Manfaat Daun Ganja / Marijuavana yang disembunyikan

FAKTA DAUN GANJA
1. Daun ganja boleh hasilkan kertas sangat bermutu melebihi kualiti double AA kerana tidak akan kuning simpan lama untuk ribuan tahun. Menariknya 1 ekar pokok ganja sama dengan 4 ekar hutan perlu ditebang bagi hasilkan kertas.
2. Seluar jean yg bermutu tahan lama, like better than Levis memerlukan daun ganja. TAHUKAH ANDA JEANS LEVI'S 501 YANG PERTAMA DIBUAT DARI FIBER GANJA
3. Biji pokok ganja boleh hasilkan minyak bagi buat plastik yg plastik tu mesra alam.
4. Biji benih pokok ganja tinggi protien guna untuk produk makanan.
5. Pokok ganja ada jantan dan betina, imej daun ganja yg famous tu pokok betina, pokok jantan pulak kurang daun dan tidak menarik.
6. Keajaiban ganja dalam bidang perubatan akan membuatkan syarikat ubat Freemason terancam dan gulung tikar.

SEBAB UTAMA FREEMASON HARAMKAN GANJA
1. Pokok Marijuana, canabis, ganja, pot atau hemp TIDAK menimbulkan ancaman kepada masyarakat umum, sebaliknya Pokok Ganja adalah sangat berbahaya bagi syarikat-syarikat minyak, alkohol, tembakau industri dan sejumlah besar syarikat-syarikat kimia. Berbagai perniagaan besar, dengan pelaburan berbillion ringgit menggunakan pengaruh mereka, dengan menekan kebenaran melalui undang2.
2. Kebenarannya adalah jika ganja itu ditanam macam pokok kelapa sawit dan digunakan untuk dijadikan produk komersil, hal itu akan membuat bom atom industri! Pengusaha belum pernah dididik tentang potensi produk dari pokok ganja ini. Billionaire dan golongan2 elit telah bersekongkol untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang tanaman yang sangat serbaguna ini, dan jika digunakan dengan betul, akan menghancurkan syarikat mereka.
3. Mana Perkataan buruk pasal ganja ini datang? Pada pertengahan tahun 1930-an, Pelabor industri arak, rokok dsb yg bakal terjejas telah membuat propaganda menodai nama baik dan fenomenal sejarah tanaman ganja ...

SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP MARIJUANA 
Ganja adalah satu tumbuhan herba sebagaimana juga daun ketum,jika di ambil mengikut sukatan tertentu untuk menyembuhkan penyakit ia di bolehkan.
Kita akan hidup lebih sihat jika HOSPITAL dan FARMASI menjual ubat berasaskan ganja dan ketum, habbatus sauda, Zafaran etc.. tetapi sebaliknya kita disuruh telan pil2 merbahaya ciptaan Freemason (Rockefeller) yg mana pil2 itu sebenarnya meracun kita perlahan2.
Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya ganja itu adalah sejenis tumbuhan, tumbuhan yang diciptakan ALLAH S.W.T , setiap tumbuhan ciptaan tuhan itu adalah yang paling baik, dan harus diingatkan bahawa pokok ganja itu sudah lama wujud sebelum tahun kelahiran Rasulullah lagi. Jadi sekiranya ia berbahaya & dikategorikan sebagai dadah, sudah pastinya rasulullah melarangnya.
itu 1, yang ke-2, ( mabuk ) ok, mari bukak kamus, mabuk itu adalah khayal, khayal bermaksud ( tidak berkelakuan seperti manusia normal ) jadi adakah ganja membuatkan penghisapnya jadi tidak normal?
Jika anda kata yva, sesungguhnya fakta anda salah, jawapannya TIDAK, orang yang menghisap ganja tidaklah khayal, tetapi merehatkan minda dan fizikal si penghisapnya, kebiasaannya orang yang tengah mabuk akan merogol, membunuh dan bertindak ganas sehingga sanggup melanggar undang2 negara, tetapi ganja tidak memyebabkan semua tu, kesan sampingan hisap ganja hanya ada 3 bende sahaja, saye ulang, 3 bende sahaja iaitu LAPAR, HAPPY DAN CERGAS ..
Kalau masih nak tetapkan pendirian anda dengan mengatakan ganja itu dadah, biar saye quote kan apa yg selalu org kata '' Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.
Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya '' ok, si penghisap ganja tahu bahawa ganja tidak menyebabkan ketagihan, dan tidak memberikan sebarang kemudaratan,TAK PERCAYA? Cuba tanya rawatan pemulihan dekat mana2 pusat serenti yang terdekat tentang cara rawatan penghisap ganja, anda sendiri akan tahu, jadi masih layakkah ganja diketegotrikan sebagai dadah?
Anda masih dengan pendirian kawan bahawa ganja membawa kemudaratan? cuba tengok GULA dan GARAM, hari2 kita menggunakaan gula dan garam dalam masakkan kita right? kalau tak letak garam, sedap tak masakkan kita? tidak bukan, macam tulah ganja, ia digunakkan untuk masakan, seperti gula dan garam, chopp, apa kaitan ngan kemudaratan kawan tanya? haha, gula dan garam jika digunakkan hari2, diambil dalam sukatan yg berlebihan, akan menyebabkan kemudaratan pada diri, jadi haramlah kan??
Iyalah, sebab anda cakap apa sahaja yang menyebabkan kemudaran adalah dadah, think about it ok, chopp, ulang balik, gula dan garam hari2 guna kalau tak guna ish memang tanak langsung la makan, betol tak? jadi secara automatiknya gula dan garam tu dah jadi satu ketagihan, tapi kene ingaat, kita boleh kawal bukan? haa , macam tu la ganja, kita boleh kawal penggunaannya, bukan bergantung hidup padanya, kita boleh kawal seperti kita kawal penggunaan gula dan garam, jadi masih layakkah ganja itu dikategorikan sebagai dadah?
Ganja termasuk dlm ketogori herba yg mujarab sebagai ubat serbaguna, malah tidak mendatangkan ketagihan..malah mnjadi ubat untuk menghilangkan ketagihan dadah kimia jenis lain..tp kenapa masih mengangap ia dadah merbahaya?
Kematian yg diakibatkan oleh ROKOK adalah berjuta setiap tahun..Kematian yg disebabkan penggunaan ubat tahan sakit (Painkiller) adalah dalam lingkungan 25000 orang di US sahaja...kematian akaibat tercekik kacang setiap tahun adalah dlm lingkungan seribu orang setiap tahun..Saudara tahu tak berapa orang mati di DUNIA akibat penggunaan Ganja? 0...yea..KOSONG..
Setakat ini,tiada kematian yg didokumentasi yg berpunca daripada penggunaan Ganja...Malah ganja juga tidak mendatangkan ketagihan..kesan sampingannya cuma merasa lapar selepas penggunaan.. Anggapan ganja menghancurkan rumah tangga adalah salah sama sekali.. Masalah tersebut adalah bepunca daripada dadah sintetik yg menyebabkan ketagihan melampau..sekali lagi ingin saya ulangi,ganja tidak menyebabkan ketagihan.. Jika anda seorang perokok dan beranggapan bahawa GANJA itu berbahaya, ROKOK sebenarnya beribu kali ganda bahaya daripada ganja..

ANDA SEBENARNYA TELAH DI MIND CONTROL OLEH MEDIA2 PRO MASONMasyarakat kita sekarang ni memang mudah dipengaruhi oleh pengaruh Yahudi-Freemason. contoh..yg baik diharamkan dan yang haram pula dianggap baik...
Kita harus membuka mata masyarakat, mengajar serta memberi pengatahuan yg lebih mendalam tentang kegunaan sebenar pokok semulajadi ini.. Malah kegunaannya yg serba boleh telah terbukti beberapa tahun sblum ianya diharamkan dlm undang2 ciptaan Freemason. Pengharaman ini adalah berpunca dari Yahudi-Freemason yg mempertikaikan penggunaan pokok tersebut demi kepentingan sendiri.. secara saitifik pakar2 kesihatan telah pun membuktikan bahawa kegunaannya dlm industri perubatan amatlah bekesan.. Tetapi, Yahudi-Freemason mahu kita menjadi hamba ubat-ubatan (dadah+kimia) berbahaya ciptaan mereka yg bukan menyembuhkan,tetapi meredakan utk sementara, malah menimbulkan penyakit lain pula dikemudian hari.
Filem seperti Reefer Madness (1936), Marihuana: Assassin of Youth (1935), Marihuana: The Devil’s Weed (1936) adalah beberapa cara propaganda lain yang nampak sengaja menciptakan Ganja sebagai ‘musuh’. Tujuannya? Projek Mind Control, dan untuk meminta restu dari publik demi meluluskan Undang-undang Anti Ganja.
Undang-undang Malaysia menghalalkan ROKOK dan ARAK, tetapi mengharamkan ganja. Ini kerana kerajaan malaysia ikut telunjuk Freemason.
Tiada tumbuhan ciptaan Allah yg sia-sia termasuk pohon GANJA

10 harta karun yang masih tersembunyi dan misteri

Merujuk kepada asal perkataan Harta Karun adalah nama seorang hartawan yang kaya pada zaman Nabi Musa a.s. Harta Qarun (Harta Karun) juga termasuk dalam 10 khazanah yang hilang. 



Qarun memiliki gudang-gudang emas dan dikatakan dia membawa kunci-kunci gudang dgn menggunakan 40 ekor unta.Tetapi Qarun dilaknati Allah SWT kerana tamak dan keangkuhanya serta tidak menggunakan harta kekayaannya untuk jalan yg benar. Allah SWT menenggelam Qarun di dalam tanah bersama harta-hartanya.

Ikuti 10 khazanah yang hilang dan menjadi misteri sepanjang zaman.

1-Flor do Mar


Pada tahun 1502, sebuah kapal Portugis dipanggil Flor do Mar, atau Flower of the Sea, telah dibina. Kapal itu diperintah oleh Estavao Vasco de Gamma bersaudara, kapal ini adalah sebahagian pelayaran Portugis ke India pada thn 1505. Kapal ini juga telah terlibat dalam beberapa pertempuran laut dalam tempoh enam tahun sehingga, pada tahun 1511, ia telah karam akibat pukulan ribut di perairan Melaka.

Mengikut sejarah Flor do Mar membawa muatan kapal itu harta hasil dari rampasan dari kemenangan perang di Melaka, Malaysia. Khazanah di atas kapal dikatakan banyak bernilai, membuat Flor Mar yang paling dicari selepas ianya hilang dalam sejarah.

Kapal itu dikatakan telah membawa harta kerajaan Melaka yang dilaporkan lebih daripada enam puluh tan emas.

2-Leon Trabuco’s Gold


Kembali pada awal tahun 1930-an, seorang jutawan Mexico yang bernama Leon Trabuco mengatur beberapa projek rahsia dan membuat penerbangan ke padang pasir New Mexico.
Pada masa itu, Amerika Syarikat berada di tengah-tengah Kemelesetan Ekonomi Yang Besar, dan dengan nilai dolar menjunam, harga emas atidak menentu nilainya.

Jadi Trabuco dan beberapa rakan kongsi perniagaan dikatakan telah diam-diam membeli emas yg banyak untuk diseludup ke AS, menunggu untuk harga emas mungkin akan melambung tinggi lagi dan kukuh,supaya mereka boleh menjual dan membuat keuntungan yang berganda.

Dipercayai mereka mengumpul lebih daripada enam belas tan emas dan menyembunyikan di padang pasir New Mexico.Pemilikan peribadi emas yg banyak adalah salah disisi undang-undang Amerika. Jadi Trabuco menyembunyikan harta itu di padang pasir New Mexico.
Trabuco dan rakan-rakannya dengan berharap harga akan terus meningkat. Walau bagaimanapun, mereka telah tersalah kesan lokasi simpanan emas mereka di gurun itu.

Seperti khazanah begitu banyak yang lain, kononnya ia spt satu sumpahan. Tiga rakan Trabuco mati dalam tempoh lima tahun, dan apabila Trabuco sendiri meninggal dunia, pengetahuan lokasi emas masih lagi misteri dan tenggelam di padang pasir.

3-Blackbeard’s Treasure


Pada tahun 1996, ahli arkeologi menemui kapal karam di luar pantai North Carolina, kurang daripada satu batu dari pantai dan tinggal hanya 25 kaki (7.6 meter) di bawah paras laut. Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk mencari kapal karam, tetapi ini adalah mungkin salah satu penemuan terbesar dalam sejarah memburu harta karun. Orang percaya bahawa kapal itu yang bernama kapal Revenge Queen Anne adalah milik lanun terkenal Blackbeard.

Berkisar pada sejarah,pada tahun 1718, Revenge Queen Anne telah dikepung di pelabuhan Charleston dan tidak lama selepas ia karam di perairan itu.

Menceritakan mengenai Blackbeard pula, Blackbeard adalah lanun liar dan ganas yang berjaya dan kaya, dan lokasi kapal terbesar dan paling berharga dikata terletak berdekatan pantai North Carolina.

Sejak bangkai kapal Revenge Queen Anne ditemui ,ianya tidak disahkan milik Blackbeard yang sebenar. Tiada apa-apa harta yg ditemui berhampiran atau di atas kapal tersebut. Sebelum dia meninggal dunia, Blackbeard telah mempersoalkan tentang lokasi emas dan harta miliknya, dan dia mengatakan, "Hanya saya dan syaitan yang tahu."

4-Treasure of the Knights Templar


Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Knights Templar dan harta telah dipopularkan dalam filem-filem Hollywood spt The National Treasure dan dalam buku-buku . Ia adalah salah satu khazanah yang paling terkenal dan misteri dalam sejarah. Kesatria Templar ditubuhkan pada AD 114, dan lebih seribu tahun berikut mengumpul kekayaan yang besar, yang tidak pernah ditemui.

Pada awal abad ke-14, Templar telah diperintahkan hendak ditangkap oleh tentera Salehudin Al-Ayubi ketika Perang Salib, dan mereka melarikan diri bersama harta dan dimuatkan ke dalam kapal ke destinasi yang tidak diketahui. Satu kepercayaan umum adalah bahawa Templar membawa harta itu ke Scotland, dan juga di Nova Scotia. Khabar angin dan andaian juga harta itu disembunyikan di Oak Island di wilayah Kanada. Carian terus di Oak Island sejak bertahun-tahun tetapi tiada apa yg ditemui.

Terdapat fakta juga mengatakan harta milik Knights Templar (sebenarnya harta itu dicuri oleh mereka di Baitulmuqadis) disembunyikan sebuah gereja tua Rennes-le-Château di Selatan Perancis.

Pada pendapat saya, harta-harta milik Kesatrian Templar dimiliki oleh kumpulan Freemason yg wujud sekarang. Freemason adalah kesinambungan dari Knight Templar sebelum revolusi eropah dan ditukar nama kepada Freemason.

Bukan juga emas, dikatakan mereka menjumpai kitab2 sihir kuno di Baitulmuqadis yg digunakan utk upacara ritual (berhubung dgn Dajjal Al-Masih)oleh kumpulan Illuminati/Freemason sehingga sekarang.



5-The Alamo Treasure


Alamo dikenang kerana banyak perkara, termasuk peperangan utk merdeka Texas dari Mexico.Apabila 188 lelaki, termasuk Jim Bowie dan Crockett Davey, cuba untuk melawan tentera berkuasa Mexico- Santa Ana.

Menurut legenda, harta yg hilang itu mungkin tersembunyi di kubur Alamo, rahsia yang bermula sejak thn 1836 lagi iaitu tahun pertempuran yang terkenal itu.Ia dipercayai bahawa lelaki yang diketuai oleh Kolonel Jim Bowie mengetuai kumpulan pertahanan yang merentasi sempadan Mexico dan selatan Texas Alamo.

Apa yang kebanyakan orang mungkin tidak tahu adalah lagenda harta karun emas dan perak dikatakan telah dikebumikan di suatu tempat bernama Alamo.

Angkatan tentera mereka telah memuatkan harta perak dan emas yg dipanggil "San Saba Treasure," bernilai berjuta-juta dolar. Harta karun itu bertujuan untuk membiayai kos revolusi Texas, kos ketenteraan untuk kemerdekaan dari Mexico, tetapi dua bulan kemudian, Bowie dan 188 lelaki lain termasuk Davy Crockett tewas dlm peperangan dan harta itu tinggal lagenda.

Mereka yang percaya harta itu disemadikan di bawah perkarangan kubur Alamo. Pengkaji sejarah Frank Buschbacher telah menggali di kawasan sekitar Alamo, tetapi tidak ada kesan emas atau perak ditemui.

6-Dutch Schultz Treasure


Dutch Schultz adalah salah satu ketua samseng paling terkenal dalam sejarah Amerika. Dia adalah gangster yang sama seperti seperti Lucky Luciano dan Meyer Lansky. Dutch dikatakan telah mengumpulkan kekayaan yang besar dari perbuatan jenayah jahatnya. kekayaan itu hilang tanpa dapat dikesan selepas dia mula merasakan pendakwaan persekutuan ingin menangkapnya.

Adalah dipercayai bahawa beliau memutuskan untuk menyembunyikan harta karun itu di suatu tempat di Gunung Catskill. Apabila Schultz telah ditembak mati pada tahun 1935, lokasi kekayaan beliau yang banyak itu menjadi misteri.

Terdapat beberapa teori yang berbeza tentang apa yang berlaku kepada harta itu, Kebanyakan menganggarkan meletakkan kekayaan di antara 5-10 juta, yang disimpan dalam peti besi di suatu tempat di kawasan hutan Phoenicia, New York. Ada pula yang percaya harta karun tersembunyi itu berdekatan dengan Esopus Creek,tetapi ia tidak pernah ditemui. Sejak beberapa dekad lalu, Schultz menyembunyikan jauh kekayaan beliau, kawasan itu yg telah banyak berlaku banjir, kemungkinan telah dihanyutkan atau tenggelam.

7-Victorio Peak Treasure


Victorio Peak adalah sebahagian daripada selatan Pergunungan Rocky, yang terletak di New Mexico. Selama bertahun-tahun, ia telah digunakan secara meluas oleh kerajaan Amerika Syarikat di Banjaran Missile White Sands di mana tentera Amerika Syarikat telah membuat ujian senjata nuklear. Sebelum ia telah diambil alih oleh kerajaan, kawasan itu terbuka kepada orang ramai. Pada thn1937- dua orang bernama Doc dan Babe Noss memasuki kawasan itu bersama rakan-rakan utk memburu rusa, apabila Doc menemui syaf lama di sebelah Victorio Peak. Dia dan Babe kembali lagi kemudian dan mencari dan menemui beberapa emas, permata, dan artifak sejarah di Victoria Peak.

Pada tahun 1938 Noss dapat hak undang-undang utk menerokai kawasan itu, dan cerita-cerita bermula bahawa Doc telah menemui sama ada harta Casa del Cueva de Oro atau khazanah Don Juan de Onate, seorang lelaki yang mengasaskan New Mexico sebagai tanah jajahan Sepanyol.

Pada tahun 1939, dalam usaha utk mencari lagi harta karun itu, Doc telah dinasihatkan untuk menggunakan dinamit untuk memecah dinding gua itu,tetapi tidak berjaya kerana ianya telah tertimbus.

Noss telah dibunuh pada tahun 1949 oleh rakan kongsi mereka dalam pertelingkahan.

Dan hari ini,keluarga Noss terus cuba untuk mencari kembali lokasi itu tetapi tiada emas dan harta ditemui. Terdapat beberapa khabar angin bahawa kerajaan Amerika yg membuat latihan ketenteraan telah menemui lokasi harta itu di Puncak Victorio dan mengambil emas Fort Knox, tetapi tidak ada dokumentasi yang menyokong dakwaan ini.


8-The Amber Room


Amber Room (bilik Amber) adalah kelab eklusif untuk golongan kelas tertinggi. Ia sebenarnya salah satu yang paling dicari selepas khazanah yg hilang dalam sejarah. Amber Room yang merupakan ruang kecil yang dicipta sepenuhnya daripada emas tulen, pintu, mangga,frame gambar, patung-patung hiasan diperbuat dari emas.Ianya telah dibina pada abad ke-18 untuk King Friedrich I, raja pertama yg memerintah Prussia,ia telah dihadiahkan oleh Peter the Great, dan kekal dalam dimiliki oleh Rusia sehingga Perang Dunia II. Bilik Amber dikatakan antara ke-8 Keajaiban Dunia.


Dan kemudian, ia hilang. Kerana ia ternyata, kurator bertanggungjawab melindungi Bilik Amber itu semasa perang telah menyembunyikan dgn memecah dinding2 itu, tetapi tentera Nazi berjaya merampas khazanah yg hampir tidak ternilai itu. Ia kemudian dibawa ke Istana Konigsberg di Jerman, tetapi pada tahun 1944 pasukan Berikat memusnahkan bandar dan istana Konigsberg turut musnah. Bilik Amber telah hilang selama-lamanya sehingga ke hari ini, tiada siapa yang tahu di manakah Bilik Amber itu disimpan.

Namun, ia tetap menjadi subjek mitos popular. Masa kini ianya telah diciptakan semula berbentuk replika spt Bilik Amber, yg dibuat dgn sangat teliti di Istana Catherine.


9-Harta Inca


Kebanyakan orang telah mendengar cerita El Dorado, sebuah bandar yang penuh emas yang hilang di suatu tempat di hutan hujan Amerika Selatan.

Malah, El Dorado adalah sebenarnya legenda tentang Chieftain Muisca (the Golden One) yang akan meliputi dengan debu emas sebelum upacara agama tertentu. City of Gold adalah Paititi.
Secara ringkas, Sepanyol telah berperang dengan Inca Peru selama hampir empat puluh tahun dan Inca telah berundur ke Vilcabamba Valley di mana mereka menahan para penyerang/pemberontak sehingga thn 1572.

Apabila Sepanyol menakluki Inca mereka mendapati bandar sebahagian besarnya telah ditinggalkan.

Ia kelihatan seolah-olah Inca telah melarikan diri ke lokasi baru di hutan hujan selatan Brazil membawa harta mereka yang kaya dengan emas. Bandar baru yang pernah ditemui dengan emas dan akhirnya cerita telah diturunkan kepada status sebuah mitos.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2009 gambar satelit kawasan hutan daripada Boco melakukan wilayah Acre Brazil telah mendedahkan bahawa terdapat penempatan yg luas sekali.

Ini boleh dilihat dengan jelas di Google Earth dan telah memaksa ahli sejarah dan ahli arkeologi untuk mengkaji pemikiran mereka.
Ia kini nampaknya mungkin sekali lagi bahawa Paititi benar-benar wujud dan tersembunyi di dalamnya adalah simpan emas Inca yg hilang Inca.


10-The Tomb of Genghis Khan


Genghis Khan adalah pemerintah pertama dan yang paling terkenal Empayar Mongol. Perkuburan beliau dikelilingi oleh misteri. Selepas dia meninggal dunia pada tahun 1227, dia telah diletakkan di dalam kubur yang tersembunyi. Lagenda mengatakan bahawa orang-orang yang mendirikan kubur dan dikebumikan maharaja terbunuh itu lokasinya akan kekal rahsia. Dan diandaikan bahawa dia telah dikebumikan dengan kekayaan yang tidak ternilai. -HarianBlogger.Com


Rujukan: wanhayden1040.blogspot

Maksud Tersirat Lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud Nyanyian M.Nasir

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Pernahdengar tak hadith Rasulullah s.a.w tentang umat Islam yang terpecahkepada 73 golongan, dan daripada kesemua ini hanya satu golongan yang terselamat dari seksaan neraka iaitu golongan (jemaah) yang mengikuti sunnah Rasulullah dan sahabatnya.

Ketahuilah bahawa orang-orang sebelum kamu daripada Ahli Kitab telah berpecahkepada tujuh puluh dua kumpulan, dan sesungguhnya kumpulan ini (umatIslam) akan berpecah kepada tujuh puluh tiga (kumpulan), tujuh puluhdua daripadanya akan masuk neraka dan hanya satu daripadanya akan masuksyurga, iaitu al-Jamaah. (lihat Sunan Abu Daud no 4429)

Maknanya,yang sampai itu bermaksud yang selamat. Hanya ada satu jalan untuk selamat iaitu dengan mengikuti sunnah Rasulullah dan para sahabat.Agak-agaknya la kan, kita ni mengikut sunnah baginda tak?


Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Rangkap ini diekstrak daripada syair Parsi - Musyawarah Burung (Mantiq Al-Tayr) tulisan Farid ud-Din Attar. Dalam syair tersebut, beribu-ribu burung terbang untuk mencari raja mereka, Simurgh. Daripada beribu-ribu burung tadi, hanya tiga puluh yang berjaya. Kejayaan mereka membolehkan mereka sampai kepada tahap mengenali sang raja. Bukan mudah untuk sampai ketahap tersebut kerana mereka perlu menghadapi 7 lembah. Sebenarnya,advencer burung-burung ini adalah perjalanan penulis syair tersebut dalam mencari makna dan hakikat hidup.

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Algojo itu adalah orang yang ditugaskan mencabut nyawa. Kalau di penjara,beliau mungkin orang yang memegang butang yang menjadi pemegang lantai di bawah tali gantung. Tapi hakikat sebenar, yang ditugaskan mengambil nyawa itu adalah malaikat maut. Andainya dia tiba dan mahu menjalankan tugas, boleh tak kita nak kata kat dia, "Oohhh nanti dulu!"?


Lihat dunia dari mata burung
Atau lihat dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih

Dua rangkap yang atas tu jelas dan terang, menyuruh kita berfikir antara melihat dari mata burung, with anopen minded dan berpandangan jauh atau sekadar mahu melihat seperti katak di bawah tempurung. Hanya melihat tempurung dan diri sendiri. Itupun kalau ada cahaya. Kalau tak ada? Gelap gelitalah jawabnya. Maka, pilihlah dengan akal dan iman yang dianugerahkan.


Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini


"Singkap kembali sejarah Rasullullah membawa cahaya pada Zaman Jahiliah. Rasullullah mengajarkan Islam pada masyarakat yang jahil. Maka dalam keadaan jahil itu wujudlah satu sistem yang sempurna. Namun dunia kini sudah jauh berubah, sistem yang sempurna itu sudah tidak diguna pakai. Tempatnya diambil alih oleh undang-undang ciptaan manusia sendiri yang terlalu banyak kekurangan, terkadang itu banyak kontroversi berlaku dan kita berada DI SINI!"

Semasa kekalutan jahiliyah, peraturan Islam yang dibawa oleh Rasulullah mengubah keadaan masyarakat. Namun setelah peraturan tersebut diubah-ubah, ia mengundang kekalutan. Dan di mana kita berada? Di sini,di dunia yang penuh kalut ini.


Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu
Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

Boleh tak merayu di saat akhir kehidupan. Waktu itu baru nak bertaubat, baru nak merayu, baru nak bersaksi dengan kalimah kebenaran (syahadah)? Baru nak kata, yang kita bersaksi sebenar-benar Tuhan hanyalah Allah. Sempat kah?


Tanya sama itu hud-hud

Lang mensilang

Kui mengsikui
Kerana dia yang terbangkan ku ke mari
Oleh kerana burung hud-hud yang mendakwa bahawa raja si Muraq itu wujud dan menerbangkan kawanan burung ke tempat yang dituju, maka kena tanya pada dia lah tentang semua persoalan yang timbul dalam lirik ini.  Lang mensilang Kui mengsikui maksudnya orang bukan orang hantu bukan hantu.

Musykil lagi?


Tanya sama itu Hud-hud!