kebanyakan daripada kita bangun kelihatan seperti singa yang bermatakan mata panda. Dengan mekap yang bersememeh. Jangan bimbang. Sebelum kita tidur setiap malam, amalkan 10 cara untuk bangun kelihatan lebih cantik ni. Insya ALLAH, kita akan bangun dengan rasa yang lebih menyegarkan seperti bernafas baru gitu. Lebih cantik itu pasti.
1. Jalinkan Rambut Yang Basah Untuk Jalinan Yang Baik dan Cantik
Ini adalah petua kecantikan yang agak lama yang old school kata orang. Teacher Muja sendiri tak pernah pula mencuba tapi kata orang ia berkesan!
Gunakan facial patches (topeng kecantikan muka) yang dapat mengurangkan pergerakan semasa tidur supaya kita tidak terlalu kerap mengerutkan muka.
3. Gunakan Pelembap
Gunakanlah pelembap di mana-mana sahaja bahagian yang perlu terutamanya yang banyak digunakan dan berkedut seperti situ, lutut, kaki dan semua tempat.
4. Lindungi Rambut Kita
Ikat rambut kita tinggi di atas kepala dengan getah rambut dengan permukaan lembut dan menyerap minyak.
5. Sapu Minyak Daripada Bahan Semulajadi Yang Menyegarkan
Contohnya minyak zaitun. Apabila bangun tidur, muka kita akan nampak bercahaya seolah-olah kita baru lepah buat rawatan muka.
6. Gunakan Makeup Primer Sebelum Tidur
Makeup Primer untuk membuatkan make up menjadi lebih tahan lama. Gunakannya pada waktu malam supaya menyerap ke dalam kulit dengan lebih baik dan kulit juga nampak lebih cantik sepanjang hari keesokannya.
7. Pakai Topeng Rambut (Hair Mask)
Tiada rawatan rambut yang boleh dianggap lengkap dan sempurna tanpa topeng rambut atau hair mask ini.
8. Cuba Berus Kulit Jenis Baru
Gunakan berus kulit elektronik. Mekap kita akan nampak lebih cantik di pagi hari.
9. Letakkan Minyak Masak Pada Kaki Sebelum Tidur
Sapukan minyak masak pada kaki pada waktu malam. Kemudian, pakai stoking. Kaki akan menjadi lembut apabila kita bangun daripada tidur.
10. Skrub Muka Pada Waktu Malam
Apabila kita skrub muka, kita akan menghilangkan sel mati. Semasa kita tidur, sel baru mula tumbuh dan kulit akan rasa lebih segar pada waktu pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan