Kekeliruan Mengenai Program SEFT di Malaysia ! SEFT di malaysia hak PRO MIND SOLUTIONS ya... kami sudah mendaftarkan SEFT sebagai harta intelek malaysia..

Akhir-akhir ini kami ada menerima aduan mengenai Program atau Seminar SEFT yang dianjurkan oleh individu-individu tertentu baik di acara secara Public mahupun secara In-House


Individu tersebut memberitahu kepada para audien bahawa beliau adalah Trainer yang dilantik oleh Founder SEFT iaitu Ahmad Faiz Zainuddin.

Untuk makluman semua pihak, Founder SEFT mahupun pihak LoGOS Institute tidak pernah melantik mana-mana individu mahupun syarikat sebagai pengendali atau trainer SEFT di Malaysia melainkan Pro Mind Solutions.

Kami juga tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mewakili kami dalam mengendalikan program SEFT di Malaysia. Sebagai pihak yang diberikan amanah, kami merasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan perkara ini agar tiada pihak yang merasa tertipu.

Untuk makluman, SEFT telah berdaftar di Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan ianya dilindungi di bawah Akta Harta Intelek 2002.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat atau keraguan berhubung perkara ini boleh terus menghubungi kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan