Cinta Si Tolol (Aku)

Aku biarkan dia terus mencintai orang lain, sebab aku tau, aku tak mampu untuk dia. 

ya ! selalu, selalu aku biarkan dia bersama dengan orang yang dia sayang kat depan bijik mata aku sendiri. kadang2 adalah sedikit rasa jelous and mual nak termuntah sampai rabak tekak.


diorang pulak, depan aku bukan main mesra lagi. amboi, macam merpati dua sejoli (tak berapa nak joli sangat la), dah lah tak halal. tambah dosa je. Aish! 



"WOI ! KAU TAU TAK YANG AKU CINTAKAN KAU?"



tu je yang ku termampu cakap kat dalam hati. biasalah orang pengecut macam aku ni, mana berani nak terus terang. so, biarlah aku cintakan dia kat dalam hati je (gila tak? bukan psiko okey!).



"BIARKAN AKU YANG SAKIT KERANA MENCINTAINYA, 
JANGAN DIA YANG SAKIT MENCINTAIKU"


Nilah jadi kalau orang banyak tengok drama melayu. Kadang-kadang aku terfikir bertapa tololnya aku, yela.. kalau aku betol-betul suka dia, Aku nak sangat kenal dia serapat mungkin, aku nak cuba jadikan dia yang halal bagi aku, 

Sepatut-patutnyalah kan.. (lagu najwa and sleeq tetiba terpasang kat radio ni tetau je) mestilah aku bagi tahu dia, aku usaha dan ambil hati dia, aku cuba buat dia suka kat aku, aku buat dia gembira. tapi aku? emmm.. aku tak pernah cuba benda-benda tu, aku takut, aku pengecut. aku tak nak kecewa. yang jelas sekarang ni.. aku impikan seberani Siti Khadijah yang melamar rasullulah S.A.W. sooooooooooo swwweeeeeeetttt :) (insyaAllah)

Percintaan yang merosakkan Persahabatan

Actually aku mengaku sebenarnya percintaan ni sedikit demi sedikit merosakkan dan menghakis nilai persahabatan. ya! aku setuju sangat-sangat.

Aku ambil contoh terdekatlah, Baru-baru ni adalah seorang kawan aku yang ajak keluar. katanya nak spent time dengan aku coz dah lama tak jumpa (katenyee). Memang kitorang dah lama tak jumpalah, but kat facebook masih bersua (ayaatttttt). katanya tak puas kat facebook, wechat and whatapps berserta line. So aku layankan jela. Alhamdulilah jugaklah ketika tu coz dia masih ingat and teringin nak keluar dengan aku.

Tappppppiiii.... (Tipikal, Ayat drama melayu)
Tau tak apa jadi sepanjang pertemuan aku dengan dia? emmm.. bukan nak kata apalah, juz aku terkilan sedikitlah, ya.. aku tau kau sekarang dah maju, dah  ada GF/BF/OS, and aku seperti biasa single sentiasa.

Berbalik pada apa yang aku terkilan, dia keluar dengan aku memanglah keluar. tapi yang aku sangat dan amat terkilannya ialah kau asyik berkepit dengan handphone kau, berbalas-balas mesej dengan GF/BF/OS kau. Dah tak cukup dengan tu siap call and video call bagai, yaa... memang aku puji tentang kesetiaan koreng (setialahsangat) tapi, mana janji kau yang konon-kononya nak spenttime dengan aku?

Aku rasa time tu aku orang paling bangang, paling bodoh keluar dengan kawan macam ni, kalau korang ada kat tempat aku pun korang boleh terasa, terabai, terbiar.. konon tanye masalah aku, tapi bila aku cerita, kau sibuk tersengih-sengih depan phone kau. jari jangan cakaplah laju je menaip. Lebih sanggup aku jalan sorang, daripada jalan dengan orang macam ni.


Dulu benda ni pernah gaklah jadi kat aku, Kawan baik yang dok sebilik ngan aku. konon-konon ajak keluar. last2 jadi camni. (rujuk cerita diatas) tak cukup dengan mesej-calling, balik umah buka facebook chatting pulak. adoooiii..

Kadang-kadang aku sendiri pun pelik, orang bercinta ni kalau diorg mesej setiap hari cakap ape je? (Soalan orang tak pernah couple) (promot2! hahaha)

Politik Teluk Intan


Baru-baru ni berlangsungnya PRK di Teluk Intan,
dan kemenangan berpihak kepada calon Datuk Mah Siew Keong BN.

 

MACAI POLITIK - BAYANGAN TOGHUT YANG TOGHO

Kemelut politik dan dilema pemilihan kepimpinan dan sistem sebuah negara bukan satu perkara remeh. Bila kami utarakan isu Dyana dan PRK Teluk Intan, ramailah macai yang sawan. Ya, macai tetap macai. Sudah ada mental blockage semuanya. Terlalu taksub dan sangat asobiyah. Sampai bila pun tidak boleh dineutralkan dengan hidayah Islam. Sebab itu nabi SAW kata ‘tidak Islam orang yang Assobiyah’.

Dalam membangun RPWP, kami yang dari berbagai profesyen menyatu sebagai sebuah komuniti kecil. Kami sentiasa memikirkan bagaimana sistem Islam itu boleh membuatkan satu komuniti itu hidup sejahtera, berkasih sayang dan bekerjasama. Alhamdulillah kami dapati ia amat sejahtera dan mampu mensejahterakan orang lain tanpa perlu meraba-raba dan meminta-minta. Syaratnya kita kena cari jalan, bukan mencari alasan. SODAQALLAH.. SORAQORASULULLAH.

Duduk di bumi ini tidak boleh lari dari mengambil tahu keadaan semasa juga. Melihat kekalutan sekeliling, maka terfikir juga bagaimana kesejahteraan ini boleh diperluaskan agar lebih ramai yang dapat merasa. Ini kerana ia turut menjejaskan kehidupan semua. Lalu kami buat kajian dengan sungguh-sungguh dan telus. Kami cari di mana punca sebenar dengan mengkaji sejarah pembangunan Islam sejak zaman Rasulullah SAW, langsung kepada kronologi kejatuhannya sampailah sekarang.

HAKIKAT JAHILIYAH & FENOMENA ASSOBIYAH

Bila kami luahkan dengan telus tentang situasi kejahilan kita saat ini, pastinya ia akan menampakkan kelemahan dan kelebihan semua pihak, dari dahulu sampai sekarang. Ramailah macai yang jumud mula melompat. Amboi… semua 32 juta rakyat Malaysia ni bodoh dan salah belaka, Warga Prihatin sahaja yang pandai dan betul. Itulah mentaliti macai politik yang penuh dengan sifat THOGHO.

Jika ada di kalangan 32 juta rakyat malaysia bahkan penduduk dunia sekalipun yang cukup pandai, yang benar-benar tepat ilmunya, yang melaksana dengan ikhlas dan tulus, tentu Islam dan umatnya di seluruh dunia tidak jadi semakin hari semakin teruk begini. Pasti ada yang tidak kena di mana-mana, samada kelemahan pada 'ilmunya' atau pada 'pelaksana'nya. Allah tidak pandang sepandai mana pun kita selagi ilmu yang ada tidak dilaksana dengan sempurna. (QS:5/68) (QS;61/2-4).

Fenomena yang kami temui ialah, memang ramai bijak pandai yang berilmu, namun kebanyakannya dicemari dengan nafsu dan impian diri atau kelompok sendiri. Ia digunakan untuk menguntungkan diri sendiri, samada dari segi populariti nama atau laba dunia. Firman dan hadis dimanipulasi mengikut kemahuan sendiri. Kerana ingin menjaga nama dan periuk nasi, mereka sering bertelagah dan salah menyalah. Padahal Islam mahu mereka duduk semeja dan tampung menampung sebagai satu jemaah (ULAMAK, BUKAN ALIM).

Ada pula bijak pandai yang ditaja dan dinaungi oleh pihak atau kelompok tertentu. Lalu kebijaksanaan itu juga diguna untuk memanipulasi fakta dan dakyah bagi memenuhi kehendak penaja dan kelompok mereka. Ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah seluruh dunia. Jangan tipu diri sendiri jika kita kata kita tidak perasan dengan situasi ini. Ada yang sekali imbas nampak mukhlis, namun bila kita ikuti lebih jauh, maka akan nampak jelas pemesongannya.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir akan sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisan (resam)nya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali“. (Hadis Riwayat Baihaqi)

'Kolong Langit' yang dimaksudkan itu ialah pihak atasan para ulamak yang membuatkan mereka tidak bebas berhujjah. Masjid sebagai tempat sebaran ilmu hanya menjadi tempat berhimpun untuk tujuan ritual dan ceremonial sahaja. Selain itu ia dikunci kerana bimbang dicerobohi.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya dien itu awalnya asing (dagang), dan ia akan kembali dirujuk sebagai asing (dagang). Beruntunglah bagi orang yang mengembalikan apa yang asing itu, apa sahaja yang telah dirosak manusia, daripada selepas aku, daripada sunnahku. (Hadith riwayat Muslim)

Itu adalah teks asal yang lengkap tentang hadis ini. Kini banyak tersebar ringkasannya yang berbunyi.. “ Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali dagang (asing). Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang (asing)”.

Hari ini segala sunnah nabi sudah dirobah. Itu sudah menjadi lumrah yang tidak fitrah. Itu yang menyebabkan 'sejahtera' yang seharusnya didapati dari amalan keIslaman kita tidak terhasil. Cara berfikir, cara bekerja, cara berkeluarga, cara melantik pemimpin, cara memimpin, bahkan cara membaca quran sekalipun sudah dirobah. Apabila sunnah ingin dikembalikan, ia lalu kelihatan pelik dan asing.

Satu hal yang paling penting ialah, selepas kewafatan Nabi SAW, Allah tidak akan sekali kali turunkan hidayah secara kaffah kepada sesiapa secara individu, melainkan kepada JEMAAH atau majlis syuro orang-orang alim (ULAMAK). Namun apa yang kita lihat hari ini adalah sebaliknya. Masing-masing bercakap dan memutuskan perkara (fatwa) atas dasar individu (AKU). Sekali sekala kita akan dengar individu itu mengatakan ia mengikut pendapat ulamak secara umum.. tapi MAJLIS ulamak yang mana? Rupanya ulamak yang dirujuk itu juga berfatwa atas kapasiti individu. Maka hasilnya semakin hari semakin banyak perselisihan.

THOGHO & FENOMENA JAHIL, ZALIM DAN BODOH

Jahil itu tidak salah kerana kita semua memang dilahirkan jahil (QS:16/78). Yang sedih adalah sifat zalim dan menzalimi diri serta mempengaruhi orang lain. Iaitu si BODOH, yang JAHIL tapi tidak boleh DIAJAR, yang tidak mahu BELAJAR dan AMBIL PELAJARAN. Samalah orang susah yang tidak mahu ditolong. Orang sesat yang tidak mahu bertanya untuk ditunjukkan jalan, orang lapar yang tidak mahu makan. Itulah hakikat BODOH yang ZALIM.(QS:33/72)

Kebodohan kita amat menyerlah bila ramai yang masih bertanya perkara yang sudah ditulis. Nyata sekali golongan ini jenis orang yang tidak sensitif kepada ilmu. Samada kita jenis tengok gambar lalu terus lompat untuk memberi komen tanpa membaca, atau kita jenis yang membaca tapi tidak mampu memahami apa yang dibaca. Komen pula penuh dengan carut marut dan caci maki. Inilah masalah berhadapan dengan masyarakat jahiliyah yang zalim dengan ego dan bongkaknya.

Buat makluman semua, kami kumpul maklumat bukan hanya dari pembacaan dan menonton video. Kami turut berkelana mencari bukti dan maklumat hidup. Kami menjelajah ke Jepun, China, Rusia, Indonesia, Brunei, Singapura, London, Eropah, Amerika, Australia, India dan seluruh Jazirah Arab. Kami wawancara umat dunia, kami selidikki muzium mereka.

Kami juga terima pelawat dari pelbagai bangsa, pegangan agama dan dari pelbagai negara. Ada juga yang datang berkampung berminggu-minggu di RPWP untuk ikut berbakti dan berkongsi maklumat. Mereka ikut kerja, ikut syuro, makan minum dan tidur sekali. Mereka belajar dari kami dan kami juga belajar dari mereka.

Memerhati situasi dunia dan masyarakatnya, menampakkan yang kita sedang bermimpi. Kita perasan kita masih Islam kerana kita tidak mengkaji, lalu tidak mampu membayangkan bagaimanakah kehidupan Islam yang sebenarnya melalui pembacaan alquran dan kisah Nabi SAW serta para sahabat dahulunya. Selagi kita tidak mengkaji dengan mendalam dan menghayatinya, selagi itu kita akan merasa hebat dan bersangka-sangka. Tidak sedar yang kita sedang berada dalam tahap kejahilan yang parah dan huru hara.

Hasil kajian kami turut dibenarkan oleh beberapa intelek Arab. Samada yang kami wawancara di sana, maupun melalui mereka yang sedang menyambung pelajaran di sini. Kebanyakan wawancara itu ada rakamannya dan ada masa boleh kita tonton bersama. Sukar untuk kami huraikan namun kesimpulannya mereka kata Umat Arab wajib belajar dari sampel komuniti yang ada di Warga Prihatin. Mereka sendiri dengan tegas mengatakan yang umat Islam sudah tidak boleh lagi mengharapkan Arab untuk menegakkan semula agama ini.

Ia juga turut disahkan dengan bukti dari situasi dan kejadian-kejadian semasa masyarakat dunia dan tidak terkecuali di Malaysia juga. Hanya munafik sahaja yang tidak mahu mengakui bahawa kita sedang berada di tahap paling bawah dan amat parah saat ini. Islam seharusnya menguasai, namun hakikatnya kini kita yang dikuasai, malah diratah masyarakat dunia seperti serigala memakan kambing.

KEBINGUNGAN (DHOL) YANG MAKSIMA MENJEMPUT HIDAYAH

Apabila disingkap polemik Dyana dalam PRK Teluk Intan, maka nampak jelas tahap kebingungan umat dalam membuat pilihan. Lebih membingungkan lagi apabila ia diperluaskan kupasannya kepada sistem demokrasi tajaan penjajah yang menganjurkan kita memilih pemimpin dan cara bagaimana kita harus memimpin negara dan dunia ini. Itulah sistem ‘pecah dan perintah’ yang bertentangan dengan pendekatan Islam yang menganjurkan penyatuan, ‘ummatun wahidah’.

Inilah hakikat kebingungan yang maksima. Hidayah Allah hanya akan hadir dan dirasakan bernilai tinggi setelah kita mengakui yang kita telah bebar-benar bingung. WAWAJADAKA DHOOLLAM FAHADA (QS:93/1-11). Selagi kita masih tidak merasa bingung, itu tanda kita masih ego dan merasa serba cukup, serba pandai. Maka hidayah Allah tidak laku. (QS;96/4-7)

Tanpa merasa cukup bingung, tidak akan ada selera kita untuk benar benar mengkaji dan menghayati dengan sungguh-sungguh hazanah ilmu yang telah sekian lama Nabi SAW wariskan kepada kita. Untuk melaksana dengan tepat jauh sekali. Lalu bagaimana hasil baik dari sistem Islam dapat kita kecapi?

Macai yang sudah dirasuk dengan ketaksuban politik akan sentiasa berfikiran negetif. Sewaktu membaca, dalam kepala ada mental block, sentiasa mencari alasan untuk menolak, lalu bagaimana ilmu mampu dicerna? Kerana itu isi maklumat yang jelas tertera pun tidak melekat dalam kepala selepas membaca.

ISLAM LEMAH KERANA UMATNYA MALAS MEMBACA

Kesian sekali melihat atitud orang kita. Bila disuruh baca quran, maka dengan sinis bertanya mereka, admin berapa kali katam quran dalam setahun? Merungut lagi, .. admin nampak berat sebelah sebab kelemahan puak ini disebut lebih, yang satu lagi sebut sedikit saja… Komplain lagi… cerita banyak tapi tiada solusi. Padahal sudah dikiaskan solusinya dan pembaca lain dapat tangkap apa yang tersirat..!

Kami hanya tuliskan apa yang terkait dengan isu yang dibincangkan. Macai mahu kita panjangkan lagi dengan membanyakkan kutukan terhadap lawan mereka. Lepas tu minta kami tuliskan dengan jelas solusinya dalam artikel yang sama itu juga. Pada masa yang sama masing masing komplain artikel kami TERLALU PANJANG. Inilah sikap orang kita yang malas membaca atau tidak fokus dan menghayati ketika membaca. Fatihah surah pendek itu pun Allah minta kita ulang baca 17x sehari.

Islam itu agama ilmu. Sumber ilmu adalah membaca dan bertanya. Kerana itu jika kita imbas nuzul quran (turutan turunnya wahyu), maka kita lihat surah pertama ialah tuntutan MEMBACA, diminta mengakui yang kita ini jahil dan tidak tahu apa-apa, agar bacaan itu mampu mengajar kita. Juga tuntutan agar jangan merasa diri kita serba cukup. Itu akan membuatkan ilmu susah masuk dalam diri kita. Bacalah (QS:96, AL-ALAQ/1-8)

Surah kedua turun ialah bicara tulisan dan mata pena. Tuntutan agar kita menulis hasil iqra’ untuk membantu yang lain. Ayat-ayat awal surah itu menjelaskan bahawa isi tulisan kita memang jauh berbeza dan agak gila-gila. Tidak lunak isinya, namun akan dapat dilihat ciri akhlak melalui kata-katanya, itulah ‘kholqin aziim’, berakhlak tinggi. Bukan macam tulisan macai yang tidak berakhlak. Penuh dengan carut marut tapi kosong isinya. Bacalah (QS:68, ALQALAM/1-13)

Surah yang ketiga turun, QS:73, ALMUZAMMIL menuntut kita kurangkan tidur. Ketika yang lain sedang lena dibuai mimpi, kita harus bangun membaca dan terus mengkaji dengan tartil dan sabar. Mulakan bacaan dengan apa yang mudah. Jangan peduli dengan caci maki orang yang tidak mengerti. Allah tidak akan beri hidayahNya jika kita terus terusan tidur setelah mendapat hidayah.

Surah keempat, QS:74, ALMUDATSIR Allah tegur kita yang sudah jaga tapi duduk termenung sahaja. Ia menuntut kita bangkit, memberi peringatan, mengajak manusia mensucikan dan membesarkan nama Allah melalui sistem dan aturannya. Bersihkan segala kekotoran dari sistem hidup yang sedang kita PAKAI. Allah akan hentikan hidayahnya jika kita masih termenung dan teragak agak untuk membersihkan segala kecacatan cara hidup yang telah diperingatkan kepada kita.

Surah kelima, QS:1, FATIHAH: adalah pembukaan kepada segala isi kandung alquran. Di sinilah Allah lakarkan visi dan misi alquran secara keseluruhannya. Dengannya kita akan lebih bersemangat mencari maklumat tentang manual yang terkandung dalam alquran keseluruhannya untuk memenuhi misi dan visi itu. Itulah sukatan yang telah Allah tetapkan. Dalam Fatihah itu terselit segala kunci, yang membolehkan kita menemui ‘code breaking’ kepada rahsia kitab mukjizat nabi itu. Selepas itu insyaAllah semua jalan akan terbentang lurus.

KESIMPULAN

Antara ciri besar zaman jahiliyah ialah umat terlalu menyembah manusia secara individu. Itu menggalakkan manusia berbuat untuk mencari nama dan populariti. Ia berbeza dengan RPWP. Kami menulis secara NAHNIAH, tidak menampilkan mana-mana individu yang telibat dalam penulisan. Tujuan agar anda menilai ilmunya, bukan penulisnya. Ini juga untuk mengelakkan niat menulis itu tidak sekali kali terpesong dengan sikap ANANIAH (KEAKUAN), untuk mencari nama dan laba dunia secara peribadi.

Bila kami boleh rungkai masalah, pastinya kami ada jalan keluar untuknya. Kami telah sampaikan kepada beberapa pihak yang berkepentingan secara private. Tidak semuanya boleh kita tulis secara terbuka kerana bukan semua orang suka agama dan negara ini bangkit semula. Jika ada yang ikhlas ingin tahu, silakan datang dan bersemuka, secara individu atau berkumpulan. InsyaAllah kami tidak akan sembunyikan apa sahaja maklumat yang ada. Yang penting masing-masing ikhlas, lillah billah semata-mata.

Bagi yang kurang akal dan menuduh kami mahu buat parti baru biar kami permudahkan pemikiran anda. Jika kami katakan kami tidak suka dengan sistem demokrasi kepartian yang partisan dan memecah belah, mana mungkin kami akan menganjurkan perkara yang sama. Yang mengatakan kami penyokong JATI atau Datuk Hasan Ali, ANDA TERLEPAS PANDANG, sila baca semula artikel itu kerana ianya sudah kami jelaskan.

Yang menuduh maupun menganjurkan kami masuk bertanding untuk jadi pemimpin juga silap besar. Kami hanya suka kongsikan buah fikiran untuk manfaat negara dan umat dunia. Itu bukan sunnah nabi. Kami bukan jenis orang yang suka memburuk-burukkan pemimpin lalu berusaha menggulingkan sesiapa untuk merebut kuasa dan menaiki tahta. Pendekatan sebegitulah yang membuatkan nasihat kita sukar diterima oleh pemimpin yang ingin kita nasihati. Anda yang berani dan suka jadi pemimpin teruskan memimpin. Yang kami mahu ialah koreksi kepimpinan lillah billah demi kesejahteraan umat.

Sekali lagi kami ulangi. Jangan salahkan mana-mana individu atau kelompok secara spesifik. Kerosakan ini telah ditaja sejak mula. Cuma kita tidak menyedarinya. Kami yakin ramai di kalangan kita telah berusaha sedaya upaya. Cuma mungkin belum jumpa cara yang benar benar sempurna. Kita kasihkah TGNA, kita simpati pada DSAI, kita kasihan melihat kebingungan YAB DS NAJIB juga yang lain-lain. Semuanya ada kelemahan dan kelebihan. Apabila kelebihan disatukan, kelemahan pasti akan dapat diatasi.

Sumber : fb saiful nang, warga prihatin & themalaysiansider.

Cadbury dan ke - babi - an - nya

ANTARA CADBURY, BABI & KERA - ANALISA MUHKAMAT & MUTASYABIHAT 

Peperangan dari isu DNA babi dalam coklat Cadbury nampaknya semakin menjadi-jadi. Sepertimana biasa, ia turut dijadikan bahan ejekan dan caci maki mengiringi scenario politik negara, khususnya dalam kegilaan berkempen dalam PRK Teluk Intan ini.

Kami tidak dapat menjawab satu persatu ajuan soalan dari pembaca mengenai pendirian kami bersabit isu ini, melainkan merangkumnya dalam satu rencana khas ini. Antara sudut penting yang banyak menjadi bahan polemik ialah pandangan fiqah secara muhkamat, sensitiviti adat budaya dan politik semasa. Namun dalam rencana ini, kami ingin memperlihatkan sudut pandang yang turut mencakupi sudut MUTASYABIHAT dari isu babi ini.

Ada banyak pandangan yang dikeluarkan oleh ilmuan yang boleh dikatakan tulus dan ikhlas dalam memberikan pandangan, bahkan telah dikeluarkan sejak 2011 lagi. Namun ramai yang lain memberikan pendapat serta tidak balas yang mengikut nafsu dan berlebih-lebihan. Lebih membingungkan umat apabila ia turut diutarakan oleh orang yang ada nama dan kepentingan diri serta kelompok yang diwakili.

ISU 'TUKAR DARAH' & TUNTUTAN GANTI RUGI

Mungkin ada wajarnya jika pihak berkuasa kerajaan mahu menyaman pihak pengeluar. Hujjah teknikal yang bernas adalah kerana telah menyelewengkan tanda halal. Produk yang dikeluarkan tidak menepati piawaian yang ditetapkan melalui syarat-syarat tanda halal itu. Seterusnya gantirugi moral, yang telah menjejaskan kesetabilan emosi dan akidah umat Islam dari perlanggaran itu, sama juga kaedahnya seperti saman malu.

Ada pula pihak NGO yang mahu menuntut RM 100 juta, sampai pengeluar ‘terbersin’ katanya. Satu pihak lagi mahu menuntut beberapa billion RM sampai pihak pengeluar berdarah, dengan ungkapan ‘make them bleeding, not just sneezing’. Jika menang nanti siapa akan terima pampasan itu? Apakah agaknya pandangan dunia dengan tidakbalas kita itu?

Tuntutan beberapa pihak agar pengeluar Cadbury membayar gantirugi untuk membayar kos melakukan ‘tukar darah’ itu bagi kami juga agak keterlaluan. Secara saintifik, belum tentu proses tukar darah itu mampu membuang semua darah yang ada dalam badan dan digantikan dengan darah yang baru. Lebih penting lagi, jika darah itu dikatakan telah mengandungi DNA babi, pastinya ada yang telah menjadi daging pula. Lalu perlu tukar daginglah jawabnya.

Keduanya, tuntutan itu akan membolehkan kita dicabar. Setiap orang Islam kena buat ujian DNA untuk memastikan darahnya ada DNA babi. Bila keputusannya positif, nanti mahkamah akan minta pula bukti yang DNA itu benar benar datangnya dari Cadbury. Sedangkan seharian kita memakan dan menggunakan ratusan jenis makanan yang mengandungi DNA babi ini. Ada yang diistiharkan, bahkan banyak yang disirkan. Cuba lihat senarai itu di link ini,

http://prihatin.net.my/v3/2014/05/28/dna-babi-keputusan-muzakarah-jawatankuasa-fatwa-majlis-kebangsaan/

Kami yakin kita sendiri sebenarnya tidak tergamak untuk melakukan penyucian darah, apatah lagi terhadap anak cucu kita. Kami yakin anda semua sedar bahawa tindakan itu malah menambah risiko dan kesilapan lain yang juga mungkin tidak disengajakan, termasuk pencemaran kuman HIV, hepatitis dan sebagainya.

Jangan lupa fikirkan di mana nak cari bekalan darah bebas DNA babi untuk kita guna bagi menggantikan darah kita itu. Jadi tidak perlulah keterlaluan.

PANDANGAN FIQH : ISU HALAL HARAM DAN DOSA PAHALA

Sebenarnya jelas sekali pedoman dari firman dan hadis bahawa sesiapa yang telah termakan makanan yang tercemar seperti ini tanpa sedar adalah TIDAK BERDOSA. Kerana itu tidak perlulah bertindak sampai mahu membersihkan darah, menyamak mulut, meminum air tanah dan sebagainya. Perbuatan itu malah akan menyusahkan umat, membuatkan agama ini dicaci serta dilihat kolot dan jumud.

Ketetapan fiqah secara muhkamat boleh kita ambil daripada firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 173 (Boleh juga rujuk DAGING BABI di QS: 5/3, 6/145, 16/115 dll. Sila perhatikan makna harfiah bertanda merah dan hurufbesar yang kami paparkan di gambar hiasan. Jelas sekali di situ larangan Allah terkait secara khusus dengan DAGING, SENGAJA, TERPAKSA, BERLEBIH-LEBIHAN dan PENGAMPUN.

Oleh itu jika sekadar terdapat pencemaran DNA apatah lagi keberadaan yang tidak disengajakan, kita pula termakan tanpa sengaja dan tidak berlebih lebihan maka ia dengan senang hati telah Allah ampunkan. Kita hanya perlu berterima kasih dan menerima keampunan Allah itu dengan rujukan yang jelas. Untuk apa lagi nak samak mulut, usus apatah lagi nak tukar darah?

Kita hidup di bumi Malaysia dan dunia yang berbilang bangsa dan agama ini saling bersahabat. Jagalah sensitiviti saudara kita yang dahulunya pernah memakan babi dan telah bertaubat. Lebih penting lagi menjaga hati saudara baharu yang dahulunya makan babi, namun telah memeluk agama ini dengan ikhlas. Perlukah mereka cuci darah?

QS: Ahzab : 5 “ Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu tersalah padanya, kecuali apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

“Sesungguhnya Allah swt melepaskan dari umatku apa yang tersalah, lupa dan sesuatau yang dipaksakan ke atas mereka.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah-sahih)

BABI – HUKUM ADAT & HUKUM AKAL

Anjing dan babi itu adalah mahluk Allah juga. Tiada yang batil pada setiap kejadian Allah sekalipun kita melihatnya sebagai batil (QS: 3/190-191). Semuanya ada pelajaran besar buat kita, makhluk yang bernama manusia ini. Itupun jika kita banyak berzikir, mentadarus, mentafakur, mentadabur dan mentabayunkan ayat-ayat Allah.

Secara adat, kita telah terdidik turun temurun bahawa anjing dan babi itu najis. Kita sentiasa merasa geli dan jijik dengan unsur najis itu. Terkadang sampai sanggup berlaku zalim terhadap haiwan itu. Kita lupa alquran sendiri menampakkan peranan positif pada anjing dan babi pada espek tertentu. Anjing boleh diajar berburu dan hasil buruannya halal dimakan. Babi pula terkenal dengan populasi yang banyak dan mudah membiak. Ada ketikanya unsur itu mampu menyelamatkan nyawa, samada kerana darurat pemakanan atau keperluan perubatan..

Allah sendiri katakan ‘jika terdesak’, samada secara jenayah atau secara alami, maka Allah ampunkan, asalkan tidak berlebih lebihan. Mari kita bersangka baik dengan Allah dalam menetapkan semua hukum hakam ini dan janganlah terlajak prejudis sehingga kita melangkah mendahului ketetapan Allah dan rasul. Jangan haramkan apa yang telah dihalalkan Allah atau sebaliknya (QS:5/87, 9/29, 6/140, 6/116, 3/93-94).

Isu babi ini sudah lebih kepada penekanan ADAT nampaknya. Biasa juga kita dengar doktrin songsang yang ditanamkan ke jiwa bangsa ini dengan mengatakan, sejahat-jahat orang Melayu, sebut babi, dia tetap geli dan tak mahu makan. Itu sebenarnya pendirian Melayu, bukan ketetapan Islam. Kerana itu dalam kita bertindakbalas keterlaluan dalam isu babi, kita tidak pula berhabis-habisan dalam menangani perkara lain yang jelas haramnya seperti zina, arak, riba, rasuah, korupsi, judi, salah guna kuasa dan seumpamanya.

MUTASYABIHAT BABI YANG DILUPAKAN

Quran itu diturunkan untuk memperbaiki AKHLAK, dan rasulullah SAW telah berjaya mengubah akhlak umat yang sebelum itu hidup macam kera dan babi kepada akhlak alquran. Kami ambil pelajaran dari unsur keduanya secara mutasyabihat. Bahagian babi yang Allah sebutkan haramnya itu ialah DAGING. Dalam anatomi, daging itu merujuk kepada OTOT MOTOR yang berfungsi menggerakkan tubuh. Itulah kaitan akhlak (kerjabuat) pada babi yang diharamkan untuk kita.

Mari perhatikan pula ciri biologi dan fizikal babi yang terkait rapat dengan akhlaknya. Babi adalah haiwan yang mudah membiak, sangat pengotor, makan najis sendiri, berzina dengan ibu sendiri, najisnya paling busuk, dagingnya berkuman dan bercacing, dan yang paling penting ia ada 'muncung yang hodoh semacam’. Yang menjadi pedoman penting untuk kita perhalusi, babi bersikap suka menyondol dan melanggar batas (hudud).

QS al-Maidah 5:60. Katakanlah, “Apakah aku memberitahu kamu, tentang yang lebih buruk daripada itu? Pembalasan di sisi Allah, orang yang Allah telah melaknat dan murka padanya, dan dia menjadikan antara mereka kera dan babi, dan penyembah-penyembah thaghut, mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih tersesat daripada jalan yang betul.”

Daripada ayat di atas dapat kita simpulkan kebenaran teori Islam yang Darwin gunakan iaitu ‘manusia di jadikan dari kera’. Secara biologi memang ia mustahil. Tapi Allah juga kata manusia dijadikan secara akhlaknya semacam beruk, kera, monyet dan seangkatan dengannya. Bagaimana?

Perangai kita yang thogho, mengaku pandai dan 'perasan baik' ini tidak jauh macam kera yang perasan cantik. Allah beri sistem yang baik seperti bunga yang harus kita pakai supaya nampak lebih baik dari asal kita. Oleh itu kita kena berterima kasih dan mengenang budi Allah dengan pemberian sistem yang cantik ibarat bunga itu.

Tapi beruk yang perasan cantik ini suka buang dan renyuk bunga. Sudahlah tak mau pakai, renyuk pulak tu. Lepastu tala punggung dan mengejek kita. Begitulah analogi seterusnya, iaitu jika sistem yang indah itu kita langgar, maka kita akan jadi seperti babi yang menyondol dan melanggar batas (sistem itu).

Itulah akibat hidup tidak ikut aturan Allah dan Allah akan hina kita. Sikap thogho itulah yang menjadikan kita najis dan menjijikkan Allah, sepertimana kita bersikap jijik terhadap babi. Ya, sifat thogho, yang melampaui batas itu yang menjadikan kita musyrik yang Allah katakan najis sehingga dilarang mendekati masjid.

QS: 9 At Taubah 28. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

KESIMPULAN:

Soal fiqah, halal haram tidaklah susah untuk dikenalpasti. Firman dan hadisnya jelas. Isu perlanggaran etika perniagaan juga mudah didakwa. Cuma isu ini sudah dipolitikkan berlebihan. Pegangan hukum adat juga sudah melebihi hukum syarak. Sifat asobiyah dan kedengkian yang berlebihan telah terserlah melalui amalan ejek mengejek, caci maki sehingga menjauhkan diri kita dari Allah melalui amalan harian kita.

Pihak yang sudah tahu mengenai penyelewengan ini namun telah menyembunyikan fakta adalah satu perlanggaran yang melampau biar apa pun alasannya. Syarikat pengeluar pula seperti sengaja mengguris hati pengguna Islam. Mereka tidak langsung nampak bersalah dan memohon maaf, melainkan sekadar berjanji menarik balik produk dan dengan angkuh mengatakan sistem pengeluaran syarikatnya masih terbaik dan berkualiti. Sistem QC terbaik yang bagaimana sehingga unsur yang tidak sepatutnya itu boleh terdapat dalam produk mereka?

Lebih menyedihkan, sebahagian respon anak muda terlalu mengikuti nafsu tanpa merujuk kepada hadis dan quran sama sekali. Kata-kata seperti ‘apalah kolot orang tua sekarang’, ‘aku masih muda, makan saja, tua nanti aku tobat lahhh..’ semuanya amat mengguris hati dan membimbangkan sekali. Boleh dinilai sebanyak mana ilmu di dada, dan iman di hati.

Ejek mengejek melalui cacian bercirikan assobiyah seperti ‘Inilah kilang Cina DAPigs’, ‘ini semua kerja puak BN UMNGOK’ sudah menampakkan hati perut umat kita. Inilah gambaran kebejatan akhlak, perangai kera dan babi yang harus diperbaiki agar kita semua jadi MANUSIA berakhlak mulia di mata Allah.

Muhasabah dan cerminlah diri kita. Hindarilah akhlak kera yang hodoh pada asalnya dan memerlukan bunga untuk dipandang lebih indah dan berakhlak mulia. Jangan sampai jadi musyrik macam babi yang melampaui batas dan dihalang Allah mendekati masjid. Mungkin video ringkas ini boleh membantu kefahaman kita secara analogi. Kekuatan Iman itu terletak kepada kefahaman MUTASYABIHAT (QS:3/7).

Sumber : fb Saiful Nang & Warga Prihatin

Panda Diplomasi antara Malaysia-China

Dalam kehangatan isu panda memanda ni, saya pun teringin juga mengupdate kepanda-pandaan di dalam Malaysia ini. Saya tak berada di mana-mana pihak. Hanya mampu mengopy paste dan mengulas semula supaya tidak kelihatan berpuak-puak. Juz nak berpesan and mengingatkan, saya seorang yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memandang positiviti. Dalam Isu panda-memanda ni, cuba kita think positif jela, dah tak boleh buat apa dah, panda pon dah sampai malaysia. hehe :)

Di sebalik ketibaan dua ekor pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, atas dasar setiakawan serta pinjaman, Ada di antara mereka yang mengecam tidakkan mereka tersebut kerajaan membazir dan ada juga yang teruja menyambut kedatangan 'Panda Diplomasi' tersebut

Panda adalah simbol kepada negara China, jika ia dijadikan isu politik sempit tanpa sebarang pertimbangan dan justifikasi hubungan antara dua negara dan ekonomi antarabangsa, tidak musthil apa yang dianggap satu permulaan yang baik antara dua negara selepas kehilangan MH370 akan kembali suram. Tidak semua perkara wajar dipolitikkan apatah lagi dalam keadaan hubungan antara Malaysia dan China kelihatan sedikit suram beberapa bulan kebelakangan ini.

IMG-20140521-WA0106

Bagi kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, keduanya jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit. Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! Di mana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah!
Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun.
Pandangan ini mungkin betul jika dilihat dari segi kos memelihara beruang panda ini sahaja. Mentadbir negara, memakmurkan ekonomi memerlukan seni diplomasi antarabangsa yang tidak mungkin boleh difahami oleh penulis-penulis yang jumud dan beku akal mereka dan bersarang di dalam Pakatan hanya untuk menghasut rakyat.

Berikut kami paparkan pandangan dua aktivis media sosial memperkatakan isu ini dalam konteks yang berbeza tapi sama maksudnya.

Pandangan Pertama:
Oleh Norizan Shariff
1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner) Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut.

2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia – Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.

3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.

4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini.

5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia – China. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.

6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.

7. “Pinjaman” panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran!

8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia.

9. Kita berharap agar “pelaburan” negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China – sama seperti “pelaburan” kita ke atas hantaran perkahwinan – selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.

10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!

Nota Kaki:
“Panda Diplomacy” bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.


Pandangan Kedua:
IMG-20140521-WA0109

Saya pun tidak tahu dimana kebenaranya, hanya sekadar mengopy paste :) Hope jika salah dapat diperbetulkan.

Sumber : MyKMU.Net

gelagat bayi dalam perut ? Amalan Ketika Hamil ?

Saya tulis benda ni sebab terlihat pos kawan-kawan saya yang dah banyak yang dah kawin, dah banyak yang mengandung, yang isteri sentiasa sibuk berselfie dengan perut memboyot mereka, yang suami gembira coz dah xlama lagi nak jadi papa. saya pun tumpang happylah dengan kehadiran orang-orang baru yang tak lama lagi akan menceriakan hari-hari mereka. so saya pun teringin nak tengok ragam and kerenah-kerenah saya ketika di dalam perut ema saya. cari-cari kat pakcik google, dapat la imej2 ni.
 Bayi sentiasa bermain dan bergembira di dalam perut.

Kadang2 bayi bermain tali pusatnya sendiri.



 Bayi yang aktif suka menendang. kesian Emak.. dah besar jangan tendang ya.
 keadaan bayi di dalam perut
Bermacam gaya bayi di dalam perut




Stages Of Pregnancy

Pertumbuhan Bayi dari 8 hingga 40 minggu.


Petua memudahkan kelahiran bayi

Surah-surah Amalan Untuk Ibu Mengandung

Doa Semasa Hamil
Amalan Kesihatan Untuk Mengelakan Bayi Cacat
Amalan Elak Keguguran atau Kelahiran Sebelum Bulan

Melayu dan asal usul Melayu ?

Siapa Melayu? Melayu Pendatang? Kebangsaan Melayu rasis dan asobiyyah?

POLEMIK ISU MELAYU: 1. Siapa Melayu sebenar? 2. Melayu Pendatang? 3. Memperjuangkan hak Melayu adalah perkauman sempit dan rasis? 4. Semangat kebangsaan Melayu adalah bersifat 'asobiyyah jahiliyyah?  
 
SIRI 1: SIAPA ITU ORANG MELAYU?
 
Definisi orang Melayu terbahagi kepada tiga iaitu (1) etnik atau suku, (2) bangsa dan (3) ras atau rumpun.
 
(1) Etnik atau suku Melayu seperti mana penakrifan dalam konteks Indonesia — Suku Melayu ialah penduduk pribumi Indonesia yang ketiga teramai selepas Suku Jawa dan Suku Sunda. Mereka banyak mendiami kawasan pesisiran timur Sumatera, Kepulauan Riau-Lingga dan Kalimantan Barat. Walaupun suku Melayu hanya mewakili hanya 3.4% penduduk Indonesia, namun Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara tersebut dan dikenali sebagai Bahasa Indonesia.

Populasi suku atau etnik Melayu paling ramai di dunia berada di Malaysia diikuti di Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Subetnik Melayu di Malaysia terdiri daripada Melayu Kedah, Melayu Kelantan, Melayu Terengganu, Melayu Perak, Melayu Johor, Melayu Sarawak dan sebagainya. Sementara di Selatan Thailand pula orang Melayu terdiri antaranya dari Melayu Pattani dan Melayu Satun.

(2) Bangsa Melayu seperti mana penakrifan dalam konteks Malaysia — Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu ditakrifkan sebagai orang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu. Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, bangsa Melayu terdiri daripada suku dan keturunan yang dibahagikan kepada Melayu Anak Jati (suku atau subetnik-subetnik Melayu Semenanjung seperti Melayu Kelantan, Melayu Kedah, Melayu Perak, Melayu Terengganu dan lain-lain), Melayu Anak Dagang (subetnik Melayu Sumatera, suku atau etnik Jawa, Sunda, Minangkabau, Bugis, Banjar dan lain-lain) dan Melayu Peranakan (kacukan Melayu-India, Melayu-Cina, Melayu-Arab, Melayu-Turki dan lain-lain). 
 
Di samping itu, keturunan lain yang bukan dari rumpun Melayu turut diterima sebagai orang Melayu (bukan kaum pendatang) sekiranya mereka beragama Islam serta berasimilasi dengan bahasa dan budaya Melayu. Mereka ini telah meninggalkan sebahagian besar adat resam keturunana mereka dan membuang identiti tanah asal mereka serta taat setia dengan Tanah Melayu dan politik nasionalisme Melayu. Contohnya keturunan Hadramaut, Kerala, Peshawar dan Istanbul. Suku atau etnik dari rumpun Melayu seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Iban, Melanau, Kedayan dan sebagainya di Sabah dan Sarawak yang beragama Islam juga merupakan bangsa Melayu.
 
(3) Ras atau rumpun Melayu seperti mana penakrifan ahli sejarah, ahli antropologi, ahli arkeologi dan pakar genetik — Ia adalah istilah yang diguna pakai oleh penyelidik dan UNESCO merujuk kepada penduduk asal di Semenanjung dan Gugusan Kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Alam Melayu atau the Malay World. Ia adalah konsepsi budaya yang tidak menjadikan agama Islam sebagai salah satu takrifan Melayu seperti orang Filipina, etnik Batak atau Bali dan penduduk asal di Pulau Taiwan dikategorikan sebagai “rumpun Melayu”. 
 
Salah satu unsur persamaan mereka ialah bertutur dalam bahasa dari cabang atau rumpun bahasa induk Austronesia atau Melayu-Polinesia. Kumpulan-kumpulan yang tergolong dalam ras atau rumpun Melayu itu termasuklah penduduk pribumi Pulau Taiwan yang bukan dari bangsa Han (China), etnik Cham dan beberapa suku bangsa asal-pribumi di Semenanjung Indo-China (Vietnam dan Kemboja), etnik keturunan Melayu Patani di Thailand, seluruh penduduk asal di Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei serta suku bangsa Merina di Pulau Malagasi (Madagascar). Saudara terdekat kepada rumpun atau ras Melayu itu ialah bangsa Polinesia yang tersebar secara meluas di Kepulauan Pasifik sehingga ke Pulau Hawaii, New Zealand, dan lain-lain lagi, dipercayai berasal dari Alam Melayu dan mempunyai akar bahasa yang sama, iaitu Austronesia.

BERSAMBUNG...

*Tulisan ini terbuka untuk kupasan, kritikan membina dan sebarang pembetulan fakta.

Siapa Melayu? 
Melayu Pendatang? 
Kebangsaan Melayu rasis 
dan asobiyyah?

POLEMIK ISU MELAYU: 
1. Siapa Melayu sebenar? 
2. Melayu Pendatang? 
3. Memperjuangkan hak Melayu adalah perkauman sempit dan rasis?
 4. Semangat kebangsaan Melayu adalah bersifat 'asobiyyah jahiliyyah?

SIAPA ITU ORANG MELAYU?
Definisi orang Melayu terbahagi kepada tiga iaitu 
(1) etnik atau suku, 
(2) bangsa dan
(3) ras atau rumpun.

(1) Etnik atau suku Melayu seperti mana penakrifan dalam konteks Indonesia — Suku Melayu ialah penduduk pribumi Indonesia yang ketiga teramai selepas Suku Jawa dan Suku Sunda. Mereka banyak mendiami kawasan pesisiran timur Sumatera, Kepulauan Riau-Lingga dan Kalimantan Barat. Walaupun suku Melayu hanya mewakili hanya 3.4% penduduk Indonesia, namun Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara tersebut dan dikenali sebagai Bahasa Indonesia.
Populasi suku atau etnik Melayu paling ramai di dunia berada di Malaysia diikuti di Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. 
Subetnik Melayu di Malaysia terdiri daripada Melayu Kedah, Melayu Kelantan, Melayu Terengganu, Melayu Perak, Melayu Johor, Melayu Sarawak dan sebagainya. Sementara di Selatan Thailand pula orang Melayu terdiri antaranya dari Melayu Pattani dan Melayu Satun.

(2) Bangsa Melayu seperti mana penakrifan dalam konteks Malaysia — Dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 160), Melayu ditakrifkan sebagai orang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat Melayu. Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu, bangsa Melayu terdiri daripada suku dan keturunan yang dibahagikan kepada Melayu Anak Jati (suku atau subetnik-subetnik Melayu Semenanjung seperti Melayu Kelantan, Melayu Kedah, Melayu Perak, Melayu Terengganu dan lain-lain), Melayu Anak Dagang (subetnik Melayu Sumatera, suku atau etnik Jawa, Sunda, Minangkabau, Bugis, Banjar dan lain-lain) dan Melayu Peranakan (kacukan Melayu-India, Melayu-Cina, Melayu-Arab, Melayu-Turki dan lain-lain).
Di samping itu, keturunan lain yang bukan dari rumpun Melayu turut diterima sebagai orang Melayu (bukan kaum pendatang) sekiranya mereka beragama Islam serta berasimilasi dengan bahasa dan budaya Melayu. Mereka ini telah meninggalkan sebahagian besar adat resam keturunana mereka dan membuang identiti tanah asal mereka serta taat setia dengan Tanah Melayu dan politik nasionalisme Melayu. Contohnya keturunan Hadramaut, Kerala, Peshawar dan Istanbul. Suku atau etnik dari rumpun Melayu seperti Kadazan-Dusun, Bajau, Iban, Melanau, Kedayan dan sebagainya di Sabah dan Sarawak yang beragama Islam juga merupakan bangsa Melayu.
(3) Ras atau rumpun Melayu seperti mana penakrifan ahli sejarah, ahli antropologi, ahli arkeologi dan pakar genetik — Ia adalah istilah yang diguna pakai oleh penyelidik dan UNESCO merujuk kepada penduduk asal di Semenanjung dan Gugusan Kepulauan Melayu yang kini dikenali sebagai Alam Melayu atau the Malay World. Ia adalah konsepsi budaya yang tidak menjadikan agama Islam sebagai salah satu takrifan Melayu seperti orang Filipina, etnik Batak atau Bali dan penduduk asal di Pulau Taiwan dikategorikan sebagai “rumpun Melayu”.
Salah satu unsur persamaan mereka ialah bertutur dalam bahasa dari cabang atau rumpun bahasa induk Austronesia atau Melayu-Polinesia. Kumpulan-kumpulan yang tergolong dalam ras atau rumpun Melayu itu termasuklah penduduk pribumi Pulau Taiwan yang bukan dari bangsa Han (China), etnik Cham dan beberapa suku bangsa asal-pribumi di Semenanjung Indo-China (Vietnam dan Kemboja), etnik keturunan Melayu Patani di Thailand, seluruh penduduk asal di Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan Brunei serta suku bangsa Merina di Pulau Malagasi (Madagascar). Saudara terdekat kepada rumpun atau ras Melayu itu ialah bangsa Polinesia yang tersebar secara meluas di Kepulauan Pasifik sehingga ke Pulau Hawaii, New Zealand, dan lain-lain lagi, dipercayai berasal dari Alam Melayu dan mempunyai akar bahasa yang sama, iaitu Austronesia.