15 Etika Penggunaan Internet

Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:

1. Merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer, mendapatkan maklumat dan mengubah komponen sistem tanpa kebenaran

2. Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen

3. Menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan

4. Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah

5. Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan

6. Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board

7. Memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain

8. Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu

9. Menggunakan kemudahan chatting melalui Internet

10. Menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi

11. Menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik

12. Melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas

13. Menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain

14. Memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 10 megabait yang boleh mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer dan

15. Menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan