Tips untuk Ibu Mengandung
1) Minum Minyak Tanak
Minyak tanak ialah santan yang dimasak sehingga menjadi minyak.
Bermula 6 bulan kandungan, minum sesudu teh sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.. Bila dah masuk 9 bulan minumlah setiap hari..
2) Telan Telur Ayam
Telan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu
sebelum nak melahirkan anak.
3) Minum Air Zamzam
bagus amalkan minum air ini untuk penawar segala penyakit.
4) Minum Milo / Susu Campur Majerin
Bancuh milo/susu dengan 2/3 sudu majerin untuk laluan senang
terbuka Sebelum minum tu baca Selawat, Al-Fatihah dan doa Nabi Yunus
5) Minum Air Kelapa
Amalkan minum air kelapa dah dekat2 nak bersalin,
Selain mencantikkan kulit bayi, ia juga boleh membantu mencuci
kepala bayi.
6) Minum Air Selusuh
Ianya banyak dijual. Kebiasaannya suami akan buatkan untuk isteri.
7) Makan Kurma
Bagus makan kurma selain dari segi khasiatnya, ia juga membantu
memberi tenaga untuk meneran. Amalkan makan dalam bilangan ganjil.
8) Makan Sayur Bendi
Sayur bendi mengandungi lendir, lendir ini dapat membantu
memudahkan bersalin.. Amalkan setiap hari..
9) Minum Air Akar Fatimah
Rendam akar fatimah ini dalam air suam, dan minum airnya
disusuli dengan Selawat Nabi dan doa semoga dipermudahkan..
Semua di atas adalah dari segi pemakanan, mungkin ada lagi..
tapi setakat ini sahaja yang saya dapat.. Selain itu :-
1) Amalkan Surah atau Ayat dari Al-Quran
Baca surah Maryam
Baca surah Al-Imran ayat 38
Baca surah Al-Insyiqaq ayat 1- 4
Baca surah Abasa ayat 20
Baca surah An-Nahl ayat 78
2) Doa Nabi Yunus
Baca doa ini masa dah contraction berulang kali sampaila bersalin
3) Solat Hajat
Buat sembahyang hajat bersama suami moga dipermudahkan
dan minta suami baca surah Al-Imran ayat 38 tu dan usap perut
ibu setiap hari. Insyallah mudah melahirkan dan anak akan sihat,
baik dan mendengar kata orang tuanya.
4) Banyakkan Berjalan
Jangan malas untuk berjalan.
5) Senaman Ringan
-Duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding, kemudian
berdiri perlahan-lahan sekerap mana anda mampu..
-Duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki anda, pegang jari kaki
kemudian tolakkan kedua tapak kaki itu ke arah vagina..
6) Minta Ampun
Mohonlah kemaafan dan doa restu dari suami dan ibu kita
sebelum bersalin tu.. semoga dosa kita pada mereka terampun..
7) Kerap Bersama Suami
Make love dengan suami sendiri ya bila dah masuk 36 weeks++
sekerap mungkin.. kira dalam seminggu tu buat le 2,3 kali ke hehe..
jangan ganas-ganas sangat... slow and steady aje bagus lahh..
Orang kata ini la selusuh semulajadi bagi memudahkan laluan...
8) Teknik SEFT juga dapat membantu melancarkan peranakkan
dengan hanya teknik ketukan/sentuhan :) InsyaAllah.
Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Kami :
PRO MIND SOLUTIONS
www.facebook.com/mypromind
www.facebook.com/seftmalaysia
www.seftermalaysia.com
03-89255985 (Pej) ,
03-89201139 (Fax),
013-3050352 (Megat),
019-6413008 (Zuraida),
019-2415157 (Umiza),
0102807176 (Qayum)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan