cara-cara memilih tembikai yang elok



Hari ini opah nak bercerita mengenai petua untuk memilih buah tembikai yang elok.Sekarangkan musim panas, memang elok untuk anda semua bakan buah tembikai yang banyak kandungan air. Di kiri kanan jalan banyak peniaga yang menjual buah ini. Tapi bagaimana untuk memilih buah yang baik, manis dan sedap?Mesti ramai yang belum tahu, mai cuba petua opah ini


TIPS MEMILIH TEMBIKAI YANG BERJUS DAN MANIS

1. Cuba periksa punggung buah tembikai, alur di bahagian jika lebih dekat dengan punggungnya maka elok lah tembikai tu, Jangan buang masa dan terus beli!

2. Cuba periksa tangkai tembikai itu.Opah sarankan pilih tangkai yang bengkok berbanding yang lurus.

3. Berdasarkan warna, opah sarankan anda semua memilih buah yang berwarna hijau gelap kerana ia dipercayai lebih manis.

4.Yang terakhir mari kita mengkaji daripada corak tembikai tersebut. Garisan di badan tembikai yang rata dipercayai akan mempunyai rasa yang lebih manis

Dah tahu cara yang betol memilih tembikai, Jom kita sama-sama beli dan cuba praktikkan petua ini!
Selamat mencuba!kredit by petuaopahku.bs.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan