kat pantai tetengah malam :)
(capik | Ayien | dilla | Ina | pejal | aku)
sori gamba burung tak nampak. hahah :)
kalau pegi langkawi memang tak sah klu tak tangkap gamba kat sini.
(aku | capik | ayien | dilla | pejal | ina)
ha! haip semua! kenapa tetiba plak aku nak tulis pasal melancong ke pulau langkawi, bersebab wei, hahahha. first memang la rindu kat kengkawan, secondnye rindu gak ngan suasana langkawi yng nyaman aman dan damai, hahah. then yang ketiganya, tadi aku baru lepas tengok HMI kat TV3, cerita mengenai pulau langkawi, coz tu la aku tergerak hati nak tulis, walhal dah lama dah benda ni aku pegi, juz belek2 gamba, aq tersengeh2 sendiri. hahah :) percutian ni aku pergi secara tak sengaja,tu pun lepas kena paksa dengan kawan aku yang gila melancong ni,ha! name dia pejal kalau nak diikutkan memang taklah aku nak pergi melancong-lancong ni, tapi memandangkan aku dah janji dengan dia, so kenelah tepati. aku melancong ni pun guna duit gaji aku time aku keje kat 7 Eleven masa belajar dulu. adalah habis dalam RM150 kat tiket Air Asia, nak dikira2 balik kos pebelanjaan kat sana semua jadilah RM200,
aku ni pun kurang belanja besar kat sana. time aku pergi ni pun memang sangkak gila, duit memang tak ada langsung coz duit baru lepas habis pakai buat beli laptop baru. memang tertekanlah, banyak benda yang aku nak beli kat sana terpaksa tahan nafsu huha-huha aku kat sana. so, Alhamdulilah agaknya Allah nak uji kesabaran aku agaknya. aku dapat bertahan selama 3hari 2malam kat sana dengan hanya berbekalkan RM50 kat sana. sempoi tak? hahaha :)
posing bosan depan signboard motel :)
Motel yang comel lote :)
so kitorg kat sana dapatlah berteduh dekat Grand Beach Motel. pergh! memang grand la motel ni, dah la tepi pantai, bentuk dia plak macam rumah kampung, kecik comel je, dalam dia macam bilik. betuk je macam rumah, tapi besar bilik. hahaa :) dalam tu ada katil double dacker, then tandas n lengkaplah dengan keperluan untuk ktorg bertapak kat sana 3hari. then memang tak nak kalah, kitorg sewa plak kereta toyota serena :) hehhe . hebat tak ?
luar kereta sewa
(sebelum balik begamba dengan keta kesayangan utk 3 hari)
dalam keta memekak bersama abg samuel
ape yang best kat sana, first skali mestilah banyak pantai2, then pantaikan sana memang bersih gila2, memang pandailah diorang jaga. aku terkesima (ceh! terkesima, ayat ntah dari kamus mane2 la aku kutip) memang jauh daripada kesibukkan kota (skali lagi ayat tak bleh bla), rasa tenang je jiwa aku ni selepas berassignment yang pulun kat kolej. memang lupe semua.
cari air kelapa coz panas sangat. gila mahal. RM5 kot. |
aku rasa diorang ni bercinta la :) smoga bahagia. aum2 ! |
memang best gila lepak relles tension kat langkawi. lupe segala assignment :)
nampak tak muka penat aku main pasir n mandi laut :)
(belakang tu pulau dayang bunting, kurang hajar sape buntingkan dia tu)
sebenarnya memang nak upload banyak lagi gamba, tapi memandangkan ada banyak gamba kawan perepuan (dilla) tak bertudung, so kene homat la hak privasi orangkan, terpaksa la lupakan niat nak mengupload gamba2 tu, sempatlah pergi ke makam mahsuri (beliau yang menyumpah langkawi, Allahuaklam), gamat, pantai, pekan langkawi tok beli cenderahati and ape ntah nama2 tempat2 tu tak berapa nak ingat. tapi banyak yang aku tak pergi, juz duduk bilik and dok tepi pantai je coz tak ada duit nak berjalan sangat, juz diorg2 ni jela yang berjalan merayau sini sana. hehhe :)
time ni baru je lepas kuar daripada kapal tebang ! Air Asia terbaik kot !
(pramugari semua cantik, pramugara kacak gila, pramugaruk memandu senyap2 kat depan)
borong gamat. Nak je aku bawak balik gamat besar blakang aku ni pacak depan umah buat sedekah amal jariah |
memborong cenderamata untuk bawak pulang (pulang? balik sudah. hehe) |
mcm couple kan? haha. diorg ni honeymoon sebenarnye :) sebenarnya aku sorang je xde pasangan time kat langkawi aritu. haha (gurau k, jangan marah) |
pramugari satu ! (:dalam flight:)
Rasanya ni pengalaman melancong aku firsttime dengan kawan2 aku yang gila2 ni. thanx la korang sebab sudi bawak aku. heheh :) aku tak bleh lupe pejal angkat aku bawak masuk kat laut paling dalam. pergh! gila. seb baik dia xlepas aku. klu tak memang kejang n lepas la aku dalam laut. haha.
P/s : melancong dengan kawan2 memang best! cuba la!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan