"Sejak Allah SWT mnciptakan nabi Adam AS. smpai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujianpun yang lebih dahsyat daripada Dajjal"


Ujian Allah SWT menerusi makhlukNya yang bernama Al Masih Ad-Dajjal adalah sebesar-besar ujian yang ditimpakanNya kepada ummat manusia yang beriman. Tidak ada ujian lain yang menyamainya apakan lagi melebihinya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada bersabda: "Sejak Allah SWT menciptakan nabi Adam AS sampai ke hari kiamat nanti tidak ada satu ujianpun yang lebih dahsyat daripada Dajjal."

Sebelum kemunculan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama tiga tahun. Pada tahun pertama, hujan akan kurang sabanyak 1/3 daripada biasa, pada tahun kedua akan kurang 2/3 daripada biasa dan pada tahun ketiga hujan terus tidak turun. Umat ketika itu akan dilanda kebuluran dan kemarau. Di saat itulah Dajjal akan muncul membawa ujian. Dalam satu riwayat, penyokong Dajjal akan memiliki bergunung roti (makanan) sedangkan orang-orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, sahabat RA bertanya kepada Rasulullah SAW: "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam pada hari itu wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertahmid. Jadi zikir-zikir itu menggantikan makanan."

Dalam satu hadis riwayat Nuaim bin Hammad: "... Lalu Allah SWT mengerahkan kepada Dajjal syaitan-syaitan yang ada di timur dan ada di barat dan merekapun datang berbondong ke hadapan Dajjal dan menunjukkan kesediaan mereka untuk mengikuti apa jua perintahnya. Mereka berkata kepada Dajjal: "Gunakanlah kami untuk apa sahaja tujuanmu". Dajjal menyahut "Ya! aku akan berbuat demikian. Maka pergikanlah kamu pada kesekelian manusia dan usahakanlah supaya mereka meyakini bahawa aku adalah tuhan mereka. Khabarkah kepada mereka bahawa aku telah membawa untuk mereka syurgaku dan nerakaku."

Kemudian syaitan-syaitan itupun bertebaranlah di mukabumi dan masuk ke rumah-rumah orang dengan bilangan yang sangat banyak, lebih dari seratus syaitan untuk sebuah rumah. Syaitan-syaitan itupun menjelma dalam bentuk ayah tuan rumah itu, dalam bentuk anaknya, saudara-saudaranya, hamba-hambanya dan sahabat-sahabatnya. Mereka berkata kepada tuan rumah itu: "Wahai fulan, apakah kamu mengenali kami?" Tuan rumah itu menjawab: "Ya, saya kenal kamu semua. Ini ayahku, ini ibuku, ini saudara perempuanku, ini saudara lelakiku."

Tuan rumah itu berkata lagi: "Apa khabar kamu semua?" Mereka (syaitan-syaitan) menjawab: "Bahkan apa khabar engkau. Cuba ceritakan kepada kami keadaan engkau."

Tuan rumah itu pun berkata: "Sesungguhnya telah diberitakan kepada kami bahawa musuh Allah yang bernama Dajjal itu telah muncul (membuat kerosakan)." Mereka (syaitan-syaitan) menjawab: "Janganlah engkau terburu-buru berkata demikian. Janganlah engkau berkata demikian. Dajjal itu sebenarnya tuhanmu yang dapat membuat sesuatu keputusan terhadap nasibmu. Bersama dengannnya ada syurga dan neraka, ada sungai-sungai dan ada banyak makanan. Sesungguhnya tiada makanan kecuali yang datang dari sisinya, kecuali apa yang dikehendaki oleh Allah".

Ketika itu tuan rumah tadi berkata: "Kamu semuanya pembohong. Kamu adalah syaitan-syaitan dan Dajjal itu adalah pembohong besar. Sebenarnya Rasulullah SAW telah memberitahu kami akan keadaan yang sebenar dan baginda SAW telah menyuruh kami berhati-hati dan baginda SAW telah menyuruh kami supaya menjaga anak-anak kami. Maka tiada kata aluan untuk kamu semua. Kamu adalah syaitan-syaitan. Dajjal itu musuh Allah SWT. Dan sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan nabi Isa bin Maryam untuk membunuhnya."

Kalau tuan rumah itu berkata demikian akan surut dan diam lalu mereka (syaitan-syaitan) segera pulang dengan hampa tangan dan kehinaan."

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy RA, beliau berkata: "Rasululah SAW telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda SAW banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda SAW telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. 

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAF FA RA (KAFIR), yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah SWT dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk. "

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah. Orang itu beererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga." 

Kata Rasulullah SAW lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi."

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi."

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. "

Dari Jabir bin Abdullah RA, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada 40 hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa." Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah SAW menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinKu. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan. Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan. 

Rasulullah SAW telah mengajar kita supaya berlindung dengan Allah SWT daripada godaan Al Masih Ad-Dajjal ini. Seperti yang di ajar baginda SAW dalam doa tahiyyat akhir yang sunnat doa itu kita baca setiap kali kita sembahyang. Doa itu adalah: "Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada siksa api neraka Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah dalam kehidupan dunia dan fitnah setelah mati, juga aku berlindung dangen Engkau daripada kejahatan fitnah Al Masih Dajjal."

Hadis riwayat Muslim Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang HAFAL 10 ayat dari pertama surah Al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal." (Dalam riwayat lain HAFAL 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi)

15 Etika Penggunaan Internet

Penggunaan Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:

1. Merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer, mendapatkan maklumat dan mengubah komponen sistem tanpa kebenaran

2. Memuat naik, memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian tidak berlesen

3. Menyedia dan menghantar maklumat berulang-ulang berupa gangguan

4. Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan material, teks, ucapan, imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur lucah

5. Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan maklumat Internet yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej Kerajaan

6. Menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam atas talian seperti newsgroup dan bulletin board

7. Memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain

8. Memuat turun, menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian seperti permainan elektronik, video dan lagu

9. Menggunakan kemudahan chatting melalui Internet

10. Menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi

11. Menjalankan aktiviti-aktiviti komersial dan politik

12. Melakukan aktiviti jenayah seperti menyebarkan bahan yang membabitkan perjudian, senjata dan aktiviti pengganas

13. Menyebarkan kod perosak seperti virus, worm, trojan horse dan trap door yang boleh merosakkan sistem komputer dan maklumat pengguna lain

14. Memuat naik, memuat turun, menghantar dan menyimpan kad elektronik, video, lagu dan kepilan fail melebihi saiz 10 megabait yang boleh mengakibatkan kelembapan perkhidmatan dan operasi sistem rangkaian komputer dan

15. Menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet.

Profail Dr. Yusof Rabu (Ph.D)

  •  Dr. Yusof Rabu MD (MA) Dr. Yusof Rabu memegang Sarjana Sains Pengurusan Sumber Manusia dan telah berkhidmat di dalam pengurusan dan perkilangan selama lebih 18 tahun di beberapa syarikat multinasional. Antaranya Sony, Motorolla dan JVC.   
  • Beliau telah membangunkan dan mendapat ilmu pengetahuan melalui pengalaman yang hands-on yang mana beliau telah terlibat secara langsung di dalam Kemahiran Kepimpinan, Semangat Kerja Berpasukan, 5S, KAIZEN dan GEMBA KAIZEN, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Pengurusan Sumber Manusia, TWIJI (Training Within Industrial Work Instructions), Motivasi, Alam Sekitar, Produktiviti dan Kualiti. Beliau juga merupakan Auditor Bertauliah untuk ISO 9001 dan EMS 14001.   Di dalam bidang latihan, Dr. Yusof telah melatih begitu banyak pekerja-pekerja daripada pelbagai peringkat sama ada di sektor awam mahupun swasta. Antaranya ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Perdagangan Industri dan Antarabangsa, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pengairan dan Saliran, FELDA, dan banyak lagi.   Di dalam bidang perubatan holistik, Dr. Yusof memegang Ijazah Kedoktoran Homeopati, Diploma Iridologi, Diploma Akupuntur, dan Diploma Perubatan Warna (Total Colour Medicine). Selain MD(HOM), Msc. HRM, daripada itu beliau juga merupakan Jurulatih Bertauliah di dalam Minda Perkasa dan merupakan ADH(FHM), seorang REIKI Master. Dip. Accupt.(FHM), Dip.   Iridology, Dip. TCM, Advance Melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang luas di dalam pengurusan, perkilangan mahupun Dip. HRM perubatan holistik, Dr. Yusof dapat menerapkan ilmu-ilmu dan pendekatan baru yang praktikal dan Certified Mind Power Instructor , berkesan di dalam motivasi, kepimpinan dan sebagainya. REIKI Master & SEFTer       Keahlian Profesional   
  • 1. Doktor Perubatan Homeopati (3244/95)2. Ahli Persatuan Pengamal Homeopati Malaysia
    3. Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (0367)  

    What is SEFT? CONTACT US FOR Free SEFT introduction in your institutions…
    Research Behind SEFT CALL CENTER 03-8925 5985SEFT Trainer 
    WEBSITE www.promind.com.my
    Public Figure said About SEFT LoGOS – Loving GOD, Blessing Others & Self Improvment 6

KELEBIHAN SEFT merawat semua jenis penyakit fizikal, mental dan emosi


Kegunaan SEFT

Jika Anda Punya Keluhan

BERBAGAI MASALAH FIZIK:
Batuk, Sakit Kepala, Migrain, Sakit Belakang, Rematik, Sakit Perut, Asma, Sakit Jantung, Berat Badan Berlebihan, Alergi, Darah Tinggi, Diabetes, Gayat, dan sebagainya. Penyakit baru atau sudah lama.

BERBAGAI MASALAH EMOSI:
Takut (phobia), Trauma, Kemurungan, Cemas, Ketagihan Merokok, Stress, Sukar Tidur, Mudah Marah, Selalu Sedih, Gugup Menjelang Ujian, Latah, Kesurupan, Susah Belajar, Tidak Percaya Diri, dan sebagainya

BERBAGAI MASALAH KELUARGA DAN ANAK-ANAK:
Ketidakharmonian Keluarga, Selingkuh, Masalah Seksual, Di Ambang Perceraian, Anak Nakal, Anak Malas Belajar, Anak Authis, Anak Selalu Kencing, dan sebagainya

Atau Anda Ingin
Meningkatkan Prestasi
Meningkatkan Prestasi Olahraga, Prestasi Di Tempat Kerja, Prestasi Belajar, Meningkatkan Perolehan Jualan, Meningkatkan Jualan Performa, Melancarkan Rundingan, Mencapai Matlamat dan Sasaran yang Ditetapkan.

Meraih Kejayaan Hidup
Menjadi Orang Yang Selalu Beruntung, Meningkatkan Pendapatan, Menjadi Money Magnet, dan Rezeki Yang Melimpah dan Berkat

Mendapatkan Pencerahan Spiritual
Meningkatkan Kedamaian Hati dan Kebahagiaan Diri Serta Bahagia Dunia dan Akhirat.

Jika Itu Masalah Anda
Sekarang Saatnya Anda Mengikuti Sebuah Training Pembelajaran Praktikal Untuk Memformat Semula Program KEUNTUNGAN HIDUP Sehingga BISNES dan KERJAYA Serta Pendapatan Meningkat Secara Mendadak. Menjadikan Keluarga Bahagia Yang Harmoni, Hidup Penuh Keberkatan dan Kemuliaan Kerana Boleh Memberi Manfaat kepada Ramai Orang

Kekeliruan Mengenai Program SEFT di Malaysia ! SEFT di malaysia hak PRO MIND SOLUTIONS ya... kami sudah mendaftarkan SEFT sebagai harta intelek malaysia..

Akhir-akhir ini kami ada menerima aduan mengenai Program atau Seminar SEFT yang dianjurkan oleh individu-individu tertentu baik di acara secara Public mahupun secara In-House


Individu tersebut memberitahu kepada para audien bahawa beliau adalah Trainer yang dilantik oleh Founder SEFT iaitu Ahmad Faiz Zainuddin.

Untuk makluman semua pihak, Founder SEFT mahupun pihak LoGOS Institute tidak pernah melantik mana-mana individu mahupun syarikat sebagai pengendali atau trainer SEFT di Malaysia melainkan Pro Mind Solutions.

Kami juga tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mewakili kami dalam mengendalikan program SEFT di Malaysia. Sebagai pihak yang diberikan amanah, kami merasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan perkara ini agar tiada pihak yang merasa tertipu.

Untuk makluman, SEFT telah berdaftar di Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan ianya dilindungi di bawah Akta Harta Intelek 2002.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat atau keraguan berhubung perkara ini boleh terus menghubungi kami.