Mitos Raksasa popular

 Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Kisah dongeng memang terkenal terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Masa muda-muda dulu, Teacher Muja suka tonton slot Teater Klasik di TV3 sebab cerita dulu-dulu banyak kisah dongeng. Yang paling Teacher Muja suka pastinya Jula-Juli Bintang Tiga dan Bawang Putih Bawang Merah. Terbaik!
Cerita klasik tentang pengembaran magikal dan makhluk ajaib sentiasa membuatkan kita tertanya-tanya sama ada mereka benar-benar wujud atau sekadar penyedap cerita semata-mata. Sempena legenda yang tertulis dalam buku lama dan baru, banyak filem dan permainan video menggunakan makhluk mitos ini sebagai watak utama. Namun begitu, tiada siapa yang pernah menemukan bukti kewujudan mereka.
Jadi, di bawah ini adalah senarai 10 makhluk mitos yang paling terkenal. Boleh dikatakan terkenal di serata dunia.
Dragon
naga 300x204 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal
Naga dikatakan berasal dari mitologi China dan Greek, tetapi terkenal juga dalam cerita rakya orang Eropah. Makhluk ini sangat signifikan dengan beberapa legenda yang berbeza dan boleh menjelma dalam bentuk-bentuk berbeza; dari bersayap, dengan muntahan api dan tuan kepada segala elemen. “Dragon” pula adalah perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek, “Drakon”, yang membawa maksud “ular yang besar”
Unicorn
Unicorn 300x204 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal
Unicorn mungkin boleh dianggap makluk mitos yang menjadi kegemaran setiap kanak-kanak perempuan. Unicorn moden adalah kuda jantan jinak dengan satu tanduk di dahinya. Unicorn sebenarnya adalah kuda suci yang tidak dapat dijinakkan dan ditambah dengan janggut kambing, ekor singa dan kuku berbelah.
Vampire
pontianak 300x204 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal
Pontianak boleh dikatakan makhluk mitos paling popular daripada makhluk mitos yang lain. Dengan taring yang menakutkan, ketangkasan dan ketahanan luar biasa dan nafsu untuk darah yang tidak pernah lunas, makluk immortal yang tidak mati ini telah menghantui fikiran kita melalui cerita rakyat, buku moden dan filem. Pastinya, filem yang paling terkenal adalah Drakul oleh Bram Stoker dan siri hit moden, Twilight.
Werewolf
serigala jadian 300x204 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal
Serigala jadian selalu diperkatakan dalam cerita rakyat orang Eropah dan legenda bandar moden. Makhluk ini dikatakan adalah seorang lelaki yang boleh berubah rupa menjadi seekor serigala yang menyerupai manusia apabila bulan mengambang. Legenda bandar tentang serigala jadian masih wujud sehingga sekarang. Orang ramai mempercayai yang manusia yang digigit oleh serigala jadian akan mengalami sumpah yang sama.
Pegasus
Pegasus 300x204 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal
Pegasus adalah kuda putih bersayap yang diperkatakan dalam mitos Gree. Pegasus dikatakan anak kepada Tuhan Laut Poseidon dan Gorgon Medusa, yang dilahirkan daripada darah yang keluar dari leher Medusa semasa dia dibunuh oleh Purseus.
Centaur
Centaur 300x204 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal
Separuh manusia, separuh kuda, Centaur adalah satu lagi makhluk mitos yang sangat popular dalam kalangan makhluk yang diperkatakan dalam mitos Greek. Sifat Centaur, sangat kontra seperti badannya. Kadang kala Centaur digambarkan sangat menggerunkan dan tidak boleh dijinakkan tapi pada masa yang sama sangat bijak dan berilmu.
Phoenix
Phoenix 300x204 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal
Phoenix adalah burung yang dikenali melalui cerita rakyat dari Greek, China dan Mesir. Phoenix digambarkan sebagai burung berwarna merah yang sangat cantik, diselubungi api. Di akhir hayatnya, Phoenix menyala menjadi api untuk dilahirkan semula dari api yang sama. Disebabkan ini, phoenix dijadikan simbol kelahiran semula.
Minotaur
Minotaur 300x204 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal
Minotaur adalah makhluk dalam mitos Greek yang berbadankan seorang manusia dengan kepala seekor lembu. Makhluk ini mengikut legenda adalah seekor raksasa yang sangat kejam, yang dipenjarakan di Cretan Labyrinth, di mana Minotaur dibunuh oleh Theseus.
Ikan Duyung
Mermaids and Mermen 300x204 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal
Ikan duyung adalah ikan yang berbadan separuh manusia, yang berasal dari cerita rakyat dari British. Ikan duyung sangat berbeza daripada apa yang dipaparkan dalam cerita kartun apabila ikan duyung pada mulanya dianggap sebagai petanda kepada malapetaka. Ada yang menyimpulkan, penemuan dengan haiwan marin yang menyerupai manati, sejenis hidupan air yang mempunyai kaki, menjadi penyebab kepada mitos ikan duyung ini.
Gorgon
Gorgon 300x204 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal
“Gorgon” adalah perkataan yang berasal daripada perkataan “gorgos” yang bermaksud “dahsyat” atau “ditakuti’”- satu nama untuk tiga orang adik beradik perempuan yang jahat dalam mitos Greek, yang dikatakan mempunyai rambut yang terdiri daripada ular dan mata yang menukar apa-apa sahaja yang melihatnya menjadi batu. Stheno dan Euryale dikatakan tidak akan mati tetapi Medusa tiada kelebihan itu.
Ada yang percayakan kewujudan makhluk-makhluk di atas? Teacher Muja sendiri tak dapat nak pastikan kesahihan dalam setiap legenda yang masih terkenal sehingga kini. Yang masih lagi menghantui kehidupan kita ini. Namun begitu, kita harus selalu ingat yang manusia bukanlah satu-satunya makhluk yang ada. Mungkin dorang ada, dan mungkin juga tiada. Wallahu a’lam.



kredit by fh.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan