sebenarnya banyak nikmat yang kita perolehi bukan sahaja nikmat makanan dan pahala, tetapi juga dari sudut kesihatan. Rasanya kelebihan berpuasa ini banyak yang sudah diketahui umum. Tetapi saja kami ingin kongsikan buat pembaca yang masih belum tahu.
Jantung dan saluran darah
Siapa sangka dengan berpuasa kita dapat membantu memperbaiki sistem jantung kita. Hal ini kerana ketika berpuasa tubuh kita akan melakukan peningkatan HDL dan penurunan LDL yang dikatakan sangat bagus untuk jantung dan pembuluh darah. Kalau anda nak tahu, LDL ialah Low Density Lipoprotein atau dikenali sebagai kolestrol jahat kerana boleh menyebabkan penyumbatan serta menyukarkan proses dalam sistem pembuluh darah. HDL pula adalah High Density Lipoprotein atau kolestrol baik yang akan membuatkan pembuluh darah menjadi lebih baik dan ia membantu mengangkut lebihan LDL dalam darah untuk dibuang ke hati.
Membuang toksin
Kalau anda nak tahu, sewaktu berpuasa toksin daripada seluruh badan akan disingkirkan secara menyeluruh. Penyingkiran toksin berupaya mengurangkan kesan tersumbat dan memberi lebih oksigen pada dinding saluran pernafasan dan pemakanan.
Khasiat untuk kecantikkan
Wow, khas buat semua dara yang berpuasa. Organ-organ tubuh akan dapat berehat ketika berpuasa dan ini boleh membantu dalam proses meremajakan sel-sel tubuh dan menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya tahan tubuh. Bukan itu sahaja, sel tubuh yang sudah rosak juga akan digantikan dengan sel baru dan ini boleh membuat kulit anda menjadi segar, sihat, lembut dan berseri.
Baik untuk pesakit Diabetes
Kadar gula dalam darah secara tidak langsung akan dapat dikurangkan ketika berpuasa. Kerana inilah puasa sangat digalakkan kepada sesiapa yang menderita penyakit diabetes, tinggi kolestrol dalam badan, kegemukkan serta darah tinggi. Hal ini kerana ketika puasa, tubuh tidak akan menerima sebarang makanan dalam tempoh 12 jam dan selama tempoh itulah akan digunakan untuk membersihkan usus, memperbaiki sistem pencernaan, membersihkan tubuh dari sisa dan endapan makanan dan banyak lagi.
Banyakkan pengambilan air masak selepas waktu berbuka.
Air sememangnya penting untuk kesihatan tubuh badan. Hampir 70 peratus dalam badan manusia mengandungi air. Normalnya ketika berpuasa tubuh badan akan mengalami kekurangan air namun jangan risau kekurangan air ini boleh diatasi selepas waktu berbuka dengan meminum air masak dalam kadar yang banyak.
Wah, begitu banyak kelebihan berpuasa sehingga tiada alasan untuk anda tidak melakukannya. Di samping segala amalan pahala yang boleh dikumpul, ternyata puasa amat menyihatkan tubuh. Jadi si dara semua, kekal sihat dengan berpuasa ya!
Kredit by dara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan