- Sejenis penyakit kulit.
- Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
- Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
- Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
- Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
- Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
- Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
- Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.
Kulit
- Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
- Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
- Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
- Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
- Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
- Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
- Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
- Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
- Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
- Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.
Penjagaan kulit
- Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
- Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang.
- Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
- Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
- Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
- Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
- Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan