13 Perkara Yang Perlu Dijaga Wanita

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Wanita
========
1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sama-sama kita SHARE kepada rakan-rakan kita yang lain ye

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Wanita



1. Bulu kening 

Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng 
Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang)
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan
esungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
Sama-sama kita SHARE kepada rakan-rakan kita yang lain ye

Kredit by my network

Asal usul melayu ?

 Asal-usul Melayu Dari Mana Orang Melayu Datang
Dalam membicarakan pasal Melayu ni, kita kena faham yang Bangsa Melayu dan Kumpulan Etnik Melayu adalah dua benda yang berlainan. Bangsa Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu di Malaysia. Manakala Kumpulan Etnik Melayu merujuk kepada masyarakat Melayu secara khusus kepada Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Sumatera.

Asal Usul Bangsa Melayu
Menurut beberapa sumber, dikatakan Melayu itu berasal daripada Melayu Proto dan Deutero. Berdasarkan catatan oleh Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia and Singapore, yang dikatakan sebagai Melayu Proto ialah Melayu Asli ataupun Melayu Purba yang berhijrah daripada Tanah Besar Asia atau Yunnan ke Semenanjung Malaysia dan Kepulauan Melayu pada sekitar tahun 2500 sebelum masihi. Mereka dikatakan mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.

Manakala Melayu Deutero pula, menurut Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, Orang Melayu terdahulu telah kemudian diganti oleh Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 Sebelum Masihi. 

Jikalau kita ingin berkata mengenai asal-usul orang Melayu, ia cukup luas kerana wujudnya pelbagai jenis bangsa Melayu di Malaysia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Pusat Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang dimulakan sejak Januari 2006 bertajuk Menjejak Asal-usul Melayu di Semenanjung Malaysia.

Kajian mereka mendapati wujudnya kepelbagaian corak DNA yang terdapat dalam Masyarakat Melayu moden hari ini yang mungkin berlaku kerana percampuran dengan orang Arab, Cina, India dan Thai. Ini menyokong fakta sejarah yang pernah menyebut Kerajaan Melayu Melaka satu ketika dulu adalah kerajaan yang gemilang dan kedatangan pedagang dari China, India dan Arab menyebabkan berlakunya perkahwinan campur.

Dikatakan terdapat 14 sub etnik Melayu yang mendiami Semenanjung iaitu:
i . Melayu Kelantan (Melayu yang masih asli) di Kelantan
ii. Melayu Yunan di Terengganu
iii. Melayu Minang di Negeri Sembilan
iv. Melayu Aceh di Perak
v. Melayu Mandailing di Perak
vi. Melayu Rawa di Perak
vii. Melayu Riau di Johor
viii. Melayu Bugis di Johor
ix. Melayu Kerinci di Selangor
x. Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
xi. Melayu Jawa di Johor dan Selangor
xii. Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
xiii. Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
xiv. Melayu Banjar di Johor, Selangor dan Perak

Hasil awal yang diperolehi mencadangkan suku Melayu Kelantan adalah suku Melayu yang masih tulen. Ini kerana Melayu Kelantan masih memelihara keturunan mereka tanpa banyak berlaku perkahwinan campur. Selain itu, suku Melayu Kelantan juga dikatakan suku pertama yang membuat petempatan di Semenanjung.

Budaya Melayu juga dikatakan ada persamaan dengan suku Naga yang menetap di perbatasan Myanmar/India. Malah melalui ujian DNA, dikatakan ada satu penanda di dalamnya yang hanya biasa ditemukan dalam populasi di India.

Jadi walau daripada mana pun kita datang, sebenarnya kita adalah penghuni kepulauan Melayu sebelum kehadiran bangsa-bangsa lain seperti Cina dan India. Malahan masyarakat asli Sabah dan Sarawak juga penduduk lebih awal daripada Cina dan India dan merupakan masyarakat utama seperti melayu dan termakub dalam perlembagaan. Namun, pengaruh Cina dan India serta agama Budha dan Hindu dalam masyarakat Melayu tidak dinafikan.

Justeru, sebagai Orang Islam, kita perlu pandai membezakan adat melayu dan budaya melayu dengan tuntutan agama, supaya yang menjadi suruhan Allah kita laksanakan dan yang ditegah kita jauhi.

Raja kepada segala RAJA di timur ialah empayar agung MELAYU. Betapa hebatnya raja bagi segala tamadun timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan & Raja Daratan, Semuanya terkandung di dalam KITAB Sulalatus Salatin atau lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu dikarang oleh Tun Sri Lanang. 

Ramai sarjana barat telah mengkaji karya agung ini seperti Winsted dan Shellebear. Perlu diingat Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) sendiri mempunyai sekurang-kurangnya 29 versi dan versi-versi popular adalah hasil kajian sarjana Barat dan tidak mustahil sarjana Barat seperti Shellabear yang menambahkan kata ‘Makaduniah’ kepada nama Iskandar Zulkarnain untuk menamatkan jejak bangsa Melayu sekaligus menamatkan teka-teki ini.--Tamat. Sulalatus Salatin--http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Melayu 

Lihat lagi peta di sini. Permulaan: Kajian dalam bidang Arkeologi dan Genetik hari ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu-Proto yang mendiami Benua Sunda merupakan nenek moyang kepada populasi manusia hari ini. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Persidangan Asal Usul Melayu : Induknya Di Alam Melayu, Zaharah Sulaiman yang menjelaskan di dalam tayangan video bagaimana penduduk di Benua Sunda terselamat daripada letusan gunung berapi Toba, kira-kira 75,000 tahun lalu. Menurut Zaharah, sekumpulan 10,000 yang terselamat daripada letusan terbabit berpindah dari Afrika ke Benua Sunda (Asia Tenggara) "Mereka terselamat kerana berlindung di kawasan Benua Sunda yang tidak dicemari debu radioktif gunung berapi. "Mereka merupakan asal-usul kepada perjalanan manusia moden hari ini," Kumpulan itu bagaimanapun, terpaksa berpindah daripada India, China, Jepun, dan Amerika Syarikat ekoran daripada pemanasan global pada 25,000 tahun lalu yang menyebabkan banjir besar yang merubah Benua Sunda menjadi kepulauan-kepualau, kecil. 

Kenyataan tersebut menolak teori sebelum ini yang menyatakan Melayu berasal daripada Yunan atau "express train" yang menyatakan mereka berasal dari Taiwan yang melakukan penghijrahan. Menyokong teori tersebut adalah Pakar Genetik daripada Oxford Genetic Anthropology, Stephen Oppenheimer yang menyatakan bukti genetik yang menunjukkan orang Melayu dan Orang Asli merupakan penduduk asal Asia Tenggara. Ia sama ada daripada Kepulauan Indonesia mahupun Filipina, atau tanah besar Asia seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, dan wilayah IndoChina. Menurut kajiannya, termasuk ujian DNA terhadap masyarakat Semang, Senoi, dan kumpulan Orang Asli lain termasuk Melayu, ia menunjukkan 44 peratus mempunyai moyang yang hidup di kawasan ini sejak sebelum 25,000 tahun lagi. Sementara 36 peratus lagi menunjukkan moyang mereka menetap di kawasan tersebut sejak 5,000 ke 25,000 tahun, manakala hanya sejumlah 6 peratus mempunyai susur galur Taiwan yang berpindah ke sini sejak 5,000 tahun lalu. 

Tambahnya, terdapat juga bukti arkeologi yang menyaksikan industry peleburan besi antara 6,500 ke 8,000 tahun lalu yang disebarkan dari Indonesia /Malaysia(benua sunda) ke seluruh dunia. Kenyataan berkenaan turut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Saintis Universiti Sains Malaysia, Zafarina Zainuddin. Menurut Zafarina, kajiannya menunjukkan DNA yang diambil daripada kumpulan yang hidup di kawasan yang sama mempunyai keturunan Melayu asli sekurang-kurangnya untuk tiga generasi. "Sekiranya dia seorang lelaki daripada Machang, Kelantan dia boleh mengesan keturunannya untuk tiga generasi, dan sekiranya dia berasa was-was, kita asingkan," katanya. Tambahnya, dia berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi kerana mengeluarkan geran sebanyak RM1.4 juta untuk tujuan kajian tersebut, yang membuktikan masyarakat Melayu merupakan kominiti tertua di rantau ini. Menurutnya, pencarian "Melayu berasal daripada Tanah Melayu" akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan seterusnya orang Melayu akan berasa bangga menjadi Melayu.

kredit by blogapakahitu.bs.cm

apa itu STEM CELL ?



Apakah itu Sel Stem?
Secara umumnya, Sel Stem boleh dianggap sebagai sel induk kerana keupayaannya untuk menjadi semua jenis sel atau tisu di dalam badan kita. Contohnya, sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah.
Oleh itu, ia boleh digunakan untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa jenis penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis rheumatoid, lumpuh saraf tunjang dan lain-lain lagi.
Klik Di Sini untuk melihat senarai penyakit yang boleh dirawat dengan Sel Stem.
Sel Stem boleh didapati dari dua sumber utama, iaitu:
  1.     Sel Stem Embrionik (ESC)
  2.     Sel Stem Dewasa (ASC)

Sel Stem Embrionik

Sel stem ini diperoleh daripada embrio (janin) yang berusia 8 – 10 hari (blastula). Ia terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh, iaitu, tabung uji (in-vitro fertilization) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Sel Stem ini diekstrak dari manusia atau binatang (terutamanya kambing biri-biri).
Rawatan dan penyelidikan Sel Stem ini telah menimbulkan banyak kontroversi dari sudut agama, moral dan etika. Ini kerana embrio yang disuntik akan mati setelah diekstrak.
‘A life is destroyed to save another’.

Sel Stem Dewasa

Ia wujud di dalam badan kita dari saat kita dilahirkan.
Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak.
Sehingga akhir-akhir ini, sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan adakalanya sukar untuk diperolehi (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).
Tetapi akibat kajian terkini yang telah dilakukan sejak 5 tahun lepas telah menemui kebolehan sel stem dewasa yang mampu bertindak seperti sel stem embrionik. Ia tidak lagi terhad kepada pembentukan sel darah, tulang dan tisu penghubung.
Selain itu, kajian terbaru yang telah dijalankan oleh para saintis telah membuktikan bahawa Sel Stem dewasa adalah tunjang kepada sistem pembaharuan (renewal) semulajadi badan kita. (2009, Christian Drapeau MSc. “The Stem Cell Theory of Renewal”)
“Body’s Self-Repair Kit” – regenerating cells damaged by disease, injury and everyday wear and tear.
“Natural Repair Mechanism”

Rawatan/Terapi Sel Stem di Malaysia

Rawatan atau terapi Sel Stem digunakan secara meluas dalam bidang klinikal di Malaysia bagi merawat penyakit-penyakit kronik. Kaedah ini disebut sebagai transplant atau pemindahan. Kaedah transplant/pemindahan yang terkenal pada masa kini adalah:
  1. Transplant/Pemindahan Sel Stem Dewasa : Sel Stem dari Tulang Sum-sum.
  2. Transplant/Pemindahan Sel Stem Dewasa : Sel Stem dari Darah.
  3. Transplant/Pemindahan Sel Stem Plasenta : Sel Stem dari Darah Tali Pusat.

Transplant/Pemindahan Sel Stem Dewasa – Sel Stem dari Tulang Sumsum

Rawatan atau terapi Sel Stem yang paling terkenal. Cara ini digunakan secara meluas untuk merawat leukemia, kanser dan pelbagai jenis penyakit darah. Sel Stem dari tulang sum-sum akan diekstrak keluar dari badan pesakit.
Kos Rawatan: RM50,000 ++

Transplant/Pemindahan Sel Stem Dewasa – Sel Stem dari Darah

Peripheral Blood Stem Cells (PBSC) atau ‘Sel Stem Darah Periferal’.
Walaupun kebanyakan darah Sel Stem berada di dalam tulang sumsum kita, sebilangan juga hadir dalam aliran darah kita. Sel Stem dari darah juga boleh digunakan seperti Sel Stem dari tulang sumsum kita untuk merawat penyakit seperti leukemia, kanser dan penyakit darah. Darah dari pesakit sendiri atau penderma digunakan.
Kos Rawatan:
RM30,000/prosedur (Yuran Pemprosesan: RM15,000; Yuran Tahunan: RM1,800)
(Sumber: StemLife)

Transplant/Pemindahan Sel Stem Tali Pusat – Sel Stem dari Darah Tali Pusat

Sel Stem Darah Tali Pusat, iaitu, Sel Stem Hemopoietik (HSC) atau lebih dikenali dengan nama Cord Blood Stem Cells.
Bayi yang baru lahir tidak perlu lagi tali pusat mereka. Tali pusat ini selalunya dibuang begitu sahaja. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kajian telah membuktikan bahawa darah di dalam tali pusat didapati kaya dengan Sel Stem. Ianya terbukti berguna dalam merawat jenis masalah kesihatan yang sama seperti mana dalam kaedah mengunakan Sel Stem dari Tulang Sum-sum.
Malah pesakit yang mengunakan kaedah mengunakan Sel Stem dari darah Tali Pusat kurang terdedah terhadap penolakan badan dibandingkan kaedah mengunakan Sel Stem dari Tulang Sum-sum atau kaedah mengunakan Sel Stem dari Darah. Ini kerana sel-sel tersebut belum cukup matang sehingga di lihat sebagai suatu ancaman oleh sistem kekebalan (immune system) tubuh badan penerima. Darah Tali Pusat juga belum cukup matang untuk menyerang sel-sel di dalam tubuh badan penerima.
Untuk menggunakan sel stem bayi, apa yang PENTING adalah:
  1. Jumlah sel stem darah tali pusat bayi perlu mencukupi untuk pesakit.
  2. Sel stem bayi perlu sepadan/serasi dengan pesakit.
  3. Sel stem bayi pula perlu bebas penyakit.

Bagaimana sel stem tali pusat ini dikumpulkan?

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, tali pusat bayi akan diketip dan dipotong. Dengan mengunakan pembersih kuman, doktor akan menyuntik jarum pada tali pusat dan darah dalam tali pusat akan mengalir ke dalam beg plastik. Keseluruhan prosedur cuma mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia adalah selamat kepada ibu dan bayi.
Tidak semua sel stem tali pusat berjaya diambil, Sekiranya berlaku komplikasi kelahiran, doktor akan lebih menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengambil darah tali pusat.

Berapa lama darah tali pusat ini dapat bertahan semasa disimpan?

Sebaik sahaja dikumpulkan, darah akan dibawa ke tempat penyimpanan dan akan dibekukan. Darah tali pusat apabila disimpan dengan baik dapat bertahan sehingga 10 tahun.
Selalunya ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka akan berjumpa dengan pihak Perbankan Sel Stem bagi mengetahui apakah prosedur yang akan dilakukan bagi mengekstrak dan menyimpan sel stem tersebut. Pengumpulan/pengambilan sel darah tali pusat boleh dilakukan secara peribadi menerusi hospital atau pun klinik swasta.
Malaysia kini mempunyai 4 bank utama untuk menyimpan sel darah tali pusat.
Bank Tali Pusat di Malaysia:
  1. StemLife
  2. CryoCord
  3. CellSafe International
  4. StemTech International
Ibu/bapa yang ingin mengambil tahu tentang proses tersebut bolehlah membuat kajian terlebih dahulu, bandingkan keempat-empat bank tersebut dan nilaikan dari segi:
Kos Rawatan: lebih kurang RM10,000
Yuran Pendaftaran: RM2,500
Yuran Tahunan: RM250 (selepas ulang tahun pertama bayi)

KESIMPULAN

Apa yang kita boleh simpulkan di sini adalah semua jenis transplant/pemindahan Sel Stem yang terdapat di Malaysia menelankan kos ribuan ringgit bagi para pesakit. Bagi orang yang berduit dan mampu membayar, pastinya tiada masalah bagi mereka untuk mengeluarkan kos tersebut. Walaubagaimanapun, apakah nasib bagi orang yang tidak mampu membayar kos tersebut? Apakah pilihan mereka? Pinjam duit dengan rakan-rakan atau keluarga? Buat pinjaman peribadi? Seribu satu soalan persoalan akan mula timbul di dalam fikiran mereka.
Namun begitu, anda tidak perlu risau lagi. Jika saya mempunyai satu cara alternatif yang sedia ada dan boleh digunakan serta merta untuk mengelakkan perkara di atas berlaku, adakah anda akan berminat untuk mendengarnya? Jawapannya ringkas tapi sangat berkesan.
ANDA HARUS TINGKATKAN PENGHASILAN SEL STEM DEWASA (ADULT STEM CELLS) UNTUK MENJANA PEMBAHARUAN SEL-SEL BARU DI DALAM BADAN ANDA DAN SETERUSNYA MEMBAIKPULIH ORGAN-ORGAN YANG BERMASALAH.

Jika Sel Stem Dewasa dapat dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh badan kita, mengapa perlu kita menjalani rawatan atau pemindahan sel stem?

Disebabkan faktor-faktor yang berikut, pengeluaran sel stem dewasa kita MAKIN BERKURANGAN. Sel-sel kita mula kurang berfungsi secara optimum. Oleh itu, badan kita tidak dapat menghasilkan bilangan Sel Stem Dewasa yang berkualiti bagi mencetuskan proses pembaharuan sistem badan kita. Jadi, badan kita lebih mudah mengalami kecederaan dan lebih terdedah kepada penyakit-penyakit lain.

Bagaimana StemEnhance atau AFA Extract boleh membantu dalam Proses Renewal System Badan kita?

AFA Extract TIDAK mengandungi sel stem. Ia adalah “Stem Cell Nutrition” ataupun Penggalak Sel Stem.  Ia adalah campuran dua sebatian yang diekstrak daripada sejenis tumbuhan air botanical, iaitu, Aphanizomenon flos-aquae (AFA): -
  • Satu ekstrak, dimana mengandungi L-selectin ligand, membantu pengeluaran sel stem (CD34+ cells) daripada sumsum tulang secara semulajadi.
  • Ekstrak seterusnya, salah satu bahagian yang kaya dengan polisakarida iaitu Migratose (yang telah dipatenkan) membantu pemindahan sel stem keluar daripada darah ke dalam tisu.
Jadi, dengan makan 3 KAPSUL (1 Gram) AFA EXTRACT setiap hari, bilangan sel stem dalam badan akan bertambah sebanyak 25%. Teori ahli sains “Dengan pertambahan sel stem, maka kesihatan akan bertambah“. Sel stem pada manusia dihasilkan oleh tulang sum-sum dan bergerak ke seluruh badan dan menggantikan sel-sel organ yang diperlukan, dan seterusnya kesihatan kita akan bertambah baik. Teknologi ini adalah yang pertama dipatenkan di US.
“StemEnhance” atau juga dikenali sebagai “AFA Extract” di Malaysia menyokong pengeluaran Sel Stem Dewasa secara semulajadi dari tulang sum-sum kita, dan seterusnya membantu dalam penyelenggaraan kesihatan yang optimum.
Seperti antioksidan yang penting untuk melindung sel kita daripada kerosakan “radikal bebas”, penggalak sel stem turut sama penting dalam menolong sel stem kita untuk mengekalkan fungsi organ dan tisu badan yang lebih baik


Apa Itu Apple Stem Cell? Sel Stem Epal
Di dunia ini ada sejenis epal yang sangat bagus untuk menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan seterusnya memperbaiki sel-sel kulit yang mati dan ini akan menyebabkan kulit jadi lebih cantik dan menarik. Percaya atau tidak, terdapat sejenis epal di dunia ini yang memilik sel stem yang dapat membantu mengekalkan keremajaan kulit anda.

APA ITU STEM CELL?
Stem Cell boleh didapati dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan, juga dari sel organ dan sel sumsum tulang manusia. Darah di dalam tali pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai dan secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarganya sahaja. Stem cell juga boleh diambil dari sel haiwan seperti arnab.

Namun, penyelidikan tentang stem cell semakin giat dijalankan oleh saintis dunia dan akhirnya kini stem cell tidak lagi diambil dari stem manusia atau haiwan, tapi diambil dari buah-buahan, dan buah yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk menghasilkan stem cell ialah BUAH EPAL.

APA ITU APPLE STEM CELL?
Di Switzerland rata-rata penduduknya mengamalkan memakan sejenis buah epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat kepada kesihatan. Buah epal Uttwiler Spatlauber ini sangat istimewa kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Lebih menarik buah ini kaya dengan phytonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang tahan lama.

Apple Stem Cell berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit.

Apple stem cell ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular, risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit sendi.

Apple stem cell mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan disamping menggalakkan penghasilan sel baru. Ia juga boleh membantu melindungi sel induk kulit manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra ungu (UV).

Ini kerana, menurut hasil kajian epal bukan sahaja dianggap sebagai bahan antioksida malah ia juga mampu mencegah penyakit barah. Secara tidak langsung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.

Buah epal juga mengandungi elemen kesihatan ohytonutrient yang boleh melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.
Selain itu, buah epal turut memiliki khasiat tersendiri yang bertindak mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan. Ia juga mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Apple stem cell sememangnya berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar disamping menggalakkan pembentukan pigmen kulit.

Pedih Ulu hati. Rasa terbakar.

Dada saya terasa panas selepas makan. Adakah ini pedih ulu hati?

Besar kemungkinan, ya. Ramai wanita yang mengalami pedih ulu hati buat pertama kalinya semasa hamil. Walaupun ia agak menyakitkan, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi.

Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.

Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.

Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.

Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Adakah pedih ulu hati perkara biasa dan bilakah ia akan berhenti?

Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan, terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula mengalami pedih ulu hati dan ketakcernaan dalam separuh masa kedua kehamilan, walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu.

Kira-kira satu pertiga daripada wanita-wanita hamil mengalami pedih ulu hati seawal trimester pertama dan angka ini meningkat sehingga dua pertiga bagi mereka yang dalam trimester ketiga. Jangan bimbang. Sebaik sahaja bayi anda lahir, simptom-simptom ini biasanya akan hilang tanpa meninggalkan kesan buruk.

Adakah apa-apa yang boleh saya lakukan mengenai pedih ulu hati?

Ya, memang ada. Pencetus utama pedih ulu hati biasanya ialah makan, berbaring dan membongkok. Jika anda boleh mengenalpasti aktiviti apakah yang mencetuskan pedih ulu hati atau apa yang membuatkannya lebih teruk, anda boleh cuba untuk mengelakkannya.

Walaupun anda mungkin tidak dapat mengelakkannya seratus peratus, sesetengah daripada perkara berikut mungkin dapat membantu anda melegakannya:
  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.

Sesetengah ubat jenis antacid atau alginate yang boleh dibeli tanpa preskripsi dapat melegakan pedih ulu hati. Namun, periksalah dahulu dengan pakai obstetrik anda atau ahli farmasi. Anda perlu memastikan ianya selamat diambil semasa hamil dan ia merupakan rawatan yang betul untuk simptom-simptom anda.

Sesetengah ubat untuk pedih ulu hati boleh menyebabkan sakit perut, manakala sesetengah yang lainnya perlu dielakkan jika anda berkemungkinan mengalami tekanan darah tinggi atau praeklampsiaAlginates membentuk lapisan perlindungan pada dinding perut dan esofagus. Ia lebih berkesan untuk simptom-simptom reflaks. Antacid pula meneutralkan asid perut dan berguna sebagai langkah berjaga-jaga. Tidak kira yang mana satu yang disyorkan kepada anda, pastikan anda tidak mengambil lebih daripada dos yang disyorkan.

Mengambil antacid pada waktu makan atau sebelum tidur mungkin dapat membantu mengelakkan pedih ulu hati.

Namun, jika anda turut mengambil pil zat besi, anda tidak boleh mengambil antacid pada waktu yang sama. Ini kerana, antacid boleh mengganggu penyerapan zat besi jika diambil dalam tempoh dua jam daripada pengambilan pil zat besi.

Jika perubahan yang dilakukan serta rawatan-rawatan yang anda jalani tidak dapat menyelesaikan masalah ini, hubungilah doktor anda. Beliau mungkin boleh mencadangkan langkah seterusnya.


Mungkinkah pedih ulu hati ini petanda bagi sesuatu yang lain?

Mungkin, tetapi ini bergantung kepada di mana kesakitan itu berlaku dan samada anda mengalami simptom-simptom yang lain.
  • Pedih ulu hati biasanya bergerak dari belakang tulang dada hingga ke tekak. Sebaliknya, jika anda merasa sakit pada bahagian atas abdomen, di bawah tulang rusuk, ini mungkin tanda praeklampsia. Jika anda tidak pasti, hubungilah doktor anda.
  • Jika kesakitan itu berlaku pada bahagian kanan atas abdomen dan anda rasa loya, ini mungkin menandakan masalah hati yang berkaitan dengan kehamilan anda.
  • Ada kemungkinan anda mengalami masalah pencernaan yang tidak berkaitan dengan kehamilan, seperti ulcer peptik.

Jika anda rasa sukar untuk makan, berat badan anda menurun atau anda bimbang mengenai simptom-simptom lain seperti yang dinyatakan di atas, jumpalah doktor anda.

http://www.babycenter.com.my/a25004833/pedih-ulu-hati#ixzz2vvU7JTSp