hekayat #11

bertelanjang hidup ini tat kala dimalukan,
hina, dina, caci, maki, 
variasi rasa,
mudah sungguh aibkan orang,
semut seberang lautan nampaknya seperti di hadapan biji mata,
sebesar gajah hilang kabur dipandangan mata,
mungkin ini yang kau mahukan,
aku yang sudah berkelana di persimpangan jalan,
masih mencari hala tuju,
dua cabangnya.

sama ada mahu meneruskan persahabatan kita,
atau menutup segala buku kenangan persahabatan.

#hargai kawan anda


Tiada ulasan:

Catat Ulasan