haip! Assalamualaikum!
aku pun tak pasti kenapa, cita-cita and minat aku selalu berubah aku sering berubah2. ok! aku mula listkan cita2 aku dari aku kecik sampai aku besar.
darjah 3 hingga 6, aku nak jadi sainstis, so bila time Tun mahadhir mohamad tukarkan sistem pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, aku jadi bercelaru, serabut belaja time tu. tapi masa guna bahasa melayu dalam sains, pergh! mantap gila keputusan aku, kalau tak B mesti a, Kalau tak A mesti B, Kalau tak B mesti C, tak pernah plak dapat keputusan bawah C.
then bila naik tingkatan 1-3 aku minat gila kat seni lukis, mybe sebab cikgu seni selalu puji lukisan n karya2 yang aku lukis kot (tak tau la pujian tu ikhlas ke tak) sebab lukisan aku selalu dapat A+, so tak mustahillah aku punya cita2 nak jadi seorang pelukis. padahal lukisan aku macam hampeh kot. bila aku tengok2 balik lukisan2 aku yang lepas2 macam cacing kerawit membesar dengan nikmat sawit pula.
so, tingkatan 4-5 plak aku bz kan diri dengan aktiviti di library, memang bz la. susun buku, baca buku, cop buku, segalanya tentang buku, time tu memang berangan nak jadi penulis buku (novelis/penerbit majalah) pulak. hahah :)
tapi disebabkan ketidak kuatan aku mengejar cita2 aku, kini aku diangerahkan diploma Multimedia kreatif, alhamdulilah lah, sekarang ni kalau dalam pekerjaan aku selalu lari topik, diploma je Multimedia Kreatif, but keje sebagai casher la, marketing la, executive la dan sebagainya. baru2 ni ada kawan call (alip) ajak keje kat tempat pakcik dia dalam lab tanah. (hahahha, mybe bleh rasa nak poyo2 jadi saintis yang kaji tanah. nak3!)
p/s : kalau bleh nak jadi semua. nak cuba semua. amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan