kebaikan dan khasiat susu kambing :) sunah yang semakin dilupakan


Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur. Memelihara kambing merupakan sunnah nabi tau !

Kebaikan Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing ialah:

  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  •   > Protein 2.1 kali ganda
  •   > Kalsium 2.2 kali ganda
  •   > Zat Besi 2.0 kali ganda
  •   > Potasium 2.1 kali ganda
  •   > Vitamin A 3.8 kali ganda
  •   > Garam Galian 2.0 kali ganda
  •   > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.
Keistimewaan Susu Kambing
Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser. Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
Khasiat Susu Kambing
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan oleh pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996, rata-rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakansusu kambing lebih banyak khasiatnya – dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:
  •  Penyakit demam kuning.
  •  Penyakit lemah jantung.
  •  Penyakit darah tinggi/pening-pening.
  •  Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.
  •  Penyakit batuk kering.
  •  Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.
  •  Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
  •  Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
  •  Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.
  •  Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  •  Membolehkan penggumpalan darah
  •  Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  •  Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  •  Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  •  Mengawal degupan jantung
  •  Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  •  Menyingkirkan toksin dalam kolon
  •  Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
Trace Mineral – Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.
Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.
Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.
Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.
Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.



Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Comparison in gm/liter
VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043
JADUAL KEGUNAAN VITAMIN

NAMA VITAMIN
KEGUNAAN VITAMIN
  KEKURANGAN VITAMIN
Vitamin A (Retinol)Kekuatan gigi, tulang , tisu lembut, salutan mucus.
Memelihara kulit.
Penglihatan yang jelas & normal.
Untuk kesuburan kelahiran.
Untuk menolong ibu susuan.
Vitamin A mengatur sistem kekebalan (immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah  - Osteoporosis
Vitamin DVitamin D menolong untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, dan ia meningkatkan sistem imuniti. Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot). Osteomalacia pada orang dewasa – tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada mudah patah tulang kejang otot  pada tangan kaki dan tekak.
RiboflavinRiboflavin  perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur dan menghindar dari keguguran rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.Kekurangan  boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).  
Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas mental
CholineCholine mengawal berat badan dan level cholesterol . Ia menyihatkan salutan cell and menghindar dari penyakit gall stones.  Ia juga memilihara system saraf, daya peringatan dan daya belajar.  Ia juga memperkuatkan daya pertahanan kita untuk melawan hepatitis dan AIDS.Kekurangan nya akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan menaikan level cholesterol kita, menaikan tekanan darah kita dan membawa kepada penyakit ginjal. 
Daya peringatan dan fungsi otak kita akan terjejas
InositolInositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawal level estrogen dan menghindar dari bekak di buah dada.Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit eczema (penyakit kulit – gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaik level cholesterol kita.
Vitamin B1Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan day belajar.  Untuk Kanak Kanak ia adalah perlu untuk tumbesarah.  Ia juga melegakan sakit arthritis (penyakit sengal sengal – lenguh sendi), mata dan kemandulanKekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit “metabolic disorder” dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.

kredit by : http://muhdhazrie.wp.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan