Panduan malam pertama


12 TIPS MALAM PERTAMA MENGIKUT PANDUAN ISLAM


Sekadar Gambar Hiasan



Assalamulalaikum dan Salam sejahtera semua pembaca. Kali ini admin nak kongsikan sedikit info untuk pasangan-pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Semoga memberi manfaat dan memudahkan urusan anda sesama pasangan anda.




Berikut adalah beberapa adab yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat :

Kebenaran niat
Hendaklah niat suami isteri untuk menikah adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu Hurairoh)

Berhias dan mempercantik diri
Hendaknya seorang isteri mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.

Begitu juga dengan si suami hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt :

“ Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS. Al Baqoroh : 228)

Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot, memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap apa-apa yang dikecualikan syariat.

Lemah lembut terhadap isterinya saat menggaulinya
Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu. Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah (minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”

Mendoakan isterinya
Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw, ” Apabila seorang dari kalian menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang Engkau berikan kepadanya serta Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”

Melaksanakan solat dua rakaat
Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’ Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku. Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”

Apa yang dikatakan ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai setan selamanya. ”

Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia di antara suami isteri
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ” Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki) menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya.

Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama
Apabila seorang suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ” Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima) itu. ”

Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR. Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan tenaganya.”

Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih. ”

Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’ beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,” Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”

Wudhu ini merupakan sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau. ”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu dan mandi. ”

Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”

Mandi berduaan
Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ” tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka berdua dalam keadaan junub. ”

Dari hadith diatas maka diperbolehkan keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.

Bersenda gurau dengan isteri
Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”

Diantara senda gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang dalam keadaan puasa.

Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.

Dibolehkan ‘Azal
Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan ‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw tidaklah melarangnya. ”

Meskipun demikian yang paling utama adalah meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah) kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”

Akan tetapi tidak diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat membatasi dan mencegah keturunan…..

Pertanyaan mengenai hal ini kepada Ustaz, Baca jawapan Ustaz itu, Klik Sini

Mengunjungi kerabat pada pagi harinya
Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..

Berdasarkan hadith Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya, beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.” 

kreadit by agendapena.bs.com

hekayat #12

dongengnya hidup ini,
penipuan tersebar sana sini,
yang bodoh dibodoh-bodohkan,
yang dibodoh-bodohkan terus menyombong bodoh,
yang menyombong bodoh hanya tunggu pembodohan,

senangnya kau mendongengkan segalanya,
qada' dan qadar sudah kau lupa,
angkara si pereka dongeng,
sibodoh terus terlena dengan karya2 si dongeng,

banggakah kau? 
gembira bukan?
tatkala aku yang kau bodoh2kan?

tahniah,
pembodohan kau yang menyebabkan aku bodoh.

#penipu/pembohong itu si dongeng

hekayat #11

bertelanjang hidup ini tat kala dimalukan,
hina, dina, caci, maki, 
variasi rasa,
mudah sungguh aibkan orang,
semut seberang lautan nampaknya seperti di hadapan biji mata,
sebesar gajah hilang kabur dipandangan mata,
mungkin ini yang kau mahukan,
aku yang sudah berkelana di persimpangan jalan,
masih mencari hala tuju,
dua cabangnya.

sama ada mahu meneruskan persahabatan kita,
atau menutup segala buku kenangan persahabatan.

#hargai kawan anda


hekayat #10

hidup ini adil, bagi yang yang mengadili,
hidup ini tak adil, bagi yang diadili,

terlalu melulukah
aku?
dia?
engkau?
kami?
mereka?

tak sempat untuk menceritakan kebenaran,
tak sempat untuk mencari kebenaran,
tak sempat untuk kebenaran terwujud,

kau terlalu melulu.
sedarlah, maha adil sentiasa terdahulu.

kebaikan dan khasiat susu kambing :) sunah yang semakin dilupakan


Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur. Memelihara kambing merupakan sunnah nabi tau !

Kebaikan Susu Kambing

Susu kambing kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan. ANtara kebaikan lain susu kambing ialah:

  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  •   > Protein 2.1 kali ganda
  •   > Kalsium 2.2 kali ganda
  •   > Zat Besi 2.0 kali ganda
  •   > Potasium 2.1 kali ganda
  •   > Vitamin A 3.8 kali ganda
  •   > Garam Galian 2.0 kali ganda
  •   > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.
Keistimewaan Susu Kambing
Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser. Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
Khasiat Susu Kambing
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan oleh pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996, rata-rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakansusu kambing lebih banyak khasiatnya – dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:
  •  Penyakit demam kuning.
  •  Penyakit lemah jantung.
  •  Penyakit darah tinggi/pening-pening.
  •  Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.
  •  Penyakit batuk kering.
  •  Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.
  •  Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
  •  Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
  •  Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.
  •  Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  •  Membolehkan penggumpalan darah
  •  Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  •  Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  •  Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  •  Mengawal degupan jantung
  •  Boleh mengurangkan kejadian kanser kolon
  •  Menyingkirkan toksin dalam kolon
  •  Menurunkan tekanan darah
  • Memperbaiki ketegangan dan tidur yang selesa
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
Trace Mineral – Komponen antioksidan protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah penyakit berkaitan penuaan.
Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @ lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.
Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser kolon.

Purata pengurangan sebanyak 37% dalam semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2) receptors’ keatas permukaan T-cells.
Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.
Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain lagi.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.



Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Comparison in gm/liter
VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043
JADUAL KEGUNAAN VITAMIN

NAMA VITAMIN
KEGUNAAN VITAMIN
  KEKURANGAN VITAMIN
Vitamin A (Retinol)Kekuatan gigi, tulang , tisu lembut, salutan mucus.
Memelihara kulit.
Penglihatan yang jelas & normal.
Untuk kesuburan kelahiran.
Untuk menolong ibu susuan.
Vitamin A mengatur sistem kekebalan (immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah  - Osteoporosis
Vitamin DVitamin D menolong untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, dan ia meningkatkan sistem imuniti. Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot). Osteomalacia pada orang dewasa – tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada mudah patah tulang kejang otot  pada tangan kaki dan tekak.
RiboflavinRiboflavin  perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur dan menghindar dari keguguran rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.Kekurangan  boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).  
Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas mental
CholineCholine mengawal berat badan dan level cholesterol . Ia menyihatkan salutan cell and menghindar dari penyakit gall stones.  Ia juga memilihara system saraf, daya peringatan dan daya belajar.  Ia juga memperkuatkan daya pertahanan kita untuk melawan hepatitis dan AIDS.Kekurangan nya akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan menaikan level cholesterol kita, menaikan tekanan darah kita dan membawa kepada penyakit ginjal. 
Daya peringatan dan fungsi otak kita akan terjejas
InositolInositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawal level estrogen dan menghindar dari bekak di buah dada.Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit eczema (penyakit kulit – gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaik level cholesterol kita.
Vitamin B1Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan day belajar.  Untuk Kanak Kanak ia adalah perlu untuk tumbesarah.  Ia juga melegakan sakit arthritis (penyakit sengal sengal – lenguh sendi), mata dan kemandulanKekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit “metabolic disorder” dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.

kredit by : http://muhdhazrie.wp.com/

staff promind Solutions manis2 :)




heheh :) saje nak update . dah lama tak update, staff ( ProMind Solutions ) kat tempat keje aku ni manis2 agaknya sampai  banyak semut berkerumun. 

yang dalam fb ni, yang pos staff promind solution ni manis2 ni nama dia nabila, punya la yakin dia buat statment macam ni, rupa2nya bukan staff promind solutions yang manis tahap diebetis, ianya adalah disebabkan kerana (ayat ta boleh bla) , kek bawah ni (rujuk gamba bawah ni :


hahaha. fames la kek anis lepas ni aq tolong promot (nis... bayar royalty wei!)

then



Halalkah cantikmu :)

kosmetik halal

Di belahan dunia manapun, wanita selalu ingin tampil cantik. Karena itulah, keturunan hawa tidak boleh terlepas dari kosmetik. Ya, wanita, saya (lelaki) dan Anda (pembaca) telah begitu terbiasa menghias diri dengan kosmetik dan produk2 kesihatan.
Akan tetapi, tahukah Anda? 60% dari produk kosmetik –terutama produk perawatan kulit- diserap oleh kulit dan masuk ke pembuluh darah. Akibatnya, zat-zat yang terkandung dalam produk tersebut akan mengalir dan diserap oleh tubuh; seperti makanan. Maka, layaknya makanan, penting bagi kita-terutama wanita muslimah- untuk memperhatikan keamanan dan kehalalannya. (Walaupun ada juga produk yang hanya melapisi bagian luar kulit, perlakuannya tetap sama. Logiknya, sudikah diri anda jika lemak babi atau bahan berbahaya seperti mercury dioleskan pada wajahmu?). Sayangnya, dewasa ini banyak produk kosmetik dan skin care yang mengandung bahan-bahan yang diragukan aspek kehalalannya.
Jadi, patutlah kita pertanyakan…
Telah halalkah kecantikan kita?
Dengan kata lain, apakah kosmetik yang kita gunakan halal?
Tips memilih kosmetik yang halal
1. Logo halal dari Jakim Malaysia

Logo Halal Malaysia
Produk yang telahmendapat sijil halal akan meletakkan logo di atas pada packingnya. sijil inilah yang menentukkan kehalalan produk dari segi bahan, komposisi (kandungan) dan proses pengolahan produk tersebut. Perusahaan yang telah mendapat sijil halal berarti telah menerapkan pengurusan penjaminan produk agar tetap halal (Sistem Jaminan Halal). Dengan kata lain, benar-benar terpercaya!
Tetapi, cubalah lihat label kosmetik anda. Yakin deh, label halal akan jarang Anda temukan. Ya, banyak produsen kosmetik local masih kurang memperhatikan pentingnya sijil halal
2. Untuk produk yang berasal dari luar negara, telah banyak organisasi rasmi maupun induvidu yang menerbitkan sijil halal. Salah satu lembaga/organisasi yang dapat menjadi acuan kita adalah Muslim Consumer Group: lembaga persijilan milik komuniti muslim di US. 
3. Jika produk kosmetik yang Anda pakai belum dipersijil halalkan baik di dalam maupun luar negeri, cubalah melihat daftar komposisi bahan (ingredients) yang biasanya terdapat dalam packing produk tersebut. produksi yang jujur akan memberitahu semua bahan yang digunakan. Seboleh mungkin hindarilah bahan-bahan yang Haram dan merbahaya terhadap bahan kosmetik.
Bahan Kosmetik Haram

Dalam situs halalmui.org, Wakil Direktur LPPOM MUI Bidang Auditing, Ir. Muti Arintawati, M.Si, mengungkapkan bahwa berdasarkan asalnya, kosmetik dapat dikategorikan berasal dari beberapa sumber bahan, yaitu tumbuhan, haiwan, sintetik kimia, mikroba dan manusia.

Bahan yang berasal dari tumbuhan secara natural halal kecuali yang telah tercampur dengan enzim haiwan. Menurut  fashionesedaily.com, Seluruh bahan ekstrak dari binatang yang diharamkan–seperti babi dan anjing–dapat dipastikan haram kerana sifat/jenisnya memang diharamkan dalam islam. Bahan-bahan yang berasal dari haiwan lain dan turunannya biasanya tergolong nonhalal–kecuali dari jenis ikan dan lebah–bukan karena sifat bahannya yang haram, melainkan karena prosesnya (penyembelihan) yang dikhawatirkan tidak sesuai dengan syariah. Selain itu juga karena alasan etika.
Sementara itu, bahan sintetik kimia harus disedikit lebih jauh apakah ia berasal dari sintetik tumbuhan atau haiwan. Sedangkan bahan dari manusia dapat dipastikan haram karena menggunakannya berarti kanibalisme.
Bahan yang telah dinyatakan haram oleh MUI antara lain Plasenta Manusia dan Sodim Heparin (kerana berasal dari babi).
Bahan Kosmetik Mubah
Berikut daftar beberapa bahan kosmetik mubah yang dapat dihimpun:
No
Nama Bahan
Keterangan
Haram jika …
Produk
1PlasentaPlasenta atau dapat mempertahankan kekenyalan kulit. Ia dapat berasal dari manusia dan hewan mamalia seperti lembu, babi, dan kambing. Hati-hati karena bahan ini kadang disamarkan dalam kemasan produk dengan nama ‘protein’berasal dari manusia dan hewan haram. Sedangkan plasenta dari hewan yang halal dan diperoleh melalui proses persalinan, boleh digunakan.Lipstik, pelembab bibir, perfum, cream wajah,  pelembab kulit, sabun mandi, dan bedak.
2Cairan Amnion Merupakan cairan yang melindungi janin dari benturan fisik dalam rahim. Berfungsi menghaluskan kulit. Bahan ini dapat berasal dari manusia, sapi, lembu jantan dan babi.berasal dari manusia dan haiwan haramPelembab, lotion rambut dan perawatan kulit kepala serta shampo
3Glyserin / GliserolMerupakan turunan lemak hasil samping pembuatan sabun. Berfungsi melembutkan dan menghaluskan kulit. Bahan ini dapat dibuat dari hidrolisis lemak atau minyak dari hewan atau tumbuhan (turunan lemak), sintetik kimia yang berasal dari gas propilena (minyak bumi) atau produk microbial.berasal dari hewan yang haram.Pembentukan gliserin ini bisa melibatkan enzim yang berasal dari haiwan yang juga harus diwaspadai aspek kehalalannya.Sabun mandi, pelembab, hand and body lotion, face pack, masker, liquid face powder, lipstick, lipgloss, protective cream (sun block), skin freshener dan pasta gigi.
4KolagenKolagen berasal dari jaringan ikat kulit  babi, biri-biri, kambing, sapi (bovine collagen, zyderm) dan organ manusia. Berfungsi menjaga elastisitas kulit. Kolagen yang sering digunakan untuk kosmetik adalah kolagen dari babi karena lebih ekonomis dan lebih bagus. sekiranya produk tersebut mengunakan kolegen daripada tumbuhan, ianya adalah halalan toiban.berasal dari manusia dan haiwan haram dan tumbuh-tumbuhanPelembab, hand & body lotion, produk rejuvenasi kulit baik secara implant maupun topical (dioleskan)
5Alfa Hidroksi Acid (AHA)Berfungsi mengurangi kerepot/berkedut dan memperbaiki tekstur kulit. Salah satu senyawa AHA yang banyak dipakai adalah asam laktat (lactic acid).Pembuatan asam laktat melibatkan media yang berasal dari haiwan yang harus diwaspadai aspek kehalalannya.
6VitaminTerdapat beberapa vitamin yang mempunyai sifat tidak stabil, sehingga harus distabilkan dengan bahan penstabil. Bahan yang sering dipakai diantaranya adalah gelatin (yang berasal babi dan sapi), karagenan, gum, atau pati termodifikasi.Menggunakan bahan pestabil berupa gelatin dari babiproduk perawatan kulit dan rambut.
7Hormonhormon estrogen, ekstrak timus dan melantonin adalah contoh hormon yang biasa digunakan pada kosmetik. Hormon tersebut dapat memberi kesan seakan pengguna lebih muda, cantik, dan segarHormon berasal dari haiwan sehingga harus diteliti lagi aspek kehalalannya.
8ElastinElastin merupakan komponen jaringan ikat kulit selain kolagen. Biasanya terdapat bersama-sama kolagenBerasal dari haiwan haramproduk perawatan kulit dan rambut
9Allantoin dan turunannya meliputi Aluminiumchlorhydroxy Allantoinate, Aluminiumdihydroxy Allantoinate, Allantoin N Acetyl DL Methionine dll.Berfungsi membantu mempertahankan kelembaban dan kelembutan kulit, serta anti iritasi kulit. Allantoin cair dapat diketemukan pada janin mahluk hidup, air kencing anjing, benih gandum, cacing tanah dan komponen organik lainnya.Berasal dari haiwan haram (anjing and babi)produk deodoran, anti iritasi pada perawatan bayi, moisturizing cream and lotion, pasta gigi, produk skin care dan sebagai anti dandruff pada shampo.
10Botox atau botulinum toxin tipe AMerupakan protein kompleks yang dihasilkan dari bakteri Clostridium Botulinum.Proses pembuatan menggunakan serum albumin dari manusia atau haiwan haram
11LanolinSejenis minyak/lemak yang biasanya berasal dari haiwan.Berasal dari haiwan haram/proses penyembelihan tidak sesuai syariahproduk lotion, salep kulit, whitening cream dan pemberi efek glossy pada lipstik.
12KeratinDapat berasal dari protein kacang kedelai maupun protein haiwanBerasal dari rambut manusia atau protein haiwan haramproduk pewarna rambut.
13Asam Hialuronat (Hyaluronic Acid)Berfungsi menjaga kesehatan kulit. Terdapat dalam cairan mata dan tali janin.Berasal dari haiwan haramwhitening cream dan perawatan kulit
14Lemak dan turunannya, seperti lauric acid, stearic acid, gliserin, GMS, cetyl alc, glycolic acid, dan palmitic acid; Nayad (ekstrak khamir); cerebroside; asam amino; cholesterol; cystine (sistina); hydrolised animal protein; lipids; dllBerasal dari haiwan haramlotion, sun block, whitening lotion, lotion, dll.
Bahan Alkohol
Nama Bahan
Keterangan
Cetyl Alcohol – HalalCetyl alcohol adalah alcohol yang terdiri dari molekul berantai panjang. Alkohol ini berbentuk padat sehingga tidak dapat diminum dan tidak dapat diserap kulit. Bahan ini juga tidak beracun.
Cetearyl alcohol – HalalPada kosmetik dan skin care, cetearyl alcohol bukanlah benar-benar alcohol. Zat ini merupakan lilin (wax) yang teremulsi yang dibuat dari tumbuhan.
Ethyl Alcohol – HaramEthyl Alcohol banyak digunakan pada losyen aftershave maupun parfum wanita. Zat ini dapat diserap oleh kulit. Nama lain bahan ini antara lain ethanol dan methylated spirit
4. Jika produk tidak mencantumkan komposisi bahan, kita dapat menghubungi produsen via telepon atau email. Produsen mungkin akan sedikit sensitif bila kita bertanya mengenai kehalalan bahannya. Tetapi ia akan merespon dengan baik bila kita bertanya bahan-bahan produknya dengan alasan takut alergi.

kredit by : goldenfemale.wp

air haram jika termasuk semut (Minum Air Semut Akibatkan 40 Hati Jadi Gelap?)

Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminum’nya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Jadi betulkah jika terMinum Air Semut Akibatkan 40 Hati Jadi Gelap? Apa pula hukumnya jika terminum air yang dimasuki semut?
Soalan:
BOLEHKAN kita minum air yang sudah dimasuki semut. Apakah ada kesannya ke atas diri kita? Benarkah ia boleh menjejaskan daya ingatan kita.
Jawapan:
Di dalam buku Prinsip Utama Makanan Dan Minuman dalam Islam yang diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri merumuskan bahawa pada umumnya Islam menetapkan benda di dalam dunia ini kepada tiga kelompok;
i. Yang halal dijadikan makanan adalah yang terdiri daripada benda yang memberi kesihatan dan tidak memudaratkan badan. Makanan ini disuruh makan.
ii. Benda haram seperti najis, kotor dan tercemar yang membahayakan kesihatan dan akal fikiran haram atau tidak harus dimakan yang mana berdosa sekiranya melanggarnya.
iii. Benda yang makruh iaitu harus dimakan tetapi lebih baik ditinggalkan.
Semut adalah binatang yang haram dimakan walaupun semut besar dilarang membunuhnya kerana apa yang dimaklumi ia memakan apa juga makanan sama ada yang bersih ataupun kotor . Pergerakan yang melata juga secara tidak langsung kemungkinannya membawa najis atau kuman pada badannya. Cuma tidak ada hukum tegas iaitu haram meminum atau memakan makanan atau minuman yang dimasuki semut kerana ada sedikit kesukaran dalam mengawal semut daripada memasuki air atau makanan.

Minum Air Semut Akibatkan 40 Hati Jadi Gelap Minum Air Semut Akibatkan 40 Hati Jadi Gelap?
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:
1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada
bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.
2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.
Kesimpulannya, Islam mengajar prinsip dan garis panduan itu, umat Islam disarankan agar berhati-hati dalam memilih makanan, minuman serta jangan bersikap acuh tidak acuh kerana makanan dan minuman akan menjadi darah daging. Ia boleh mempengaruhi, sikap, perwatakan dan pemikiran seseorang.
Dikata ilmu sukar melekat atau menjejaskan daya ingatan sekiranya minum air mengandungi semut mungkin disebabkan prinsip dan garis panduan halalan toyyiban yang wajib diamalkan oleh orang Islam dalam memilih apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan mahupun makruh dimakan. Tak ada hadith dalam pengetahuan kami mengenai gelapnya hati jika makan semut. Cuma dalam hadith Ibn Abbas, diharamkan membunuh semut. (Bulughul Maram, hadith # 1350), sahih. Lagipun jika TERtelan, maka sudah tentu manusia tidak dikenakan sebarang hukum, jika dgn sengaja pulak makan semut, maka ini suatu yg pelik. Oleh itu, janganlah sengaja menapis air gula yang dimasuki semut, apatah lagi semut itu mati di dalamnya.
Wallahualam
Kredit by : http://kopi-lekat.com