Promind Solutions : Training Provider : Profile Syarikat


LATAR BELAKANG SYARIKAT


Pro Mind Solutions (PMS) telah ditubuhkan pada 10 Mac 2005. ‘Pro Mind’ adalah singkatan kepada ‘Professional Mind’. Sesuai dengan nama ‘Pro Mind’, PMS diterajui dan didokong oleh tenaga kerja yang profesional dan mempunyai minda yang perkasa yang seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan

PMS amat mementingkan kepuasan pelanggan dalam perkhidmatan yang diberikan sesuai dengan piagam pelanggan syarikat. Program-program yang ditawarkan dirangka mengikut kesesuaian dan perkembangan terkini. PMS juga akan mengubahsuai dan mengolah program-program sedia ada mengikut kehendak dan keperluan pelanggan. Ini adalah komitmen kami terhadap pelanggan.


Program-program yang sentiasa mendapat sambutan daripada pelanggan adalah program Motivasi seperti ‘Team Building’, Sikap Kerja Positif, Gelagat Penyelia Cemerlang, Budaya Kerja      Cemerlang dan sebagainya. Selain itu, PMS juga menawarkan program-program Pengurusan, Kualiti & Produktiviti, Kesihatan & Keselamatan, Alam Sekitar, Penyeliaan, Pembangunan    Personal dan Teknikal.

PMS juga didokong oleh para konsultan dan pengajar yang   mempunyai kelulusan akademik, kepakaran, pengalaman yang ‘hands-on’ dan kemahiran yang praktikal daripada skop industri yang pelbagai mengikut program yang diajar

Hasil gabungan program-program yang berkualiti dengan konsultan dan tenaga pengajar yang profesional ini diharap dapat memberikan sumbangan ke arah Pembangunan Modal Insan yang dapat meningkatkan motivasi, mutu pengurusan dan pentadbiran,                   pembangunan personal, kemahiran teknikal, dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti sama ada sektor swasta mahupun sektor awam.


1. LATIHAN
PMS menawarkan program-program latihan yang telah
dirangka mengikut kategori seperti berikut :
R Motivasi
R Pengurusan
R Kualiti & Produktiviti
R Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan
R Alam Sekitar
R Penyeliaan
R Peningkatan & Pembangunan Personal
R Teknikal


2. KHIDMAT PERUNDING
PMS menawarkan khidmat perundingan seperti berikut :
R ISO 9000
R ISO 14000
R OHSAS 18000
R 5S


3. EVENT MANAGMENT
PMS dapat mengurus acara seperti berikut :
R Hari Keluarga
R Treasure Hunt
R Company Trip / Outing
R Adventure Activity

Call Sahaja : 03-8925 5985 (megat)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan