Cara Mudah Hilangkan Migrain

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh murid-murid semua. Apa khabar? Cerialah selalu sebab orang kata stress boleh sebabkan kanser. Seram bukan? Jadi, tambahkan sebab untuk kita tersenyum supaya sel positif boleh menang apabila berlawan dengan sel negatif ok?
Hari ni Teacher Muja memang nak bercakap tentang perenggut keceriaan kita. Eceyyh. Antara penyebab keceriaan ini direnggut adalah sakit kepala ataupun migrain. Ada tak sesapa yang selalu diserang sakit kepala yang agak kerap dan berlarutan? Mungkin korang diserang migrain. Biasanya, migrain menyerang apabila kita terbeban dengan kerja dan masalah harian. Jadi, hari ni Teacher Muja nak berkongsi cara mudah hilangkan migrain atau sekurang-kurangnya mengurangkan sakit kepala akibat migrain.
Walaupun dengan adanya kemajuan perubatan untuk mengubati hampir setiap jenis penyakit, masih ada lagi yang tidak boleh diubati sehingga sekarang termasuklah Migrain . Migrain telah merebak dan ditemui dalam ramai orang pada masa kini disebabkan oleh peningkatan dalam kerja , ketegangan dan isu-isu emosi . Migrain bukanlah satu penyakit berbahaya tetapi ia agak menjengkelkan dan menyakitkan. Ia boleh juga merosakkan kecantikan kita seperti lingkaran gelap bawah mata apabila tidak dapat tidur kerana sakit.
Di bawah adalah sebahagian daripada teknik dan kaedah yang mungkin tidak berguna untuk semua orang tetapi yang pastinya adalah yang paling mudah. Boleh dicuba untuk semua yang diserang migrain.
1. Menggunakan Rempah
hilangkan migrain guna rempah 5 Cara Mudah Hilangkan Migrain
Bahan-bahan yang pedas yang ada dalam cili merah boleh membantu melegakan sakit kepala semasa serangan migrain kerana ia menjadi ubat penahan sakit . Satu jumlah yang besar cili merah boleh digunakan semasa serangan migrain dan bukanlah dalam semua makanan.
2. Merendam Tangan dalam Air Dingin
hilangkan migrain guna air sejuk 5 Cara Mudah Hilangkan Migrain
Merendam kedua-dua tangan anda di dalam air sejuk selagi anda boleh. Ini mungkin membantu melegakan kesakitan akibat migrain dengan cepat. Anda juga digalakkan untuk membuka dan menutup tangan anda semasa direndam di dalam air.
3. Berada Di Dalam Bilik gelap
hilangkan migrain dalam bilik gelap 5 Cara Mudah Hilangkan Migrain
Cuba untuk sentiasa bergelap di dalam bilik semasa serangan migrain. Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.
4. Mengambil Sedikit Kafein
hilangkan migrain dengan kafein 5 Cara Mudah Hilangkan Migrain
Satu jumlah kafein yang besar boleh menjadi tidak sihat tetapi jumlah yang kurang sebenarnya boleh bertindak sebagai ubat penahan sakit. Ambillah sedikit kafein semasa serangan migrain dan rasakan perbezaannya.
5. Menggunakan Teknik Acupressure
hilangkan migrain dengan acupressure 5 Cara Mudah Hilangkan Migrain
Teknik ini adalah salah satu teknik yang paling mudah dan berguna untuk mengurangkan migrain. Teknik acupressure sebenarnya dilakukan dengan melakukan sesuatu di titik tekanan anda. Ketik sebelah kanan dan kiri dahi , bahu dan bahagian dalam pergelangan tangan anda 3 kali untuk mengawal tenaga dan untuk melegakan migrain.

Khasiat & Kebaikan timun

14 Kebaikan Makan Timun Yang 
Perlu Anda Ketahui



Timun barangkali adalah antara tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, mudah ditanam malah adalah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia sebagai menu sampingan bersama Nasi Lemak serta ulaman dicicah dengan sambal belacan.

Tetapi selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda? Lupakan snek ringan dan cip kentang, mulai hari ini sila jadikan timun sebagai ‘snek’ utama anda. Berikut adalah 14 sebab mengapa anda perlu mengamalkan memakan timun!
Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.
Timun dapat melawan suhu panas
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.
Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu virtual’, yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.
Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih ‘berkuasa’ dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.
Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.
Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.
Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.
Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.
Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar ‘sterol’ pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.
Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.
Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.
Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.
Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.
Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.

Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera


Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera

Pembuangan sisa toksin dari badan amatlah penting bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan ke tahap kecerdasan otot dan aliran darah yang baik.

Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera

Semua orang tahu bahawa betapa pentingnya proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan. Walau bagaimana pun badan kita sebenarnya seringkali dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat.
Ditambah lagi pertambahan toksin-toksin dalam badan yang diambil secara langsung ataupun tidak melalui makanan, air, produk pembersihan dan kosmetik. Hakikatnya memang ada banyak kaedah detokfikasi yang boleh dilakukan, namun kita harus sedar bahawa kaedah semulajadi jugalah yang merupakan kaedah yang terbaik!
1) Aloe Vera
Aloe vera atau pun lebih dikenali sebagai Lidah Buaya merupakan tumbuhan yang sangat hebat dalam menyingkirkan toksin dari badan, selain daripada membetulkan fungsi perut dan usus. Digalakkan bagi kita untuk minum secawan jus aloe vera yang asli dan segar bagi memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel darah putih yang digunakan untuk melawan penyakit.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 11 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
2) Dandelion
Dandelion digunakan sejak dari dulu lagi untuk membersih dan menguatkan hati. Dandelion juga dipercayai sangat berkesan dengan penyakit yang berkaitan dengan hati. Daun dandelion segar dimasukkan dalam secawan jus salad bagi memberikan kesihatan yang terbaik!
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 2 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
3) Kale
Kale merupakan sayuran hijau yang bersifat alkali. Kale yang pahit ini sememangnya mendapat tempat dalam kalangan makanan yang dicadangkan oleh ahli Ayurveda, perubatan tradisional India. Jika tak tahan dengan rasa pahitnya, kale boleh diambil dengan campuran salad-salad lain.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 3 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
4) Artichoke
Artichoke wajib dimasukkan dalam senarai makanan untuk detoksifikasi kerana kandungan cynarin dalamnya yang membantu penyingkiran semulajadi toksin dalam badan. Artichoke membersihkan dan melindungi hati, serta sistem pencernaan. Ia juga membantu menguraikan  lemak dan merangsang penghasilan hempedu di hati.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 4 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
5) Coriander
Coriander ataupun Ketumbar juga bagus dalam menyingkirkan toksin serta logam berat daripada badan. Selain itu, kandungan pati minyak yang terdapat dalam ketumbar ini juga dapat membantu perembesan enzim dan merangsang sistem pencernaan dengan lebih baik.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 5 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
6) Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan. Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan! 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 6 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
7) Broccoli
Adalah sangat digalakkan untuk memakan satu hidangan brokoli pada setiap hari. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan.
Fuh Petua Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 7 300x225 Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera
Sayuran hijau memang terbukti baik dalam membantu badan untuk menyingkirkan toksin dengan berkesan. Tambahkan juga kuantiti pengambilan air, bagi melancarkan lagi proses pembuangan toksin daripada badan dengan lebih sempurna! Jom amal sekarang!


Sumber: Fuh Petua! Lancarkan Pembuangan Toksin Dari Badan Dengan Segera 

Kanser Tiroid Dan Cara Merawatnya

nak kongsikan artikel tentang penyakit tiroid (Thyroid) dan juga cara untuk merawat penyakit iniJom kita kenali apakah penyakit tiroid. Adakah ia merbahaya atau tidak? Jawapannya, bahaya jika kita tidak mendapatkan rawatan selanlanjutnya kerana TIROID BOLEH MENJADI KANSER.
kanker tiroid Kanser Tiroid Dan Cara Merawatnya
Apa itu Tiroid? Tiroid adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.
Kenali penyakit TIROID
1. Kelenjar Tiroid
Kelenjar tiroid terbahagi 2 .Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan  triiodotiroksin (T3). Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsisi badan yang dipanggil metabolisma. Apabila ada peningkatan hormon-hormon ini, ia bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan. Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan. Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid. Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku.
2. Diagnosis Penyakit Tiroid
Anda  mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur. Leher anda perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan. Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu dan berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.
3. Penyakit Hipotiroidisma (Hypothyroidism)
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya. Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma. Biasanya penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil Tiroiditis. Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto.
Penyakit  ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid. Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat. Kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma. Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan. Hormon tiroid akan diberi oleh doktor kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya. Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan ujian darah mungkin dilakukan
4. Hipertiroidisma (Hyperthyroidism)
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun. Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Biasanya mata mereka yang menghidapi penyakit ini akan kelihatan seperti mata ikan emas. Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting. Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ‘ribut tiroid’ terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut.
Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma. Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan.
Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu. Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa. Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan oleh doktor dengan anda, semasa lawatan kesihatan susulan.
tiroid boleh menjadi kanser 300x225 Kanser Tiroid Dan Cara Merawatnya
Cara Rawatan Penyakit TIROID (Thyroid) 
1.  Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut.
2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh  badan.
3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untukmengatasi masalah kehilangan berat badan.
4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam  kes kehilangan berat badan yang serius
. 5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. “Merawat itu lebih baik daripada mencegah “

Cara men- jutawan -kan diri .

Apakah rahsia kejayaan para usahawan dan jutawan? Jawapannya ada di sini. Jika anda ingin berjaya dan menjadi kaya-raya seperti mereka, ikut sahaja!
Rahsia 1: Matlamat Kebebasan Dari Segi Kewangan
Rahsia ini milik Robert T. Kiyosaki, jutawan, penasihat kewangan dan penulis buku Rich Dad Poor Dad. Menurut Kiyosaki, semua ini bermula daripada matlamat. Cuba bayangkan 10 ke 20 tahun akan datang. Itulah matlamat anda. Kebanyakan orang impikan hidup kaya-raya dan bukannya kebebasan dari segi kewangan. Padahal, menjadi kaya sahaja tidak cukup. Banyak orang kaya yang kemudiannya jatuh miskin tidak begitu faham sifat-sifat wang.
Rahsia 2: Hukum Balasan “Reciprocal”
Ini rahsia kejayaan Estee Laude, pengasas Estee Lauder Inc. Menurut Estee Lauder, orang yang kedekut tidak akan menjadi kaya kerana orang lain akan membalas sikap kedekut ini. Orang yang benar-benar kaya tidak memberi tumpuan untuk mengurangkan perbelanjaan. Mereka sebaliknya cuba untuk memaksimakan pendapatan.
Rahsia 3: Berhutang Mengikut Kemampuan
Rahsia ini milik Aristotle Onassis, jutawan dan raja kapal Yunani. Prinsip Onassis, tidak salah untuk berhutang asalkan untuk tujuan produktif. Hutang yang produktif dianggap sebagai bukan hutang kerana ia akan menghasilkan pendapatan dengan lebih cepat. Hutang untuk perbelanjaan yang tidak dapat dikawallah yang akan menyita seluruh pendapatan di masa depan.
Rahsia 4 : Gunakan Wang Secara Bijak
Andrew Carnegie, pengasas Carnegie Steel Company pemilik rahsia ini. Kebanyakan orang terlalu sibuk mendapatkan wang tanpa berfikir apa yang akan dilakukan selepas wang itu diperolehi. Padahal, mereka akan jatuh miskin lagi jika tidak merancang strategi pelaburan yang baik. Jadi, jangan hanya memikirkan cara mencari wang, tanpa merancang cara untuk memanfaatkannya dengan bijak kerana itulah yang paling penting.
Rahsia 5: Alasan Penting
Dan Benson, perunding kewangan dan penulis buku 12 Stupid Mistakes People Make With Their Money mengatakan setiap orang harus mempunyai alas an yang kuat setiap kali mengeluarkan wang. Pada usia di bawah 30 tahun, hanya ada dua matlamat utama iaitu matlamat untuk terus hidup dan melabur. Maka setiap kali pelaburan berkembang, anda mampu meletakkan pengeluaran untuk memperbaiki kehidupan.
Rahsia 6: Kaya = Sedikit Hutang
Ini resepi Kiyosaki lagi. Kalau anda berhutang dengan ramai orang, maksudnya kamu semakin miskin. Formulanya, Aset – Hutang = Kekayaan. Jika mahu kaya, tingkatkan asset dan kurangkan kerugian. Memang asset dapat diperolehi daripada hutang. Namun begitu, jangan membeli asset dengan hutang yang jauh lebih besar dari nilai asset. Jangan pula menambah hutang untuk sesuatu yang tidak menambah asset, misalnya keperluan perbelanjaan.
Rahsia 7: Tambah Pengetahuan
Henry Ford, pengasas Ford Motor Company mendedahkan rahsia kejayaannya. Jika wang anda menjadi sumber ketenangan, maka anda tersilap. Satu-satu perkara yang mampu menjamin ketenangan hidup di dunia ini adalah pengetahuan, pengalaman dan kemampuan. Tanpa tiga perkara ini, berapa banyak wang dalam tangan pun tiada gunanya.

Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol


Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol. terdapat banyak makanan yang enak yang sebenarnya dapat mengurangkan kolestrol dalam badan kita

Kebanyakan dari kita mungkin lebih tahu berkenaan makanan yang boleh meningkatkan kolestrol dalam badan walaupun kita tetap memakannya. Tapi pernahkah kita ambil tahu berkenaan makanan-makanan yang boleh menurunkan kolestrol dalam badan? Ya, terdapat banyak makanan yang enak yang sebenarnya dapat mengurangkan kolestrol dalam badan kita. So harini Dr Fuh nak share dengan anda semua berkenaan Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol.

Makanan Yang Dapat Menurunkan Kolestrol

1. SOYA – Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan soya. Ia boleh menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI – Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL, sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING – Limau kering paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL – Memakan sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal dan meminum jusnya, boleh mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan.
5. IKAN TUNA – Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH – Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA – Mangga mengandungi Vitamin C seperti juga belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Ia berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
8. KISMIS - Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.
9. OAT - Pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat dan mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.
10. JAMBU BATU - Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan. Anda disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yang sesuai.

Petua Menghilangkan Jerawat Belakang Badan


Petua Menghilangkan Jerawat Belakang Badan. Jerawat di belakang dan di badan adalah masalah biasa pada golongan remaja juga dewasa namun sangat memalukan


Jerawat di belakang dan di badan adalah masalah biasa pada golongan remaja juga dewasa namun sangat memalukan. Ia diketahui secra umumnya muncul di bahagian belakang badan, dada, lengan dan punggung. Baca tips dan petua kami dan belajar bagaimana untuk menghilangkan jerawat di belakang anda untuk mencapai kulit yang indah, sihat dan menarik.
Basuhan kerapDalam usaha untuk menghilangkan jerawat belakang, basuh belakang anda dua kali sehari dengan sabun yang lembut dan air suam dan menggunakan asid salisilik berasaskan pembersih antibakteria yang dirumus khas untuk merawat masalah jerawat. Pastikan anda mandi secepat mungkin selepas aktiviti fizikal yang berpeluh. Jangan biarkan peluh melekat di kulit anda kerana ia boleh membawa kepada liang tersumbat dan masalah jerawat lagi.
PengelupasanPengelupasan adalah satu lagi langkah penting ke arah mempunyai badan yang hebat dan licin. Ia membuang sel-sel kulit mati dan kekotoran dari permukaan kulit anda yang disebabkan jerawat belakang badan anda. Bereksperimen dengan produk pengelupasan yang berbeza sehingga anda jumpa satu produk yang sesuai untuk kulit anda dan tidak menyebabkan kegatalan.
Rawatan menggunakan ubatAnda boleh membeli krim jerawat topikal atau gel yang mengandungi benzoil peroksida di mana-mana kedai ubat. Gunakan ia di belakang badan dua kali sehari selepas mandi. Pastikan anda membiarkan ianya kering selama beberapa minit supaya dapat diserap ke dalam kulit untuk mengelakkan pakaian anda kotor.
Utamakan pakaian andaBerbanding kain sintetik, pilihlah untuk memakai pakaian kapas untuk membolehkan kulit anda bernafas. Apabila bekerja di luar, sentiasa pastikan pakaian luar dan dalam anda bersih untuk mengelakkan penyebaran bakteria pada kulit.

Petua Untuk Membuang Lemak Badan


Petua Untuk Membuang Lemak Badan

Petua Untuk Membuang Lemak Badan 
Pilihan 1
Ambil 3 – 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama 1 bulan. Jika anda disiplinkan diri untuk menjaga pemakanan dan selalu bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai.
Pilihan 2
Air asam jawa elok dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak 1 gelas. Masukkan ke dalam peti sejuk. Jadikan ia minuman anda selepas makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong


Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong

Kenapa ada orang susah sangat nak turun berat badan? Senaman dah buat, diet pon dah sampai ada yang sanggup tak makan nasi berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Jangan dera diri sendiri hanya untuk cantik tau..
Di sini Puteri kongsikan satu petua turunkan berat badan yang sangat mudah. Iaitu turunkan berat badan dengan air kosong. Air kosong?? ya, air kosong, senang nak dapat dan paling murah.
Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.

Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong

1) Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam
unit ml =  (40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml
contoh pengiraan:
Berat badan Ali ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.
2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.
contoh:
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.
Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.
Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.
2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.
dan banyak lagi kelebihan minum air kosong nih. Jadi, pastikan anda minum air kosong yang cukup untuk menjaga kesihatan diri anda. Selamat Mnecuba =)

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

Seperti yang kita ketahui, makan adalah perkara paling penting untuk kita terus hidup. Tanpa makan dan minum tak mungkin kita dapat hidup. Namun demikian, makan juga boleh menyebabkan penyakit sekiranya kita tidak menjaga pemakanan kita. Dr Fuh rasa kebanyakan dari kita sudah kenal mana makanan sihat dan mana makanan yang tidak sihat. Tetapi ada beberapa perkara yang mungkin anda tidak ketahui tentang perkara-perkara yang perlu dielakkan selepas makan. Maksudnya, anda tidak boleh melakukan 8 perkara ini selepas makan kerana ianya akan memberi kesan buruk kepada anda.

8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan

1. MAKAN BUAH – menyebabkan perut kembung. Digalakkan makan buah 1-2 jam selepas atau 1 jam sebelum makan.
2. MINUM TEH – daun teh mengandungi kandungan asid yang menyebabkan kandungan protein dalam makanan sukar dihadam.
3. MINUM AIS – meminum ais sebelum, semasa, dan selepas makan melambatkan proses pencernaan perut kerana air sejuk membekukan makanan berminyak yang dimakan.
4. MEROKOK – kesan menghisap sebatang rokok selepas makan sama dengan menghisap 10 batang rokok, menyebabkan risiko penyakit lebih tinggi.
5. BANYAK BERJALAN – menyebabkan kesukaran sistem penghadaman menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang diambil.
6. MELONGGAR TALI PINGGANG – melonggar tali pinggang secara tiba-tiba boleh menyebabkan usus terbelit atau tersekat.
7. MANDI – menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan jumlah darah sekitar perut berkurangan. Ia melemahkan sistem percernaan dan boleh membuat jadi buncit.
8. TIDUR – boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan mengundang gastrik kerana penghadaman tidak dapat dilakukan dengan baik.


Sumber: 8 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Makan | Fuh.My 

Cara kawal kolestrol dalam darah !

Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Pilihan 1: Goreng garam dalam kuali hingga panas dan bungkus dengan kain. Tuamkan pada tempat yang sakit akan menyedut lemak dan kolestrol dalam darah.
Pilihan 2: Ambil beberapa ulas ubi halia. Rebuskan semua halia hingga pekat. Kemudian, ambil dalam 2 atau 3 sudu pati rebusan halia tersebut. Campurkan pula dengan sedikit gula batu serta secawan air panas. Kacaukannya hingga sebati. Minum ramuan sekali sehari. Jadikannya sebagai amalan harian.
Pilihan 3: Amalkan memakan buah kering seperti limau kering mengandungi banyak flavanoid. Flavanoid berfungsi menyingkirkan lemak jahat dan mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi daripada teh, tomato, buah delima, brokoli dan bawang.
Pilihan 4: Amalkan memakan epal sebiji setiap hari. Ia boleh mengurangkan kolesterol dalam badan anda. Ini kerana, epal mengandungi phytonutrient. Ia bertindak melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Anda juga boleh kisarkan epal untuk dijadikan jus.
Pilihan 5: Amalkan memakan ikan tuna. Ia merupakan sumber asid lemak omega-3. Omega-3 baik untuk melindungi tubuh anda daripada mengalami peningkatan kadar kolesterol jahat.
Pilihan 6: Jambu batu mampu menurunkan kadar kolesterol dalam badan anda. Anda disarankan memakannya setiap hari supaya khasiatnya dapat bertindakbalas pada badan anda. Jumlah pengambilan yang disyorkan adalah 2 biji setiap hari. Boleh diambil sebiji pada waktu pagi ataupun tengahari. Manakala sebiji lagi boleh dimakan pada sebelah petang atau malam.
Pilihan 7: Kacang soya kaya dengan kalsium dan mineral. Ia dapat membantu memecahkan lemak, mengurangkan kadar lemak jahat dan meningkatkan kandungan lemak baik. Biasanya kacang soya diproses bagi mendapatkan susunya. Ini kerana ia mengandungi hampir 50% protein, lesitin, vitamin dan juga zat galian. Kandungan kolesterolnya juga rendah.
Pilihan 8: Kacang tanah yang masih berkulit dan dipanggang adalah baik kerana mengandungi lemak sihat serta kaya dengan vitamin E. Ia mampu menghalang radikal bebas supaya tidak merosakkan kolesterol baik. Ia juga membantu mengelakkan diri anda daripada terkena serangan jantung.
Pilihan 9: Kismis mengandungi sebatian yang berfungsi untuk menurunkan kolesterol. Jika anda amalkan memakan 400 kalori kismis setiap hari, ia boleh menurunkan kadar kolesterol sehingga 80%.
Pilihan 10: Anda boleh mengamalkan memakan kuaci tawar samaada kuaci labu ataupun kuaci bunga matahari untuk menambah zat besi. Ia akan meningkatkan kadar kolesterol lemak jahat serta menghadkan kolesterol lemak baik.
Pilihan 11: Buah mangga mengandungi vitamin C dan boleh mencegah kolesterol jahat dalam tubuh badan anda.
Pilihan 12: Oat berfungsi menurunkan kolesterol dalam darah. Kandungan serat mudah larut boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. Anda juga boleh masukkannya dalam menu harian sebagai salah satu sumber diet rendah lemak.
Pilihan 13: Amalkan diet yang rendah lemak tepu. Kebanyakan makanan mengandungi campuran lemak tepu dan lemak tidak tepu, Jadi anda perlu memilih yang rendah lemak tepu kerana lemak jenis ini boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda. Lemak tepu boleh ditemui dalam daging binatang, di bawah lapisan kulit ayam, produk-produk tenusu dan sesetengah minyak sayuran.
Pilihan 14: Anda boleh memilih diet yang secara keseluruhannya rendah lemak. Ini kerana, pengambilan lemak tepu adalah kurang. Jika makan di luar, memang sukar memilih kerana ramai peniaga tidak menggunakan lemak yang lebih sihat seperti minyak zaitun atau kanola.
Pilihan 15:Makan lebih kanji dan fiber. Ia lebih baik bagi menggantikan makanan yang tinggi lemak tepu. Roti, bijirin, pasta, bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran bukan sahaja rendah lemak tepu dan kolesterol, tetapi juga sumber vitamin dan mineral. Manakala antioksiden dalam sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan kesan kolesterol.
Pilihan 16: Diet rendah kolesterol juga boleh diamalkan. Ini bermakna anda perlu memilih makanan yang rendah kolesterol daripada daging binatang yang tinggi kandungan lemak tepu. Makanan dari sumber tumbuh-tumbuhan juga boleh mengandungi lemak tepu, tetapi tidak mempunyai kolesterol. Jika anda memilih diet yang rendah kolesteral, ia boleh mengurangkan kalori, berat badan dan obesiti. Ia baik untuk jantung anda.
Pilihan 17: Senaman fizikal mampu meningkatkan kolesterol yang baik dan mengurangkan kolesterol yang tidak baik. Anda juga dapat mengurangkan berat badan, menurunkan tekanan darah dan mempertingkatkan kesihatan jantung serta saluran darah, dan mengurangkan stres.


Sumber: Petua Mengawal Tahap Kolesterol Dalam Darah | Fuh.My