Sihat dan sedap? Misalnya, makan buah kurma. Selain rasanya manis, kurma juga merupakan karbohidrat kompleks yang mampu membuatkan gula di dalam tubuh dapat diserap secara perlahan. Pada bulan Ramadan, hampir seharian kita berpuasa, jadi sudah tentu tenaga juga menjadi semakin berkurang. Oleh itu dengan makan makanan manis, segera dapat memulihkan tenaga.
 
 
Manis Semula Jadi
Kajian menunjukkan tidak salah mengambil makanan manis dengan syarat makanan dan minuman itu manis secara semula jadi atau alami. Bukannya manis yang
ditambah dengan gula. Makanan yang berasaskan gula merupakan jenis karbohidrat sederhana yang ertinya sangat mudah dipecah dan dicerna menjadi gula di dalam darah. Kesannya, apabila gula banyak diambil, maka paras gula akan melonjak naik dalam tubuh dan membuatkan individu itu mudah mengantuk, sukar bernafas dan lebihan lemak. Berbeza dengan manis secara alami, karbohidrat kompleksnya akan lambat dicerna menjadi gula di dalam darah. Dengan itu, gula di dalam darah akan tetap stabil (tidak mengalami fluktuasi yang tinggi). Selain itu karbohidrat kompleks juga sangat membantu proses metabolisme tenaga tubuh.
 
 
Berikut Saranan Makanan Manis Tanpa Gula
Agar tubuh badan kita tetap sihat walaupun mengambil makanan dan minuman manis, berikut disediakan beberapa saranan agar kenikmatannya tidak hilang.
Pilihlah jenis makanan yang memiliki rasa manis alami. Makanan jenis ini memiliki kandungan gula buah (fruktosa) yang lebih sihat dibandingkan dengan gula pasir.
Biasakan mengambil buah-buahan sebagai makanan segar. Untuk kelainan anda boleh olahkannya menjadi jus buah tanpa gula atau menambah sedikit susu skim dan ais batu.  Gunakan madu sebagai pengganti bahan pemanis. Madu memiliki pelbagai manfaat dan lebih sihat berbanding gula. Buah-buahan kering tanpa diawet dengan gula adalah lebih baik. Contohnya buah aprikot, ceri dan kismis ada rasa manis semula jadi. Ia juga boleh dijadikan sebagai snek yang sihat.
 
 
Manis Tapi Sihat
Apabila anda inginkan sesuatu untuk memenuhi rasa manis, naluri pertama yang mungkin anda pilih ialah cookies, gula-gula atau coklat. Walau bagaimanapun terdapat pilihan makanan lebih sihat yang tidak menyumbang kepada berat badan atau kerosakan gigi. Bahkan makanan ini juga tidak memerlukan penyediaan.  Makan begitu sahaja pun sudah cukup.
 
Beri
Kelompok buah beri seperti beri biru, strawberi dan beri hitam memberi rasa manis dengan jumlah gula semula jadi. Contohnya strawberi, mengandungi 5.1 gram gula per 3.5 auns berbanding dengan 73 gram bagi 3.5 auns. Beri juga rendah lemak dan kalori dengan 45-81 kalori dan kira-kira 0.5 gram lemak setiap cawan.
Metabolisme vitamin C anda akan meningkat sekiranya buah beri termasuk dalam senarai diet anda. Strawberi juga merupakan sumber yang sangat baik dengan 149 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan. Manakala beri biru membekalkan 23 peratus daripada apa yang anda perlukan dalam sehari. Satu  hidangan kelompok buah beri ini menawarkan pelbagai vitamin, mineral dan lain-lain. 
 
Madu
Walaupun madu mengandungi glukosa dan fruktosa, gula yang sama dalam gula pasir, madu adalah sihat untuk anda kerana struktur komponen-komponennya.
Madu kurang berkemampuan untuk menukar kepada lemak dan ia mengandungi jumlah surih vitamin dan mineral, termasuk kalium, fosforus dan selenium. Madu
menyajikan antioksidan yang boleh melindungi anda daripada pelbagai penyakit dan keadaan perubatan. Madu lebah tualang misalnya, menunjukkan manfaat 
perlindungan terhadap payu dara dan kanser serviks yang boleh dikaitkan dengan antioksidan 
 
Buah Sitrus
Buah-buahan sitrus seperti oren, tangerin dan pummelos bertindak merawat manis. Buah-buahan ini adalah gula semula jadi yang tinggi walaupun limau gedang mengandungi sedikit. Buah-buahan sitrus mengandungi 40-53 kalori dan kurang daripada 1 gram lemak per 3 auns. 

kredit by dara