang ramai sangat tinggi, sehinggakan laman web tersebut beberapa kali mengalami masalah server disebabkan trafik yang tinggi. Laman itu berfungsi dengan memperuntukkan setiap pengguna dengan satu kotak kecil kawasan yang dicari. Pengguna kemudiannya meneliti kotak tersebut dengan teliti satu teknik yang dipanggil carian orang ramai .

Gambar satelit tersebut di ambil 400 batu dari paras bumi pada 9 Mac dan boleh menangkap imej bagi objek sekecil garisan kotak penalti satu padang bola. Sekiranya pengguna terjumpa sesuatu yang menarik, mereka menandakan objek tersebut untuk makluman pengurus laman web Tomnod. Seberger berkata dia hanya mengambil masa beberapa minit untuk menemui objek tersebut, yang dikatakan memiliki dimensi yang konsisten dengan pesawat Boeing 777.



KUALA LUMPUR: Pendakwa raya Perancis telah membuka kertas siasatan kehakiman pada Selasa untuk menyiasat kemungkinan ‘pembunuhan’ ekoran kehilangan empat warganegara itu bersama pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Sabtu lepas.

Menurut laporan awal AFP, ini adalah amalan biasa negara itu.

Ketua Media Kedutaan Perancis di Malaysia, Damien Syed mengesahkan laporan itu dan berkata ianya hanyalah sisatan awal.

"Ia adalah sangat biasa bagi Perancis untuk berbuat demikian. Setiap kali seorang warganegara Perancis maut di luar negara, pendakwa raya Perancis biasanya akan membuka kertas siasatan awal untuk menyelidik mereka, " katanya.

Peguam Malaysia, Datuk Mohd Haziq Pillay pula berkata siasatan kehakiman itu terlalu awal kerana setakat ini tidak ada bukti mengenai apa yang berlaku kepada MH370.

"Saya tidak menentang siasatan kehakiman, namun pendakwa raya Perancis perlu sedar bahawa kita sedang melalui masa yang sukar sekarang, dan mereka tidak seharusnya membuat spekulasi ," katanya kepada Astro AWANI.

Beliau berkata perlu ada dua syarat untuk siasatan kehakiman kemungkinan ‘pembunuhan’ iaitu perlu ada kematian dan pihak Perancis harus membuktikan kecuaian yang membawa kepada terhempasnya pesawat tersebut.

Mohd Haziq turut merasakan bahawa sekiranya siasatan itu diteruskan, ia akan menjatuhkan nama Malaysia dan peranan yang dimainkan olehnya di persada anatarabangsa.

Sementara itu, peguam Syariah Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir berkata siasatan itu tidak masuk akal kerana perlu ada bukti jenayah dan pada ketika ini, ia tidak wajar untuk menuduh mana-mana pihak.

Nizam berkata apa-apa siasatan yang dilakukan oleh mereka akan bertentangan dengan pihak lapangan terbang.

Semalam, Pihak Polis Antarabangsa (Interpol) menolak kemungkinan keganasan di dalam kejadian ini.
Empat penumpang Perancis yang dikenal pasti adalah Laurence Wattrelos, 52, dan anak-anaknya Hadrien, 17 dan Ambre, 14 serta teman wanita Hadrien, Zhao Yan, 18.


Yang turut membantu dalam pencarian MH370 


kemarau salah satu tanda2 kiamat. 3 tahun sebelum kedatangan dajal.


Diceritakan 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal, Allah akan perintahkan:

1- tahun pertama: 
utk langit mengurangkan hujan 1/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok2 sebanyak 1/3 juga.


2- tahun kedua:
utk langit mengurangkan hujan 2/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok2 sebanyak 2/3 juga.


3- tahun ketiga:
utk langit tidak turunkan hujan langsung dan bumi tidak lagi menumbuhkan sebarang tumbuhan. Lalu dunia akan mengalami kemarau luar biasa, tiada binatang yg hidup kecuali beberapa ekor yg Allah kehendaki.


Ketika itu Dajjal akan muncul. Di saat inilah kita semua akan mengalami fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal. Dajjal mempunyai kuasa utk menurunkan hujan, dan berkuasa menumbuhkan pokok2. Dajjal dikatakan membawa sungai2 (bagaimana caranya wallahualam) yg berupa sungai api dan sungai air yg sejuk, dan mempunyai gunung roti. Dajjal mempunyai syurga dan nerakanya sendiri utk memperdaya manusia. Ketika itu, Dajjal akan menawarkan bantuan kpd manusia tatkala bumi sedang nazak dgn kemarau, tanpa air dan makanan. Lalu yg tidak beriman dgn mudahnya akan mengaku Dajjal adalah Tuhan kerana Dajjal berupaya menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuhan. Selain sungai dan bekalan gunung roti. Nabi Muhammad s.a.w berpesan, ketika Dajjal menawarkan air sungai, pilihlah sungai api, celupkan kepala ke dlm sungai api itu lalu minumlah kerana itulah air yg sebenar. Yg tidak beriman akan terpedaya memilih sungai air, iaitu sebenarnya adalah api. Persoalannya, mampukah kita percaya bahawa api itu air dan air itu sbnrnya api? Di saat kita semua dlm keadaan terdesak? Tepuk dada tanya iman... buatlah persiapan dr sekarang kerana tanda2 kiamat semua sudah ada. krisis air..bumi sudah memberi petanda ...tingkatkan keimanan atau terus leka? Pilihan di tangan sendiri....wallahu'alam.

Hekayat #13

Penjara itu adakalanya lebih bebas...
penjara itu kadangkalanya untuk mereka yang tidak bersalah...
penjara itu juga sememangnya untuk ketidak adilan,

Tanpa usul periksa,
tanpa budi bicara,
tanpa perikemanusiaan,

yang lemah tertindas,
yang kuat berkuasa.
yang perlu di ingati adalah Allah yang agung segala2nya.

Popularnya SUPPLEMENT GLUTA... Gluta ? apa tu ?


Definisi Gluta?
  • Ramai yang tak tau asal usul kejadian Gluta ni kan... Kebanyakan produk supplement mesti ada kandungan gluta utk memberikan kesan n effek pemutihan...(bahan ini ada dlm campuran produk2 supliment pemutihan dll...)
  • Glutation peroksidase atau glutathione peroxidase adalah nama umum bagi suatu keluarga enzim dengan aktiviti peroksidase yang mampu memainkan peranan biologi utama dalam menjaga organisma daripada kerosakan akibat aktiviti oksidaan. Fungsi biokimia glutation peroksidase adalah untuk menurunkan hidroperoksida lipid kepada asas alkoholnya dan menurunkan hidrogen peroksida bebas kepada air yang bersifat neutral. (<--- xberapa nak faham kan? jom teruskan membaca)
  • juz daripada apa yang aq dah research, gluta ni terdiri daripada 2 kategeri, ada yang datang daripada binatang (tak pasti, xdinyatakan) dan ada juga daripada tumbuh-tumbahan (pun tidak dinyatakan) agak sedikit meragukan jugakla, but sape2 yang tahu bleh la berkongsi maklumat. aku ni bukannye pakar dalam benda-benda cmni pon, saje nak amek tahu gak, coz aq pon pakai bende2 ni :)



Fungsi Glutathione:

  • Memutih dan melicinkan kulit 
  • Melambatkan proses penuaan 
  • Melangsingkan badan 
  • Untuk kecerahan berganda dan membentuk wajah menjadi lebih runcing 
  • Menyekatakan tona warna kulit menjadikan kulit lebih bersinar 
  • Menghilangkan jerawat dan juga parut jerawat 
  • Mengurangkan kedutan dan bintik2 gelap dan membantu mempercepatkan kulit menjadi lebih berseri-seri dan kemerah-merahan secara semulajadi 
  • Supplement yang mudah dan selamat 
  • Anda tidak perlu menahan sakit dan membazirkan wang anda dengan kaedah suntikan dan pembedahan


Manfaat Glutathione pada tubuh:

  • Mengatasi masalah kesulitan hamil & menambah bilangan sperma (untuk lelaki) 
  • Mencegah dan merawat gejala kanser, HIV, fibroid, alzhemeir, Parkinson, thyroid 
  • Merawat gejala berkaitan paru2 seperti lelah, radang paru2 & emphysema (udara  berlebihan dalam paru-paru) 
  • Merawat masalah hati (menyahtoksin nikotin, alkohol) 
  • Merawat keletihan melampau, katarak & masalah mata, diabetes, darah tinggi 
  • Melindungi jantung & merawat kolesterol 
  • Melambatkan proses penuaan, meningkatkan system imuniti, merawat rambut gugur dan lain-lain


Keberkesanan pada kulit :

  • Mengecilkan pori-pori & menjadikan kulit lebih lembut, segar & berseri-seri 
  •  Menghindari pigmentasi serta mengawal & mencegah kesan jerawat 
  • Jawapan kepada kedutan awal  
  • Menghasilkan & membaiki DNA 
  • Membasmi nikotin dalam badan


Tiada gejala negatif terdapat pada gluthathion kecuali "Pencerahan Kulit Secara Keseluruhan…"

Berapa lama nampak kesan? Perubahan seawal dalam 2 minggu, perubahan ketara adalah seperti berikut: 

  • Kulit yang sederhana cerah "Light-medium brown skin" : 1-3 bulan 
  • Kulit yang tona gelap "Dark brown skin": 3-6 bulan 
  • Kulit yang amat gelap " Very dark skin" : 6-12 bulan 
  • Kulit hitam " Black skin": Sekurang-kurangnya 18 bulan ke atas


Cara Pengambilan Gluta : 

  • Sebelum pengambilan produk ini disarankan lakukan detoks selama 3-5 hari supaya toksin di dalam badan dapat di keluarkan dan proses keberkesanan produk super whitening gluta lebih cepat berkesan.
  • kanak-kanak dan orang yang sudah berumur 55 tahun ke atas dilarang untuk mengambil gluta ini.
  • Jangan ambil kafein dan minuman berkarbonat semasa pengambilan GLUTA ini kerana ia boleh menyerap Vit C, kolagen dan glutathion (agen pencerah) dalam badan. Jika hendak minum juga jarakkan masa 3-4 jam selepas pengambilan gluta.
  • Minum air putih 2-3 liter sehari bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat.

Kesan penggunaan terhadap individu mungkin berbeza mengikut pelbagai cara terhadap pengambilan individu itu masing-masing...

Kenapa saya makan macam2 SUPPLEMENT tapi hasil lambat/tak nampak hasil ?


Jom kita fikir n renung2kan.....



1.Tidak mengikut dos yg ditetapkan
  • Certain badan kita mampu untuk ambil supplement yg high dos ,ada yg x mampu...sbb tu naik ruam or jerawat.so pada permulaan ambil suplmnt cuba pada dos sedikit dhulu.selepas 3 hri.bru tmbh dose..klo tibe 2 naik ruam tu ha.high dos la tu. cuba kurangkan x pun bnyakkn air masak

2. Kurang Minum Air Masak

  • ini paling penting.. beli suplemnt mahal2 tpi malas minum air masak.. makan suplemnt pastu bgtau naik jerawat. ble tnya minum bapa liter air masak 1 liter. smpai asyik ke toilet. adoi.. x ckup tu dikkpaling kurang pun 3 liter.. macam sy sendri sbb ada toksin bnyk dlm badan sy minum 5 liter.. asyik ke toilet lepas minum.. itu perkara biasa.. makin kerap buang air kecil makin bnyk la toksin terbuang. jgn just mkn suplmnt... yg lain x jaga.

3.Tidak istiqamah / berdisiplin

  • hari pertama semngat makan...hari ke 3 ke 4 mula la ada lopong2 .terlupa ambil time pagi .terlupa ambil time malm..kena disiplin kan diri..suplmnt bukan tuk cantik je tpi tuk badan anda.

4. Pengambilan kafein
  • ada yg peminat tegar kopi, teh nescafe.. x snggup nak tinggalkan minuman favourite anda.so please jgn mkn suplmnt sbb nnti membazir .klo awk mkn sulment then minum plak kafein mmg x ke mana khasiat tu sbb kafein tu dah serap. rugikan.. sbb tu la kesan pun x nampak.. nak cntik nak sihat cuba kurangkan kafein klo tinggalkan terus lgi bagus...

cara-cara memilih tembikai yang elok



Hari ini opah nak bercerita mengenai petua untuk memilih buah tembikai yang elok.Sekarangkan musim panas, memang elok untuk anda semua bakan buah tembikai yang banyak kandungan air. Di kiri kanan jalan banyak peniaga yang menjual buah ini. Tapi bagaimana untuk memilih buah yang baik, manis dan sedap?Mesti ramai yang belum tahu, mai cuba petua opah ini


TIPS MEMILIH TEMBIKAI YANG BERJUS DAN MANIS

1. Cuba periksa punggung buah tembikai, alur di bahagian jika lebih dekat dengan punggungnya maka elok lah tembikai tu, Jangan buang masa dan terus beli!

2. Cuba periksa tangkai tembikai itu.Opah sarankan pilih tangkai yang bengkok berbanding yang lurus.

3. Berdasarkan warna, opah sarankan anda semua memilih buah yang berwarna hijau gelap kerana ia dipercayai lebih manis.

4.Yang terakhir mari kita mengkaji daripada corak tembikai tersebut. Garisan di badan tembikai yang rata dipercayai akan mempunyai rasa yang lebih manis

Dah tahu cara yang betol memilih tembikai, Jom kita sama-sama beli dan cuba praktikkan petua ini!
Selamat mencuba!kredit by petuaopahku.bs.com