Si Pencinta Tomato
Kalau dalam family aku,
Aku ni di kurniakan jerawat yang banyak,Dan bila jerawat tu dah xde, banyaklah kesan2 parut yang merah-merah kat pipi aq ni,Jadi adik bongsu aku (Naqib Izzuddin) ni jenis yang suka mengejek.Dan kebetulan masa time2 tu aku ni suka sangat2 ratah buat tomato,
Acctually buat itu tujuan aku nak berkongsi zat yang
Rujukan :
Raya Yang Jimat !!
Em, Bila dah besar,
dah kerja dengan gaji yang tak seberapa (Alhamdulilah)..
so, maknanya RAYA ni aku perlulah berjimat.
Dulu boleh la, mak bapak belanja baju raya, rasa hati berbunga2,
tapi sekarang mak cakap NO WAY! ayah cakap GO AHEAD!
so, kenalah beli baju sendiri. hihi.
Aku dah conggak2, kira2, dan pencaturan,
adalah lebihan beberapa keping not RM50 bila pembayaran hutang dan perbelanjaan harian aku selesai diketepikan.
adalah lebihan beberapa keping not RM50 bila pembayaran hutang dan perbelanjaan harian aku selesai diketepikan.
kebiasaannya aku akan bahagikan
30% Hutang (PTPTN, Motor)
30% kepuasan diri sendiri (Makanan, hiburan, komik, majalah dll)
20% family (belanja adik, belanja mak, belanja ayah)
10% Simpanan (untuk masa hadapan, kawin, deposit kereta)
7% shopping (beli keperluan peribadi
3% Sedekah (Masjid, peminta sedekah)
So, Aku taknak la sentuh duit yang aku dah bahagi2kan,
nak sentuh duit simpanan pon rasa mcm bersalah.
BUT, Alhamdulilah,
Aku dengan kerjaya sebagai designer,
dengan bakat yang aku ada,
aku nak design & Print baju aku sendiri.
so, mybe itu lebih menjimatkan :)
Sekian, Terimakasih. xoxo.
Sekian, Terimakasih. xoxo.
Gigi Bongsu Sakit !
Argh ! sekarang aku tulis blog ni dalam kesakitan..
korang2 yang umur baya2 aku ni (22tahun) mesti pernah mengalami
kesakitan yang teramat sangat tatkala gigi bongsu korang meronta2 mahu keluar dari dalam gusi..
aku mula2 ingat biasa2 je pasal gigi bongsu ni,
tapi bila dah kerap pening kepala hanya disebabkan gigi bongsu,
aku pun mula pelik, then aku cuba search apa yang patut tentang gigi bongsu ni..
check it out :') (Sakit gila b*bi)
Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
Gambar dalam mulut menunjukkan gigi geraham ketiga
Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
- Kesakitan
- Jangkitan
- Kebengkakan
- Penyakit gusi
- Nafas berbau
- Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
- Kesukaran membuka mulut
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
- Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
- Kebengkakan muka
- Kesukaran untuk menelan
- Kesukaran membuka mulut
- Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
- Makan ubat penahan sakit.
- Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
- Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
- Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
- Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
- Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
- Jika gigi bongsu tidak terimpak :
- gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).
- Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.
Selepas membaca reseach tersebut, aku mendapati gigi bongsu aku mungkin tidak dapat keluar dengan sempurna,
mungkin juga disebabkan masalah tersebut, aku mengalami kesakitan hingga mengalami pening yang berpanjangan.
so, solusinya, esok aku nak jumpe dokter gigi.
ok, sekian.. xoxo..
p/s : muda2 ni jagalah gigi anda sehabis baik supaya ianya kelihatan cantik dan memberikan keselesaan ketika anda melempar mahupun melontarkan senyuman kepada seseorang.
p/s : muda2 ni jagalah gigi anda sehabis baik supaya ianya kelihatan cantik dan memberikan keselesaan ketika anda melempar mahupun melontarkan senyuman kepada seseorang.
Mem-Blogger-kan diri
haish (mengeluh)
lama jugak tak mem-blogger-kan diri, bukan ape..
lama jugak tak mem-blogger-kan diri, bukan ape..
aku ni jenis yang hangat2 taik ayam..
tengok orang lain tulis blog, aq pon bz nak tulis blog..
last2 APTB (apa pun tak boleh)
Macam sekarang ni la,
mula-mula je ni semangat nak tulis blog, tengok la, esok mesti dah tak semangat, aku rasa tulis blog ni bukan bidang aku kot,
mybe jugak aq ni terlalu bz dengan kerja yang ada sekarang ni,
mana nak jadi telemarketing lagi @promindmalaysia
ditambah plak jadi designer separuh masa @qeconcept
mula-mula je ni semangat nak tulis blog, tengok la, esok mesti dah tak semangat, aku rasa tulis blog ni bukan bidang aku kot,
mybe jugak aq ni terlalu bz dengan kerja yang ada sekarang ni,
mana nak jadi telemarketing lagi @promindmalaysia
ditambah plak jadi designer separuh masa @qeconcept
Acctually aku ni banyak je idea nak di ketengahkan,
namun.. (cehhh.. namun...)
namun.. (cehhh.. namun...)
nak menyusun suku sakat kata tu yang tak berapa nak pandai sangat,
hihihi.. so.. sekarang aku dah tak peduli, lantak pi la nak tulis macam mana pon.
kalau nak diikutkan blog aku ni pun masih belum ada follower, sedihkan? hahaha.. xpela, blog ni hanya sekadar untuk lepaskan geram, gian dan krik2 yang terbuku di dalam hati aku sekian lama.
biarlah aku sorang je yang tau pasal kewujudan blogger aq ni
(cehh.. majuk la konon)
yang penting life aku sentiasa jimba (ayat budak zaman sekarang)
slmsyg. xoxo :) <-- bajet istanbul aku datang plak
Tak HANDSOME pon AWESOME?
1) Tidak menjadi perhatian ; bukankah satu kelebihan jika diri kita tidak menjadi perhatian orang. Oleh itu kita bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa mempedulikan pandangan orang kepada kita. Ye lah.. Orang tak pandang kan? Buat apa pun, pakai apa pun, buat facial atau nice hair cut pun,bukannya orang perasan. Aku la tue..Hahahaha
2) Tidak dikejar ; Ya.. Ini juga satu kelebihan. Sekarang ini, memiliki wajah yang kacak menawan juga mampu mengancam diri. Mana tak nya, kalau sering dikejar oleh wanita-wanita di luar sana. Cuba bayangkan kalau asyik digoda berkali-kali, masakan tidak ada satu masa yang kita akan terkalahkan juga (terkalahkan...tak bole blah perkataan)? Itu belum lagi gay, bapak ayam, tauke tukang urut ++, serta datin-datin puan sri-puan sri yang kurang kasih sayang.
3) Tidak dianggap gay ; ini amat menakutkan. Kerana ramai orang memiliki persepsi lelaki nie tidak menjaga kecantikan. Dan banyak kekeliruan antara homoseksual dan metroseksual. Bila seseorang itu metroseksual, boleh jadi jika beliau dianggap gay oleh sesetangah orang. Ini amat dangerous kerana tanpa sengaja wanita juga akan menjauhkan diri. Dan bila wanita menjauhkan diri, mungkin diri korang akan mula mencari lelaki pula untuk meluahkan perasaan cinta yang mambara dan bergelora. (Uwekk! Aku rasa loya sekarang! ) Sekarang nie dah la this gays amat berani dan merata-rata. Memang orang cakap lelaki memang jarang mengambil tahu tentang penjagaan diri. Tapi tak semua yang metroseksual itu homoseksual okay? Aku? Species tak jaga muka. Takde masa...
4) Menjadi contoh kepada “Kecantikan dalaman lebih penting dari segalanya” ; apabila wajah yang kacak menawan bukan lah asset kepada seseorang lelaki, secara tidak langsung hati budi dan kesantunan tutur kata serta perilaku akan menjadi titik tolak persepsi rang terhadap diri anda. Bagi mereka yang prejudis pula, anda akan terselamat dari dikatakan, “mamat nie harap muka jer macho tapi hanco!” atau “muka jer hensem tapi satu sen haram pun tak guna”. Mungkin kerana bila kes bagi lelaki yang tak kacak, kekurangan dan sebagainya adalah dimaafkan. Hahahaha
5) Mengahwini wanita yang best ; bukankah amat seronok apabila seorang wanita, hopefully bukan lelaki, yang mengahwini anda itu memilih anda bukan kerana paras rupa? Jika seseorang itu mencintai seseirang kerana paras rupa, sudah pasti cinta itu akan hilang kerana rupa korang yang hensem lah sangat tue akan hilang jua dimamah usia dan waktu. Cucuklah botox ataupun vitamin C sekalipun, orang tetap akan cam yang anda tua, lebih-lebih lagi rakan sebaya anda kerana mereka tahu umur anda yang sebenar.
6) Mengahwini wanita yang lawa ; aku tak tahu kenapa mengikut pengalaman aku pergi kenduri-kendara sebelum nie, kalau isteri dia cantik molek cute miut, laki dia mesti...erm... tak berapa hensem. I don’t know why. Aku masih mencari sebab untuk yang ini. Kalau tahu suggest lah kat aku. Mungkin sebab wanita yang cantik sibuk mencari lelaki-lelaki yang biar takde rupa tapi ada peribadi, dan wanita-wanita yang tak cantik tue pula sibuk mencari laki yang hensem dan kacak. Hahahaha
7) Boleh berjimat ; kalau anda seorang yang kacak, sudah pasti orang akan menyibuk dan ambil tahu tentang wajah anda. Tumbuh jerawat satu pun orang dah kecoh. Badan gemuk sikit pun orang nak sibuk. Jadi untuk mengelakkan mahkota anda jatuh, pasti anda akan sentiasa memastikan kecantikan wajah anda dapat diekalkan dari masa ke semasa. Oleh itu, anda akan membeli produk-produk penjagaan wajah tak kira murah atau mahal. Mungkin ada yang sampai senyap-senyap buat facial seminggu sekali, dan mungkin juga ada yang pakai botox serta ada juga yang pakai susuk atau ilmu guna-guna. Kalau kita tak kacak, orang tak hiraukan, jadi tak perlu semua itu, kan? Duit pun dapat disalurkan ke rumah amal ataupun rumah anak-anak yatim serta tabung surau.
8) Pasangan tidak gusar (gusar, satu lagi perkataan tak bole blah) ; sekarang ratio lelaki dan wanita amatlah ketara bilangannya. Ditolak dengan ada yang jadi gay, mak nyah, yang masuk pusat pemulihan, yang berpeleseran, tinggal berapa kerat je kan? Jadi memandangkan lelaki sikit, wanita mungkin akan bertindak dengan lebih aggresif iaitu menyasarkan suami orang. Hehehehe. Jadi, jika anda tidak kacak, mungkin wanita-wanita itu tidak menyasarkan anda lantas pasangan anda tidak perlu khuatir yang anda kan memasang satu cawangan lagi. Tapi tak tau lah kalau dah desperate sangat sampai orang yang tak hensem pun dorang nak sapu jugak. Hm...
9) Terhindar daripada gossip ; bukankah kewujudan anda hanya disedari oleh seglintir orang saja? Jadi sudah pasti anda tidak akan menjadi bahan gossip-gossip liar para pemilik mulut longkang yang takde keje lain itu. Tambahan pula, tiada mana-mana agensi permodelan atau agensi cari pelakon yang akan menawarkan anda peluang untuk menjadi bintang terkemuka ataupun bintang mee segera serta pasaraya bintang. Jadi anda tidak akan menjadi artis ataupun model sekaligus anda tidak akan digossipkan dengan mana-mana artis. Suka tak? Hahahahaha
10) Yang terakhir tapi bukan yang paling kurang (last but not least), Menjadi Penyabar yang baik ; jika anda tidak kacak, mungkin ada mulut-mulut jamban yang akan mengata atau menghina anda secara depan-depan atau belakang-belakang. Macamlah muka si pengata tue hensem sangat kan.. Baru pakai fair and lovely sekali dah declare muka hensem. Herh... Sekiranya anda menjadi mangsa atau menjadi objek bahan gurauan, jangan pula anda memaki balik, melempang orang tue, calarkan motor dia, bubuh julap dalam minuman dia atau bunuh family dia, sebaliknya lebih anda simpan dendam itu, dan leburkanlah ia sebelum tidur. Bukan ker elok maafkan semua orang sebelum tidur? Dan jangan menangis! Tangisan anda itu boleh anda simpan, dan luahkan ketika anda solat tahajud ataupun solat. -penpatah
Read more: http://kamithemedia.blogspot.com/2014/08/kelebihan-menjadi-lelaki-tidak-hensem.html#ixzz3XLHDxAVj
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: kamithemedia on Facebook
Kebaikan Air Berakali
Air adalah salah satu anugerah Allah yang amat bernilai kepada manusia. Tanpa air, kita mungkin sukar untuk menjalankan kerja-kerja harian. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tetapi penting untuk fungsi badan seperti mengangkut darah ke seluruh badan, menstabilkan suhu badan dan banyak lagi.
Oleh kerana komposisi badan manusia kita memerlukan air, maka air yang diminum mestilah air yang suci dan menyihatkan. Ia mestilah selamat diminum dan boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan.
Apakah air yang sesuai untuk kita?
Jawapannya ialah air beralkali. Ia salah satu jenis air minuman yang mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi sistem badan kita.
Terdapat beberapa kebaikan yang anda boleh perolehi daripada minum air beralkali ini:
1. Air beralkali meneutralkan kandungan asid berlebihan dalam badan
Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.
Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.
Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.
2. Air beralkali menyahkan sisa toksin dari dalam badan.
Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.
Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan menyahkan toksin.
3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.
Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.
Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.
4. Air beralkali adalah ejen antioksidan yang unggul
Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.
Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.
Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
Walaupun terdapat banyak pilihan untuk air minuman, namun air beralkali adalah pilihan yang terbaik untuk kesihatan badan kita. Kita boleh mendapatkan air yang telah diproses atau air telah dibotolkan untuk mendapatkan kebaikan air beralkali ini.
Pilihan terletak di tangan kita. Yang pasti, air beralkali sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada kesihatan kita.
Makanan Kegemaran Nabi :)
1. Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma
Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin
Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur
Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu
Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis)
Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.
7. Susu
Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan
Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun
Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima
Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~
Langgan:
Catatan (Atom)

