10 Amalan Tambah Rezeki !

 8 Amalan Penambah Rezeki


Doa Penambah Rezeki



Elakkan berhutang, Rezeki bertambah


Sepuluh Amalan Tambah Rezeki, Bukan Murah Rezeki.


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah pun di tetapkan rezekinya samaada banyak atau sedikit sejak di dalam kandungan ibunya lagi. Keyakinan kepada rezeki yang datangnya daripada Allah SWT adalah merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada qada dan qadar.

Setiap rezeki manusia sudah ditetapkan oleh Allah. Jadi kita tidak perlu risau akan hal ini.

Allah SWT menyebut di dalam surah al-An’am, ayat 151 yang bermaksud :  “Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka. (yakni anak-anak)”

Walaubagaimana pun kita perlu berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT untuk memiliki rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Terdapat beberapa amalan untuk mendapat  rezeki yang murah. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Jangan tinggalkan  beribadah kepada Allah.

Pastikan solat 5 waktu dikerjakan pada waktunya, sebaik-baiknya secara berjemaah.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang maksudnya :  "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu". (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2. Memperbanyakkan istighfar .

Memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah SWT boleh menjadi sebab Allah SWT akan  bertambah kasih kepada kita.

Firman Allah SWT maksudnya :  “Mohonlah ampunlah kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).” (Surah Nuh ayat 10 – 12)

Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a) 

3. Meninggalkan perbuatan dosa.

Setakat beristighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak bertambah umur seseorang kecuali jika dia melakukan kebaikan, dan tidak akan ditolak qadar Allah (iaitu qadar al-Mu’allaq) kecuali melalui doa, dan sesungguhnya seseorang itu ditahan rezekinya disebabkan dosa-dosa yang sentiasa dilakukannya” ( Hadis Riwayat Ibn Majah, Ahmad Hadis Hasan)

Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

4. Banyak ingat Allah.

Sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah SWT janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : "...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

5. Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa.

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Membantu orang yang memerlukan bantuan seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi SAW yang maksudnya : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

7. Menyampaikan hajat orang lain.

Apabila kita menyampaikan hajat saudara kita maka Allah SWT akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Hadis Riwayat Muslim)

8.   Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesuatu doa terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa berselawat kepada Nabi SAW. "
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)

Dengan berselawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9. Buat kebajikandan membantu orang yang lemah.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Carilah untukku orang-orang lemah kerana hanya kita diberi rezeki dan dibantu sebab orang-orang lemah dari kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Hibban, Al Hakim)

Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Bersedekah waktu pagi meredakan murka Allah, menarik rezeki dan menolak bala.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila kamu telah selesai solat subuh janganlah kamu tidur tanpa mencari rezeki.” (Hadis Riwayat Tabrani)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Hadis Riwayat Tabrani, Ibnu Adi)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, "Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"

11. Menjalin silaturrahim.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya (menjalini silaturahim)” (Hadis Riwayat Bukhari)

12. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :  “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid r.a)

13. Banyakkan membantu dan melapangkan kesusahan orang lain.

Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam maksudnya : “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Hadis Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Hormati dan melayan tetamu.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj. maksudnya : "Wahai Ali ! Anjurkanlah berbuat baik kepada mereka yang sedang ceria wajahnya. Dan hormatilah tetamu sebab rezeki tetamu yang singgah kerumah sesaorang pun ikut singgah di situ. Dan kalau ia meninggalkan rumah itu, dosa penghuni rumah itu lenyap bersama kepergian tetamu tersebut. Lalu terhapuslah dosa-dosa itu jauh ditengah lautan."

15. Amalan Solat Duha.

Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yang bermaksud : “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Duha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Syukur di atas segala pemberian Allah.

Firman Allah SWT maksudnya :  “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

17. Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki.

Ada riwayat menjelaskan : "Mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya Allah tidak akan merasai kepapaan".

Rasulullah S.A.W. juga bersabda maksudnya : "Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Mengamalkan membaca surah at-Talaq ayat 2-3 (dipanggil ayat 1000 dinar). 
Firman Allah SWT maksudnya : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah at-Talaq ayat2-3)

Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir, melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan dan kesusahan maut.

Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin. Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.” Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.

Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.” (Hadis riwayat Ibnu Jarir)

18. Sentiasa berdoa kepada Allah.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah.Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu
Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” 

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” 

Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” 

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” 

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:
“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” 

(Hadis Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).

19. Berusaha dengan bersungguh-sungguh keluar rumah mencari rezeki.

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak……. ”
(Surah An Nisaa’ ayat 100)

Sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah kerana keluar rumah mencari rezeki juga dikira sebagai berhijrah dijalan Allah.

20. Bertawakal kepada Allah SWT.

Berserah semata-semata kepada Allah SWT setelah berusaha, maksud firman Allah SWT: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah At-Thalaq ayat 3)

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Sahabat yang dimuliakan,
Hayatilah beberapa panduan dan amalan-amalan di atas sebagaimana di nyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW jalan-jalan untuk mendapatkan murah rezeki daripada Allah SWT. Pastikan rezeki yang kalian cari adalah halal dan bersih daripada perkara yang haram dan subahat. Kerana setiap ringgit wang yang kita perolehi akan ditanya nanti dihari akhirat.

SEFT dapat merawat Strok


Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinandiserang strok atau angin ahmar.

Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.

Tanda-Tanda Amaran Strok

Strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.

Di Malaysia, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung. Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Jenis Serangan Strok

Terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.

Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak. Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahun-tahun lamanya.

Strok iskemia mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.

Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.

Strok berdarah pula terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan. Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.
Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.

Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

Faktor Risiko

Menurut pakar, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah. Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok.

Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak. Mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.

Bagaimana Strok Didiagnosis?

Doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.

Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

Kesan Strok

Kesan strok kepada pesakit adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.

Otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu. Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang.

Pemulihan

Pemulihan segera adalah amat penting yangn mana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin. Semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.

Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.

Pencegahan

Risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.

Jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.


PENYELESAI STROK


BERBAGAI MASALAH FIZIK:

Batuk, Sakit Kepala, Migrain, Sakit Belakang, Rematik, Sakit Perut, Asma, Sakit Jantung, Berat Badan Berlebihan, Angin Ahmar (Strok), Alergi, Darah Tinggi, Diabetes, Gayat, dan sebagainya. Penyakit baru atau sudah lama.


BERBAGAI MASALAH EMOSI:
Takut (phobia), Trauma, Kemurungan, Cemas, Ketagihan Merokok, Stress, Sukar Tidur, Mudah Marah, Selalu Sedih, Gugup Menjelang Ujian, Latah, Kesurupan, Susah Belajar, Tidak Percaya Diri, dan sebagainya

BERBAGAI MASALAH KELUARGA DAN ANAK-ANAK:
Ketidakharmonian Keluarga, Selingkuh, Masalah Seksual, Di Ambang Perceraian, Anak Nakal, Anak Malas Belajar, Anak Autistik, Anak Selalu Kencing, dan sebagainya

Atau Anda Ingin
Meningkatkan Prestasi Olahraga, Prestasi Di Tempat Kerja, Prestasi Belajar, Meningkatkan Perolehan Jualan, Meningkatkan Jualan Performa, Melancarkan Rundingan, Mencapai Matlamat dan Sasaran yang Ditetapkan.

Meraih Kejayaan Hidup
Menjadi Orang Yang Selalu Beruntung, Meningkatkan Pendapatan, Menjadi Money Magnet, dan Rezeki Yang Melimpah dan Berkat

Mendapatkan Pencerahan Spiritual
Meningkatkan Kedamaian Hati dan Kebahagiaan Diri Serta Bahagia Dunia dan Akhirat.

Jika Itu Masalah AndaSekarang Saatnya Anda Mengikuti Sebuah Latihan Pembelajaran Praktikal Untuk Mengubahsuai Semula Program KEBERUNTUNGAN HIDUP Sehingga BISNES dan KERJAYA Serta Pendapatan Meningkat Secara Mendadak. Menjadikan Keluarga Bahagia Yang Harmoni, Hidup Penuh Keberkatan dan Kemuliaan Kerana Boleh Memberi Manfaat kepada Ramai Orang.

Sertai kursus SEFT kami yang akan dijalakan pada :
Tarikh :
23-24 Ogos 2014 atau 27-28 September 2014

Tempat :
Pro Mind Academy, No.21-1, Jln Seri Putra,
43000 kajang, Selangor.

Trainer :
Dr. Yusof Rabu & Enck Sukri Saad

Yuran : RM1,200 (lebih 3orang layak mendapat diskaun 30%), termasuk 3kali makan, kad keahlian, modul, peralatan kursus dan Sijil kursus.

PRO MIND SOLUTIONS


Tel : 03-89255985 (pej) , 
03-89201139 (fax)

013-3050352 (Megat),

019-6413008 (Zuraida),
019-2415157 (Umiza), 
0102807176 (Qayum)

Tambah Rezeki dengan Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum kepada semua pengunjung Blog Theqayumhekayat.Disini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Solat dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلَاثٍ بِصِيَامِ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, "Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الضُّحَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بَنَى اللَّهُ لَهُ قَصْرًا مِنْ ذَهَبٍ فِي الْجَنَّةِ

Drp Anas bin Malik, Sabda Nabi SAW ; "Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana daripada emas di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda yang bermaksud,"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."Rasulullah bersabda lagi,"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا، يُقَالُ لَهُ: الضُّحَى، فَإِذَا كَانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ نَادَى مُنَادٍ: أَيْنَ الَّذِينَ كَانُوا يُدِيمُونَ عَلَى صَلاةِ الضُّحَى؟ هَذَا بَابُكُمْ فَادْخُلُوهُ بِرَحْمَةِ اللَّهِ
Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW , beliau bersabda : "Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani

Niat Solat Dhuha
أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ
"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"Doa :

اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
"Ya Allah sesungguhnya waktu Dhuha, waktu dhuha-Mu, cahayanya cahayaMu, kerinduannya kerinduanMu, kekuatannya kekuatanMu, ya Allah sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkannya jika ada di bumi keluarkannya. Jika cahaya jauh pendekatannya dan jika ada hampir maka permudahkannya dengan kebenaran dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu, berikanlah kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Moga-moga dengan perkongsian sedikit ilmu ini dapatlah kita mendekatkan diri kita Kepada ALLAH S.WT.

Atasi Masalah Ketagihan Dadah dengan SEFT (Spiritual Emotional Freedom Technique)

JENIS-JENIS DADAH
Entri ini dibuat bukanlah untuk mengajar para pembaca mencuba jenis-jenis dadah yang dinyatakan tetapi adalah lebih kepada memberi informasi kepada semua tentang bahaya dadah kepada kesihatan.

Jenis-Jenis Dadah Dan Kesannya Pada Manusia | Apakah itu Dadah? Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.

Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.


Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu - Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "drug", perkataan "use", "misuse" atau "abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda. 

Ubat-ubatan seperti "paracetamol" dan "antibiotic" membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.

Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai "caffeine". Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang. 

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini. 

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan "ecstasy" diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
"dadah yang disalahguna".


Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
Diperoleh secara haram
Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

Jenis-jenis Dadah
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :
Opiat dan Opiat sintetik
Stimulan
Ganja
Halusinogen
Depresen
Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

Apa itu Opiat?

Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.


Jenis-jenis opiat

1. Candu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.


2. Morfin
Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik. 

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : "M", "White Powder", "Monkey", "Morpho"

Morfin Mentah
Bentuk blok / serbuk
Bertanda "999"
Mengandungi 70% - 90% morfin
Juga dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin
Seperti serbuk kopi halus
Mengandungi 60% - 70% morfin

Pil-pil Morfin
Mengandungi morfin sulfat / morfin hidroklorid
Pil kecil berwarna putih / coklat pucat


3. Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Fit", "Fun", tepung, cik putih, barang, "Penang pink"


4. Kodein
Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk


5. Opiat Sintetik
Tablet Metahadone (Opiat Sintetik) meliputi bahan-bahan seperti "methadone", "pethidine", "dipipanone" dan "dextropropoxyphene". Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini "methadone"digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.

Cara Mengunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : "Fizzies", "Dollies"


Stimulan
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulan iaitu jenis amfetamin atau "Amphetamine-type-stimulants (ATS)" dan kokain.


Jenis-jenis Stimulan

1. Amfetamin
Amfetamin adalah stimulan sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan "Methylenedioxy methamphetamine" adalah dadah yang sangat berbahaya. 

Cara Mengunakan : Menelan, menyuntik, menghisap, menyedur ("chasing the dragon")


2. Methamphetamine
Syabu / Ice
"Methaphetamine hydrochloride" merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. 
Contoh "methaphetamine hydrochloride" yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.

Alat untuk "chasing the dragon"
Cara Menggunakan : Menghisap, menyedut ("chasing the dragon")
Nama Jalanan : "Ice"


3. Kokain
Serbuk Kokai adalah serbuk putih yang berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di Pergunungan Andes, Amerika Selatan. 

Pokok Koka
Daun Koka Ia banyak digunakan di negara-negara Amerika Utara, Selatan dan Tengah di samping negara-negara Eropah. 

Cocaine Snorting
Cara Menggunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan : "Coke", "Crack", "Snow", "Flake"

Kokain "Freebase" adalah bes kokain yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan menggunakan paip khas. Kokain "Crack" adalah campuran kokain dengan serbuk penaik dan berbentuk "granusles". "Crack" mempunyai ketulenan sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan ketagihan teruk dalam masa yang singkat.


4. MDMA
Table yg mengandungi MDMA (Pil Ecstasy)
"Methylenedioxy-methamphetamine" (MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. 

Ia dipanggil "feel good drug" dan boleh meningkatkan daya tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi memenuhi cita rase pengguna muda.

Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "Ecstasy", "XTC"


Ganja/Kanabis
Pokok Ganja
Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok "cannabis sativa". 

Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana "tetrahydrocannabinol" (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Daun Ganja
Jenis-jenis Ganja/Kanabis

1. Kanabis Herba

Kanabis herba merujuk kepada daun dan pucuk berbunga pokok "genus kanabis" yang dikeringkan dalam bentuk ketulan. Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan. 

Kandungan THC : 0.25% - 8%
Cara Mengunakan : Menghisap, menelan (bersama makanan / minuman)
Nama Jalanan : Ganja


2. Hashish
Hashish
Resin getah kanabis (hashish) ialah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan, serbuk atau dicampurkan dengan lilin. 
Warnanya berbeza-beza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kandungan THC : 4% - 12%
Cara Menggunakan : Menghisap


3. Minyak Hashish

Minyak hashish dihasilkan daripada pengasingan bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar, tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.

Kandungan THC : Sehingga 60%
Cara Menggunakan : Menghisap
"Bong" - Alat untuk menghisap ganja
Menghisap ganja menggunakan "Bong"
"Bong" buatan sendiri menggunakan botol
Halusinogen

Halusinogen adalah jenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.

Halusinogen adalah ubat-ubatan terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan. 

LSD, DMT, PCP, meskalin dan psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.

Ubat-ubatan ini amat popular disalahgunakan oleh gologan "hippies" pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna oleh kebanyakan penagih di negara-negara barat.


Depresen

1. Ubat "Depresen"
Barbiturates
Ubat "Depresen" termasuk juga ubat-ubat "sedative" dan "tranquilizer". Ubat-ubat ini bertindak dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan fungsi-fungsi tubuh. 
Tranquilizer
Contoh ubat "sedative" ialah "barbiturates" manakala contoh "tranquilizer" ialah "erimin-5", "rohypnol" dan "valium".
Pil Erimin-5 yg mudah didapati di dalam disko
"Erimin-5" sejenis "sedative" yang kerap disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna "club drugs" untuk membantu mereka kembali ke kehidupan rutin. 

Penagih heroin juga menganggap "erimin-5" sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram heroin tinggi. 

"Rohypnol" sejenis "sedative" yang sangat kuat kesannya sehingga ia kerap disalahguna di kelab malam bukan sahaja sebagai "club drugs", bahkan juga sebagai "rape drugs" oleh perogol. "Rohypnol" boleh mengakibatkan kematian apabila disalahgunakan bersama alkohol.


2. Alkohol

Alkohol adalah minuman keras yang lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi dan reaksinya. 

Penyalahgunaan alkohol bersama dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan badan dan tidak sedarkan diri. 

Tindak balas kimia alkohol bersama dadah yang diambil secara berlebihan akhirnya boleh membawa maut.


3. GHB
GHB
"Gamma-Hydroxybutyrate" (GHB) boleh diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB atau "gamma-hydroxybutyric acid" tidak pernah diiktiraf sebagai ubat dan dikeluarkan dalam makmal haram tanpa sebarang kepiawaian. 
GHB juga kerap disalahgunakan sebagai "rape drugs" kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Cara Menggunakan : Menelan
Nama Jalanan : "G", "Grieviuos bodily Harm", "Liquid Ecstasy"


4. Ketamin


Ketamin pula sejenis ubat bius haiwan yang kerap disalahgunakan. Ketamin yang digunakan dalam bentuk cecair tidak mengkhayalkan. Ia boleh menyebabkan pengguna tertidur dengan cepat. 
Menyedut Ketamin Melalui Hidung (Snorting)
Ketamin dalam bentuk tepung putih pula disalahgunakan dengan cara "smoked" atau "snorted" untuk mendatangkan khayalan seperti bius.


Ubat-ubatan dan Bahan Yang Disalahguna

1. Steroid
Produk Steroid yg popular di kalangan ahli bina badan
Steroid sejenis ubat yang merupakan hormon testeron sintetik. Steroid digunakan oleh doktor untuk merawat pesakit lelah dan lain-lain. 

Steriod kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan pertumbuhan otot atau peningkatkan kekuatan fizikal. 

Steroid mempercepatkan proses pembesaran otot bagi ahli bina badan
Penyalahgunaan steroid mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser hati.


2. Gam, Petrol dan Inhalan Lain

Gam, petrol dan inhalan lain walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan seperti dadah apabila disalahgunakan. 
Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan otak yg kekal (gila) dalam masa yg singkat

Kekerapan menghidu gam atau petrol boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. 
Gejala menghidu gam di kalangan remaja wanita juga semakin serius

Kini Kerajaan Malaysia sedang dalam proses menggubal akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.


3. Daun Ketum
Daun Ketum
Daun ketum atau "species mytragynine" yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan Timur Semenanjung Malaysia

Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. 

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Air Ketum
Terdapat juga di sesetengah tempat di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi kesan yg lebih kuat kepada peminumnya.

Ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.


4. Ubat-ubatan

Selain daripada ubat bius dan "depresen", lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit ("pain killer") dan sebagainya.

Penggunaan yang kerap, banyak dan secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan berkenaan.


Apakah yang Dimaksudkan dengan Pergantungan Kepada Dadah

Pergantungan kepada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya yang wujud daripada penggunaan dadah secara berterusan atau pada waktu-waktu tertentu. Dua jenis pergantungan kepada dadah apabila ianya digunakan secara kerap dan berterusan ialah:

1. Pergantungan secara fizikal

Pergantungan secara fizikal ialah satu keadaan di mana badan penagih memerlukan dadah dihentikan akan menimbulkan gejala-gejala tarikan.

Gejala-gejala tarikan ialah tanda-tanda tertentu dari segi tingkahlaku dan fizikal seseorang penagih dadah yang ditunjukkan semasa tidak menggunakan dadah dalam masa tertentu. Antara tanda-tanda pergantungan fizikal ialah sakit perut, muntah-muntah, cirit-birit, menggeletar dan sebagainya.

2. Pergantungan secara psikologikal

Pergantungan secara psikik atau psikologikal merupakan satu keadaan di mana penagih mengalami gian atau mengidam untuk menggunakan dadah supaya dapat berfungsi secara normal serta mencapai ketenangan jiwa.

Daya tahan (keupayaan sel-sel tubuh badan menentang kesan-kesan dadah)

Daya tahan atau “tolerance” kepada dadah dikatakan meningkat apabila dos dadah yang biasanya diambil, tidak dapat memberi kepuasan atau memberi kelegaan dalam mengatasi gejala tarikan. Dos dadah terpaksa ditambah untuk mencapai tahap kepuasan dan kelegaan yang sama. Apabila pergantungan ini telah terbina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya dengan serta-merta.


Seseorang itu dikatakan telah bergantung pada dadah apabila :
  • Penggunaan dadah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian mengatasi keperluan-keperluan hidup yang lain seperti makanan dan minuman.
  • Daya tahan meningkat.
  • Mengalami gejala tarikan apabila tidak menggunakan dadah
  • Berada terdesak atau gian untuk menggunakan dadah lebih-lebih lagi apabila cuba mengurang atau dapat mengawal jumlah dan kekerapan penggunaan.
  • Terdapat tarikan atau kecenderungan menagih semula setelah berhenti menggunakan untuk beberapa waktu.


Faktor-faktor yang mempengaruhi kesan-kesan dadah :

a) Jenis dadah

Perbezaan dari segi kesan ke atas fungsi system saraf pusat iaitu sama ada ia merosakkannya (contohnya heroin) atau merangsangkan (contohnya amfetamin dan kokain) atau merosak dan merangsangkan (contohnya ganja).


b) Jumlah digunakan

Kesan daripada dos kecil adalah berbeza daripada kesan dos besar, contohnya dos kecil heroin mungkin menyebabkan rasa mengantuk atau euphoria berbanding dengan dos besar yang mana akan menyulitkan pernafasan dan membawa maut.


c) Cara penggunaannya

Kesan dadah bergantung kepada cara penggunaannya (samada ditelan, disuntik, dihidu, dihisap atau diguna bersama dadah lain), jangka masa dan kekerapan mengguna.


d) Keadaan individu

Kesan dadah bergantung kepada umur, jantina, berat badan, kesihatan, daya tahan, pengalaman penggunaan dadah & aktiviti penagih


Sebab-sebab Seorang Mengambil Dadah

Statistik dan profil penagihan di Malaysia menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada penagih dadah adalah di dalam lingkungan umur antara 15-25 tahun. 

Sebahagiannya adalah belia-belia yang masih bersekolah sama ada di sekolah kerajaan, swasta ataupun di pusat-pusat pengajian tinggi.

Di antara faktor-faktor yang mendorong mereka menyalahgunakan dadah adalah kerana :
  • Keseronokan dan ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba untuk merasainya sendiri
  • Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya setiap jenis dadah tersebut.
  • Pengaruh rakan, kawan-kawan sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
  • Mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
  • Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  • Untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibu dan bapanya.
  • Tidak menggunakan masa lapangnya dengan melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat dan berfaedah.
  • Masalah dan tekanan rumah tangga
  • Kurang kemesraan di antara ibu bapa dan anak-anak.
  • Keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya dengan cara menjadi pengedar.
  • Adanya dadah di persekitaran dan kecekapan pengedar-pengedar untuk mempengaruhi pengguna baru.
  • Kurangnya pengetahuan agama, penghayatan nilai-nilai serta amalan agama.



Akibat Penagihan Dadah

Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu :
  • kesan kepada penagih
  • kesan kepada keluarga
  • kesan kepada masyarakat
  • kesan kepada Negara



1. Kesan Kepada Penagih
  • Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
  • Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
  • Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan seperti dalam khayalan.
  • Pitam, pengsan, & berperasaan ganas
  • Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.



2. Kesan Kepada Keluarga
  • Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
  • Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
  • Rumah tangga menjadi porak peranda.
  • Berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
  • Anak-anak menjadi terabai & seterusnya mengundang masalah sosial kepada mereka.



3. Kesan Kepada Masyarakat
  • Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan & samun
  • Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
  • Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.



4. Kesan Kepada Negara

Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.

Kos tersebut termasuklah :
  • Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
  • Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
  • Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
  • Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
  • Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
  • Kos kerugian tenaga dan modal insan kerana kebanyakkan terlibat dalam penagihan dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.



Tanda dan Kesan-Kesan Penagihan Dadah

Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti paras rupa, sikap, tabiat dan tingkah laku. Beberapa tanda umum boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah :
  • Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
  • Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
  • Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
  • Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri.
  • Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan atau dimiliki.
  • Hilang selera makan, kurang berat badan, mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup dan kuyu.
  • Parut dan bekas suntikan di lengan dan di hujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
  • Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
  • Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
  • Suka meminjam daripada kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari rumah, sekolah, tempat kerja, saudara mara atau kaum keluarga.
  • Terdesak menjual barang-barang peribadi seperti pakaian, telefon bimbit dan sebagainya.
  • Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil tanpa sebab seperti stor, bilik kecil, tingkat bawah bangunan dengan tujuan untuk mengambil dadah.


Bagaimanapun, kita tidak harus membuat kesimpulan sendiri yang seseorang itu penagih berdasarkan tanda-tanda ini sahaja. Ada baiknya kita menyiasat dahulu, bertanya terus-terang kepada diri yang berkaitan ataupun merujukkannya kepada pakar-pakar perubatan


Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran “Pengedaran Dadah” termasuklah semua seperti mengilang, memgimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya, seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya. 

Seorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan. 

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya Akta ini mulai 11 November 2002, penagih-penagih dadah yang menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan di kenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke 4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Akta Racun 1952

Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952


Akta Rawatan/Pemulihan 1983 - Pindaan 1988

Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&P) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :
  • Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
  • Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun


Seksyen 3

Penahanan Penagih Dadah yang disyaki untuk ujian-ujian : 
Mana-mana Pegawai Polis boleh menahan mana-mana orang yang disyaki sebagai penagih dadah.
Pegawai Polis boleh menahan dibawah subseksyen (1) selama tempoh tidak lebih 24 jam bagi maksud menjalani ujian.

Seksyen 4

Membawa Ke Hadapan Majistret jika ujian tidak dapat disiapkan dalam masa 24 jam : 

1.Ujian tidak dapat disiapkan dalam masa tempoh 24 jam 
  • Orang itu boleh di lepaskan dengan jaminan, tanpa penjamin, oleh seorang Pegawai supaya hadir pada masa dan ditempat yang dinyatakan dalam bon.
  • Seorang itu boleh dibawa dihadapan Majistret, majistret boleh dengan kuasanya menahan seseorang itu selama tempoh 14 hari untuk menjalani ujian.


Seksyen 5

Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani prosedur-prosedur ujian : 
Bagi maksud sek 3 atau 4, orang itu dikehendaki hadir menjalani pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
Jika orang itu tidak mematuhi kehendak sek 5 subseksyen (1) dia melakukan kesalahan boleh di hukum penjara 3 bulan.

Seksyen 6

Perintah Majistret yang boleh dibuat keatas penagih dadah 

1. Jika seseorang itu telah menjalani ujian-ujian dibawah sek 3 dan 4, ujian telah diperakui oleh Pegawai Perubatan. Pegawai itu hendaklah membawa orang itu di hadapan majistret, majistret boleh memerintahkan : 
  • Orang itu perlu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan, tinggal dipusat selama tempoh 2 tahun dan tamat tempoh akan menjalani jagaan lanjutan.
  • Orang itu boleh diletakkan dibawah pengawasan seorang Pegawai Pemulihan selama tempoh 2 tahun dan tidak lebih 3 tahun.


Seksyen 7
  • Melanggari terma-terma bon yang disempurnakan dibawah seksyen 6 (1) (6). Seorang Pegawai mempunyai sebab bahawa mana-mana terma bon dibawah perenggan (b) subseksyen (1) sek 6, telah dilanggari dan dibawa kehadapan Majistret.
  • Majistret boleh memerintah orang itu tinggal di Pusat Pemulihan selama tempoh 2 tahun.


Seksyen 8

Jagaan yang sah disisi undang-undang : 

1. Seseorang itu adalah berada didalam jagaan yang sah disisi undang-undang. 
  • Ia ditahan dalam jagaan oleh seorang Pegawai dibawah Akta ini.
  • Semasa dia menjadi penghuni di Pusat Pemulihan/Pusat Jagaan Lanjutan
  • Semasa dia sedang dibawa dari mana-mana tempat, sedang melibatkan apa-apa aktiviti pusat Pemulihan.

2. Mana-mana orang yang lepas lari dari jagaan yang sah disisi undang-undang adalah melakukan suatu kesalahan, sabit kesalahan di kenakan denda atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duaya.


Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta), 1988

Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :
  • Mengesan
  • Membeku
  • Merampas aset pengedar


Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :
Seksyen 39(B) ADB 1952
Seksyen 6(B) ADB 1952
Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985


Akta Langkah-langkah Pencegahan khas

Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :
  • Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.
  • Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.


Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :
Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
Tidak dibicarakan di mahkamah.

Proses Siasatan :
  • Laporan siasatan dibuat oleh pihak polis dan dihantar kepada Siasatan.
  • Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.
  • Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri.
  • Menteri akan menimbang kedua-dua laporan dan membuat keputusan samasa untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.




Dadah-Dadah Lain Yg Popular :

Nospan
Nospan biasanya popular di kalangan pelajar sekolah kerana harganya murah (50 Sen Sebiji). Biasanya ia ditelan 10-20 biji sekaligus & akan semakin bertambah di kemudian hari untuk memberikan kesan khayal yg sama.

Nospan (Dextromethorphan) adalah tablet ubat batuk yang digunakan untuk melegakan hidung berair, bersin, gatal hidung, Sinusitis, allergies dan gatal tekak .

Pengambilan yang berlebihan boleh mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran Neutroksin Ensifalus.
Pil ini dikatakan mampu membawa igauan seks ketika bermimpi selain merangsang remaja membunuh diri

Kesan dari penyalahgunaan ubat ini adalah seperti kepusingan, hilang selera makan, mulut kering, sakit dada, denyutan kuat, ruam kulit, tekanan darah tinggi dan halusinasi. 

Ketagihan pil terbabit dianggap berbahaya apabila ia bukan saja menyebabkan kerosakan saraf otak, malah boleh menyebabkan mangsa sakit mental dan kurang siuman kekal.


Pil Kuda

Pil Kuda (Methamphetamine - dadah sintetik campuran bahan kimia) adalah pil paling tersohor di Kelantan, kerana ia dekat dengan Thailand, di mana Thailand adalah pengeluar pil kuda haram terbesar di Asia Tenggara.

Di dalam perubatan, ia digunakan untuk merawat penyakit hyperaktif, ADHD (Penyakit Psikotik - hilang tumpuan), masalah tidur & obesiti yg melampau.

Tapi sekarang ia disalahgunakan, bukan untuk tujuan perubatan ataupun arahan doktor.
Pil kuda diakui akan menyebabkan penagih menjadi kurang siuman & gila kekal dalam masa yang singkat

Pil kuda sememangnya mempunyai kesan negatif yang kuat & melampau, di mana jika diambil secara berterusan selama 6 bulan, sistem saraf otak akan rosak & penagih akan menjadi kurang siuman serta gila yg kekal.

Ini kerana, pelbagai bahan merbahaya turut dicampurkan untuk memberi kesan yang lebih kuat. Di antaranya adalah:
  1. Racun tikus – Untuk mencairkan darah dengan cepat agar penagih berasa kesannya dengan segera
  2. Serbuk Kaca Kalimantang
  3. Pencuci lantai
  4. Klorox
  5. Ubat Nyamuk
  6. Abu tulang manusia yg dibakar



Cara biasa menghisap pil kuda ni adalah ‘Chase The Dragon’. Pil dimasak menggunakan ‘dapur’ & asap yang keluar disedut. 

Kalau diambil sebutir, penagih boleh berjaga tanpa tidur selama 2 hari & kalau diambil suku sahaja,penagih akan berasa cergas lebih kurang 6 jam.

Kesan pil kuda juga akan menyebabkan penagih menjadi sangat bernafsu & kemahuan seksnya akan meningkat secara mendadak. 


Kesan Pil kuda :
  1. Paranoia – berkelakuan / tingkahlaku pelik
  2. Halusinasi - lihat @ dengar sesuatu yg tak wujud
  3. Delusi - kepercayaan pada sesuatu yg tak logik spt percaya mampu terbang
  4. Meth mouth –kerosakan pada gigi
  5. Muka cengkung & berat badan susut dengan mendadak
  6. Sawan,tegang otot,menggeletar

Gigi seorang penagih pil kuda tegar

Dadah Menurut Pandangan Islam

Hukum dan larangan pengambilan dadah adalah jelas haram berdasarkan kepada dalil yang dikiaskan kepada arak. Dalam Al-Quran banyak menyebut mengenai pengharaman arak dan dalil pengharaman ini berdasarkan kepada keterangan nas-nas (Al-Quran dan Al-hadis) kerana ia termasuk dalam pengertian umum benda-benda yang memabukkan, menghilangkan akal dan kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama iaitu memabukkan atau terdapat keburukan-keburukan dan membawa kebinasaan terhadap individu-individu dan masyarakat. 

Ini dapat dibayangkan melalui Firman Allah S.W.T. dalam suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud : 
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..” Surah Al-baqarah : 195

Dadah juga menghancurkan rumah tangga, keluarga yang dinaungi oleh ketua yang mengguna atau menagih dadah akan menimbulkan pelbagai kesulitan dan masalah. 

Antaranya tidak dapat menyediakan nafkah yang diperlukan oleh keluarga, bahkan memaksa isteri dan anak-anak memberi wang untuk membeli dadah. Sebagai ketua keluarga, Islam menitikberatkan mengenai kehidupan anggota keluarga agar dipelihara dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : 
“Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka” Surah At-Tahrim : 06

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : 
“Seseorang itu adalah berdosa jika dia menyempitkan orang yang dibawahnya.” Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya, “Fatwa Al – Syari’iyah” (muka surat 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie dan Al Syeikh AlIslam Ibnu Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.


Pendapat Ulama

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan Hadis ini jelaslah bahawa penyalahgunaan dadah hukumnya haram. Pengharaman ke atas dadah meliputi semua kegiatan yang berkaitan dengannya seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah melaknat tentang khamar (arak). 
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang khamar, sepuluh golongan, (1)Pembuatnya, (2)Pengedarnya, (3)Peminumnya, (4)Pembawanya, (5)Pengirimnya, (6)Penuangnya, (7)Penjualnya, (8)Pemakan wang hasilnya, (9)Pembelinya, (10)Pemesannya.


Jalan Penyelesaian menghilangkan ketagihan dadah adalah SEFT !



Sertai kursus SEFT kami yang akan dijalakan pada :

Tarikh : 
(SELF COACHING)
Pada Bila2 masa mengikut keselesaan anda

Tempat : 
PUSAT PERUBATAN HOMEOPATHY & AKUPUNTUR AL-HIKMAH
No.27, Jalan BM4/3, Seksyen 4,
Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Trainer : 
Dr. Yusof Rabu

Yuran : 
RM1,200 
(lebih 3orang layak mendapat diskaun 30%), 
termasuk 3kali makan, kad keahlian, modul, 
peralatan kursus dan Sijil kursus.

PRO MIND SOLUTIONS
 012.256.9759 (Dr.Yusof)
0189.6060.80 (Qayum), 
011.6088.9096 (Megat),