Dalam kehangatan isu panda memanda ni, saya pun teringin juga mengupdate kepanda-pandaan di dalam Malaysia ini. Saya tak berada di mana-mana pihak. Hanya mampu mengopy paste dan mengulas semula supaya tidak kelihatan berpuak-puak. Juz nak berpesan and mengingatkan, saya seorang yang sentiasa berfikiran positif dan sentiasa memandang positiviti. Dalam Isu panda-memanda ni, cuba kita think positif jela, dah tak boleh buat apa dah, panda pon dah sampai malaysia. hehe :)
Di sebalik ketibaan dua ekor pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, atas dasar setiakawan serta pinjaman, Ada di antara mereka yang mengecam tidakkan mereka tersebut kerajaan membazir dan ada juga yang teruja menyambut kedatangan 'Panda Diplomasi' tersebut
Di sebalik ketibaan dua ekor pasangan panda Fu Wa dan Feng Yi ke Malaysia, atas dasar setiakawan serta pinjaman, Ada di antara mereka yang mengecam tidakkan mereka tersebut kerajaan membazir dan ada juga yang teruja menyambut kedatangan 'Panda Diplomasi' tersebut
Bagi kehadiran dua ekor Fuwa dan Fengyi ini secara disedari atau tidak oleh seluruh rakyat Malaysia, keduanya jelas akan membaham duit rakyat sebanyak puluhan juta ringgit. Manakan tidak, dalam laporan dinyatakan bahawa rumah bagi pasangan panda ini sahaja menelan RM25 juta dan di atas tanah seluas 1.6 hektar (empat ekar)! Di mana dengan keluasan ini, kita boleh membina 40 buah bagi rumah semi-D atau sebanyak 60 buah rumah kos rendah!Pandangan ini mungkin betul jika dilihat dari segi kos memelihara beruang panda ini sahaja. Mentadbir negara, memakmurkan ekonomi memerlukan seni diplomasi antarabangsa yang tidak mungkin boleh difahami oleh penulis-penulis yang jumud dan beku akal mereka dan bersarang di dalam Pakatan hanya untuk menghasut rakyat.
Itu belum lagi dikira kos perjanjian yang menelan RM3 juta setahun selama 10 tahun yang mesti dibayar oleh Zoo Negara kepada China seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012. Tambahan kos lain ialah kos penjagaan yang dijangka menelan belanja kira-kira 1.5 juta setahun.
Berikut kami paparkan pandangan dua aktivis media sosial memperkatakan isu ini dalam konteks yang berbeza tapi sama maksudnya.
Pandangan Pertama:
Oleh Norizan Shariff
1. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mustapa Mohamed, China adalah negara dagangan terbesar (single largest trading partner) Malaysia, dengan nilai melebihi US$100 bilion setahun, untuk selama lima tahun berturut-turut.
2. Sekadar perbandingan, nilai dagangan Malaysia – Amerika Syarikat ialah US$35 bilion setahun, walaupun negara itu adalah pelabur utama dengan nilai US$9.1 bilion setahun.
3. Bagaimanapun, pelaburan Malaysia di China masih rendah dan kedua-dua negara berhasrat untuk merapatkan jurang tersebut, kata Mustapa lagi.
4. Kata beliau lagi, terdapat lebih 500 bilion yuan pelaburan China dalam beberapa tahun akan datang dan Malaysia ingin merebut sebahagian dari pelaburan ini.
5. Hujung Mei ini, genap 40 tahun hubungan bilateral Malaysia – China. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak dijadualkan melawat China hujung bulan ini sebagai meraikan hubungan tersebut.
6. Ketibaan dua ekor panda dari China itu adalah simbol hubungan diplomatik 40 tahun yang terjalin antara kedua-dua negara. Ia juga adalah satu penyataan betapa Malaysia dan China amat menghargai hubungan ekonomi yang terjalin sejak sekian lama dan mengharapkan hubungan itu akan bertambah baik.
7. “Pinjaman” panda itu kepada Malaysia samalah seperi hantaran yang diberikan oleh kedua-dua belah keluarga pasangan pengantin. Kalau nak diikutkan, buat apalah nak berikan hantaran. Dalam Islam, itu bukan wajib. Membazir saja berikan hantaran!
8. Namun, adat memberikan hantaran perkahwinan itu diraikan kerana kita ingin menunjukkan penghargaan dan rasa dihargai dalam satu ikatan perkahwinan dan kemudiannya tautan persaudaraan dua keluarga. Maka, itulah juga nilai kedatangan panda tersebut ke Malaysia.
9. Kita berharap agar “pelaburan” negara ke atas panda tersebut memberikan pulangan yang besar kepada ekonomi negara khusus dalam hubungan dengan China – sama seperti “pelaburan” kita ke atas hantaran perkahwinan – selama kedua-dua panda itu berada di sini 10 tahun.
10. Selamat datang Feng Yi. Selamat datang Fu Wa!
Nota Kaki:
“Panda Diplomacy” bermula sejak Dinasti Tang dimana Empress Wu Zetian (625-705) menghantar panda kepada Maharaja Jepun. Sehingga kini, China telah menghantar 23 panda kepada sembilan negara di dunia, termasuklah ke Amerika Syarikat pada tahun 1972 selepas Presiden Nixon melakukan lawatan bersejarah ke negara itu.
Pandangan Kedua:
Saya pun tidak tahu dimana kebenaranya, hanya sekadar mengopy paste :) Hope jika salah dapat diperbetulkan.
Sumber : MyKMU.Net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan