kutuk, caci, maki & herdik

terus terang saya cakap, saya memang suka kena benda-benda camni,
but tengoklah pada tempatnya.
baru-baru ni naik semester 6, saya tak menghadiri kelas beberapa hari atas alasan yang tertentu.
but kawan2 cerita pensyarah cakap "Qayum mana?"
 so ada lah sorang kawan cakap "dia xdatang" 
then pensyarah tersebut cakap "Ai? makin melampau malas si Qayum ni, makin lama makin TEROK!" 
tertekan juga bila dengar kawan2 cerita macam tu, but alhamdulilah, saya dapat terima, mungkin itu hanya sekadar teguran yang sinis untuk saya dan pelajar2 lain juga. 
saya masih ingat, pensyarah tu ibu bapa kita yang kedua selepas ibu bapa kandung kita, jasa mereka besar. kisah yang saya nak paparkan ni bukanlah sekadar untuk membuka pekung sendiri or aib sesiapa, juz berkongsi sedikit tentang benda yang sliser terjadi kat atas muka bumi ni.

#pensyarah ibu bapa kedua kita, teguran mereka tanda mereka sayangkan kita :) 

Hormati hak saya !

PowerBank aku hilang!
benganngnye ! Marah ?! siapa yang tak marah kalau hak mereka diambil tanpa pengetahuan ! 
dah tu bila tanya tak mengaku pulak, saya ni bukanlah spesis manusia yang tak bermaruah yang senang mengeluarkan kata-kata kesat dan reaksi marah dengan serta merta. Jadi kalau dah salah juz mengaku je lah, tak payahlah nak berselindung disebalik topeng kesalahan tu (ceh! ayat). dahlah hilang, dalam rumah pulak tu.. siapa pulak lah manusia yang ambil selain orang yang kat dalam rumah sendirikan? nak pinjam cakap, nak curi tak payah cakap! 

# marah ada had, klu dah bengang mencarOt jugak saya ni

Kauselor Terbaik :)

                                        
                                        kawan : qayum, aku ada masalah la..
                                        saya : masalah apa ? cerita la aku dengar..
                                        kawan : camni.. bla bla bla bla bla.. (selepas sejam lebih)
                                        saya : ohh.. mcm tu ke ?
                                        kawan : so apa aku nak buat ?
                                        saya : (tolong yang termampu, bagi jalan penyelesaian)


biasalahkan, kawan2, siapa tak sayang.. klu bleh aku nak dengar semua 
masalah kawan2 aku, nak cube bagi jalan penyelesaian..hOpe aku dapat puaskan and ringankan semua hati kawan-kawan aku yang membenak dengan masalah..
aku bukanlah perfect mana pun.. aku jugak macam manusia lain 
terbeban dengan masalah sendiri yang tak teluahkan, 
hanya mereka tempat aq mengadu.. :(
buku note, 
kertas, 
laptop,
blogger,
facebook,
twitter,
dan yang utama adalah TUHAN yang aku yakini ALLAH ! 
yang jadi mangsa luhan perasaan aku ni.. memang aku jenis yang tak suka berkongsi cerita and masalah aku pada orang lain, bagi aku... aku tak nak bebankan orang lain dengan masalah aku..
aku suke dengar masalah kawan2 aku, cOz kawan2 aku akan datang jumpe aku time mereka betOl2 ada masalah je.. sebab tu aku akan jadi kaunselor terbaik untuk diorang then seterusnya mybe diOrg akan ingat aku sampai bila2, insyaAllah..

# yang penting fikirkan yang positif sahaja, negatif itu hanya membebankan :) salam sayang ! sape2pon yang ada masalah kongsi2kanlah dengan manusia yang anda rasakan boleh dipercayai.

Kawan Mengawan


✿~✿ JENIS - JENIS KAWAN ✿~✿
Kali ni saya nak sentuh sikit pasal Kawan, Sahabat, Rakan, Teman, BFF, Friend and tak kisah la apa2 gelaran yang korang gunakan, but setiap daripada mereka mesti ada sifat or sikap yg tersendirikan? jom, kita fahami mereka..


1. KAWAN CHIPSMORE 
Kawan macam ni sekejap adasekejap tak ada. Hairan juga dia pergi mana. 
( time kita perlukan dia, kadang2 kita beruntung sebab dia ada, but kadang2 time kita perlukan dia, lesap ntah ke manalah. ) 


2. KAWAN BUAYA 
Dia ni macam buaya.. senang cerita jenis kawan makan kawan lah kiranya. 
( kadang-kadang muka je nampak baik, tapi bf/gf kita pon dia nak rampas, ciplak assignment dan pelbagai lagi benda yang kita tak sangka dia akan buat ) 


3. KAWAN PERFUME 
Time wangi je dekat dengan kita, time busuk menjauh 
( time kita senang dia sentiasa ada dengan kita, time kita susah dia hilang. :( sedihkan? ) 


4. KAWAN PISAU 
Mulut dia tajam mengalahkan pisau sampai kita pun takut nak cakap lebih-lebih dengan dia. 
(kadang-kadang bagus juga mereka ni, bleh tegur kesilapan kita secara directly, tapi tu lah, kadang2 mereka ni bukan bleh pecaya sangat, bawak mulut ke sana sini plak kang..)


5. KAWAN CHOCOLATE 
Adeh! mulut dia manis gila mengalahkan coklat. Dia pakai ilmu apa? 
(memang manis la, lagi2 time terdesak nak pinjam duit or nak copycap assignment) 


6. KAWAN KAYU 
Dia ni tunggul. Orang cakap apa pun dia buat derk je. 
(kawan cam ni yang buat aku bengang, cakap ngan dia pon tak ada guna, cam spender basah je.. sakit pulak hati kita ni, kadang-kadang mereka ni ada kelebihan juga.. bleh gune diorg untuk jadi punckbag bila kita bengang) 


7. KAWAN SPAN 
Lembut. Seorang yang sopan-santun. Memang lembut tahap gaban. Suara pun ayu je. 
(damai je bila kawan ngan dia, kalau dia marah pun racam macam dia menyanyi2 kat telinga kita ni..)


8. KAWAN DURI 
Dia ni suka sakitkan hati kita so, dia ni adalah  salah satu dari spesies duri di dunia. 
(tak habis2 dengan carot marot and kutuk mengutuk apa yang kita pakai, apa yang kita ada dan sewaktu dengannya.. apa yang dia buat je la betol.. klu ada kawan macam ni, bek korang jauhkan diri.. buat sakit hati je.. but kelebihan mereka ni adalah untuk menilai kita, but janagn lah melampau sangat...) 


9. KAWAN KAUNSELING 
Yang ni jenis kerja dekat Jabatan Kebajikan kut. Semua benda dia nak tahu n kalau korang ada masalah pun akan datang cari dia. Adeh! 
(ni jenis AKU, terus terang aku cakap, aku suka dengar masalah kawan2 aku, sekurang2 untuk mengurangkan beban yang membenak kat hati mereka.. tapi tu la, klu nak tolong selesaikan tu yang payah, but aq sedaya upaya cuba bagi jalan yang sepatutnya, tapi tu lah time ada masalah je la mereka cari kita.. time xde masalah hilang lesapp) 


10. KAWAN IBU 
Sebijik macam ibu kita! selalu ada tika kita susah dan senang. Kawan macam ni la yang semua orang nak... 
(senang citer ni kawan yang betol2 ada time kita happy and sedih, but susah nak cari kawan2 cmni skarang)


#Kawan Gembira senang dicari, Kawan Menangis Susah dicari 
SMILE ALWAYS ! ツ

tolong menolong amalan mulia~

selamat sejahtera kepada semua umat manusia yang secara 
sengaja atau tidak sengaja membuka atau terbuka blog ni, mungkin blog ini akan bermanafaat bagi sesetengah manusia yang mencari sesuatu yang tak mungkin anda jumpe dalam blog2 lain, saya hanyalah penulis blog yang baru, tak banyak benda yang saya tahu, insyaAllah dengan dorongan dan galakan daripada umat manusia yang membuka atau terbuka blog ni akan menambah semangat saya untuk terus menjadi blogger. satu jela habit saya yang korang perlu tahu, saya suka menolong orang yang bermasalah atau lebih tepat lagi manusia yang mempunyai beban dibahunya, insyaAllah saya akan cuba ringankan dan berikan pandangan, nasihat dan idea yang membawa korang ke arah positif.
tak ada apa yang spesial di dalam blog ni, hanya luahan hati, cebisan kata-kata dan yang terlintas difikiran..