Mandi sambil Bersenam !

Senaman walaupun sedikit adalah lebih baik daripada tiada langsung. Jika alasannya anda tidak mempunyai masa, mari bersenam ketika mandi! Rise and shine, daralians!

Aktiviti regangan merupakan salah satu cara paling efektif untuk mengekalkan bentuk tubuh. Waktu mandilah merupakan waktu paling ideal untuk melakukan aktiviti ringan regangan khas buat anda yang ‘tidak sempat’ untuk melakukannya.

Siraman air pada badan juga mampu menghasilkan rasa lega kepada otot yang penat. Namun perlu diingat, kawasan licin di dalam bilik air juga mampu mengundang bahaya. Jadi, berhati-hati agar tidak berlaku kerjadian yang tidak diingini.

Squats
Lakukan sguat ketika mencuci rambut ataupun ketika mencuci anggota badan. Pastikan anda berdiri dengan kaki yang terbuka lebih besar daripada punggung ataupun cara berkuda, kemudian, bengkokkan lutut anda dan lakukan squat secara perlahan.

Untuk membantu melegakan otot belakang badan yang kepenatan selepas seharian melakukan aktiviti yang pelbagai, gunakan cara yang sama, tetapi  kali ini rehatkan tangan anda ke hadapan sehingga mencecah lantai dan rasakan terapi air yang jatuh ke badan anda. Percayalah, ia sungguh melegakan. Lakukan selama 30 saat.

Kickbacks & Calf Raises
Senaman kickbacks boleh dilakukan dengan cara bersandar pada dinding, dan bengkokkan sebelah kaki anda ke belakang sambil berdiri dengan menaikkan tumit kaki. Tahan selama 20 saat untuk permulaan. Fokuskan kepada kesan regangan yang akan anda rasa pada bahagian belakang anda.

Ketika mencuci muka ataupun memberus gigi, naikkan hujung jari kaki dan turunkan semula ke posisi asal. Senaman ini dinamakan calf raises. Lakukan dua langkah mudah ini selama dua ke lima minit. Aktiviti ini akan membantu membentuk bahagian belakang tubuh anda dan melegakan tekanan.

Pusingan tangan
Pusingkan kedua belah tangan kehadapan sebanyak lima kali dan kebelakang juga sebanyak lima kali. Lakukan juga pusingan bahagian pinggang ke kiri juga ke kanan sebanyak lima ke enam kali. Kemudian rehatkan bahu anda dengan berdiri tegak merapatkan kedua belah kaki. Angkat kedua belang tangan dan hadapkan ke dinding. Beri sedikit tekanan pada tapak tangan anda sambil menolak badan anda kehadapan. Tahan posisi tersebut sehingga 30 saat atau lebih.

Side bend
Berdiri dengan kaki luas terbuka, naikkan kedua-dua belah tangan ke atas bahagian kepala. Kemudian, pusingkan badan anda ke kiri sambil menolak badan anda. Lakukan perkara yang sama pada arah yang berlainan.

Latih tubi pada dinding / Wall Push-ups
Latihan terakhir yang boleh anda lakukan adalah dengan cara menjarakkan badan anda sedepa dari dinding. Kemudian, tolak badan anda secara perlahan-lahan ke arah dinding dan naikkan tumit kaki anda. -drc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan