Argh ! sekarang aku tulis blog ni dalam kesakitan..
korang2 yang umur baya2 aku ni (22tahun) mesti pernah mengalami
kesakitan yang teramat sangat tatkala gigi bongsu korang meronta2 mahu keluar dari dalam gusi..
aku mula2 ingat biasa2 je pasal gigi bongsu ni,
tapi bila dah kerap pening kepala hanya disebabkan gigi bongsu,
aku pun mula pelik, then aku cuba search apa yang patut tentang gigi bongsu ni..
check it out :') (Sakit gila b*bi)
Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
- Kesakitan
- Jangkitan
- Kebengkakan
- Penyakit gusi
- Nafas berbau
- Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
- Kesukaran membuka mulut
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
- Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
- Kebengkakan muka
- Kesukaran untuk menelan
- Kesukaran membuka mulut
- Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
- Makan ubat penahan sakit.
- Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
- Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
- Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
- Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
- Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
- Jika gigi bongsu tidak terimpak :
- gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).
- Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
- gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.
Selepas membaca reseach tersebut, aku mendapati gigi bongsu aku mungkin tidak dapat keluar dengan sempurna,
mungkin juga disebabkan masalah tersebut, aku mengalami kesakitan hingga mengalami pening yang berpanjangan.
so, solusinya, esok aku nak jumpe dokter gigi.
ok, sekian.. xoxo..
p/s : muda2 ni jagalah gigi anda sehabis baik supaya ianya kelihatan cantik dan memberikan keselesaan ketika anda melempar mahupun melontarkan senyuman kepada seseorang.
p/s : muda2 ni jagalah gigi anda sehabis baik supaya ianya kelihatan cantik dan memberikan keselesaan ketika anda melempar mahupun melontarkan senyuman kepada seseorang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan