hekayat #9

kau maki aku?
aku sabar selama ni.

kau hina aku?
tertanya jugak apa salah aku.

kau caci aku?
aku harap aku puas.

aku manusia biasa yang tak lari dari khilaf,
aku manusia biasa yang tak lari dari silap,
aku manusia biasa yang tak lari dari salah,

aku manusia .
aku bukan muhammad,
yang sempurnanya tiada tandingan di dunia.
aku manusia .
aku bukan robot,
yang sempurnanya atas dasar ciptaan logik.
aku manusia .
manusia biasa yang dikurniakan akal.
manusia biasa yang dikurniakan fikiran.

hentikan semua itu,
hanya kerna aku sahabatmu :')

Animasi 3d menggunakan blender ~

ini adalah salah satu tugasan saya dia kursus Photoshop And Animation yang saya hadiri di Sigtech Sdn. Bhd . ianya adalah salah satu program yang dianjurkan oleh RKRS iaitu badan induk yang yang menaja segala pembelajaran yang rasanya2nya bernilai lebih RM1K untuk anak-anak selangor.


saya mengetahui software blender 3D ni daripada kursus yang saya hadiri di seri kembangan . ini adalah pengalaman saya yang paling bermakna . kini saya menjalani praktikal di Animagis Sdn. Bhd. Alhamdulilah lebih banyak saya mempelajari tentang animasi.


jom download software blender di http://www.blender.org/download (klik and download)

hekayat #8

bukan aku yang kau cari ,
tapi aku juga yang kau pilih ,

bukan aku yang kau cinta ,
tapi aku juga yang kau pinta ,

diri jiwa, dari raga, seluruhnya .
aku masih mencintai mu .
kembali jiwa mahu .

log in akaun youtube anda ~

dah 3 bulan saya lancarkan akaun youtube saya, ini linknya http://www.youtube.com/user/theqayumhekayat/videos
so, korang rajin2 la subscibe n like2 video yang ada.

dah 3bulan masih ada 56 subscibe youtuber je . hahah . syukur je la daripada tak ada kan ? view pon macam tak mencapai target je . xpela . saya ni bukannye artis yang nakkan ramai peminat. 
juz mula2 tu upload lagu faizal tahir je. last2 bila tengok view menaik je, terus semangat nak upload semua lagu2 baru. heheh . so, ni la hobi saya time boring2 , upload video yang diedit sendiri . kepada subscriber2 yang subscibe akaun youtube saya :)