Raya Yang Jimat !!


Em, Bila dah besar, 
dah kerja dengan gaji yang tak seberapa (Alhamdulilah)..
so, maknanya RAYA ni aku perlulah berjimat.

Dulu boleh la, mak bapak belanja baju raya, rasa hati berbunga2, 
tapi sekarang mak cakap NO WAY! ayah cakap GO AHEAD!
so, kenalah beli baju sendiri. hihi. 

Aku dah conggak2, kira2, dan pencaturan,
 adalah lebihan beberapa keping not RM50 bila pembayaran hutang dan perbelanjaan harian aku selesai diketepikan.

kebiasaannya aku akan bahagikan
30% Hutang (PTPTN, Motor)
30% kepuasan diri sendiri (Makanan, hiburan, komik, majalah dll)
20% family (belanja adik, belanja mak, belanja ayah)
10% Simpanan (untuk masa hadapan, kawin, deposit kereta)
7% shopping (beli keperluan peribadi
3% Sedekah (Masjid, peminta sedekah)

So, Aku taknak la sentuh duit yang aku dah bahagi2kan,
nak sentuh duit simpanan pon rasa mcm bersalah.

BUT, Alhamdulilah,
Aku dengan kerjaya sebagai designer,
dengan bakat yang aku ada,
aku nak design & Print baju aku sendiri.
so, mybe itu lebih menjimatkan :)

Sekian, Terimakasih. xoxo.

Gigi Bongsu Sakit !

Argh ! sekarang aku tulis blog ni dalam kesakitan..
korang2 yang umur baya2 aku ni (22tahun) mesti pernah mengalami
kesakitan yang teramat sangat tatkala gigi bongsu korang meronta2 mahu keluar dari dalam gusi..
aku mula2 ingat biasa2 je pasal gigi bongsu ni,
tapi bila dah kerap pening kepala hanya disebabkan gigi bongsu,
aku pun mula pelik, then aku cuba search apa yang patut tentang gigi bongsu ni..
check it out :') (Sakit gila b*bi)

Latar belakang
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
X-ray gigi bongsu terimpak
 
Keadaan gigi bongsu di dalam mulut
Gambar dalam mulut menunjukkan gigi geraham ketiga
Apakah komplikasi gigi bongsu terimpak?
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
  • Kesakitan
  • Jangkitan
  • Kebengkakan
  • Penyakit gusi
  • Nafas berbau
  • Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
  • Kesukaran membuka mulut
Bila anda perlu berjumpa doktor pergigian?
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
  • Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Kebengkakan muka
  • Kesukaran untuk menelan
  • Kesukaran membuka mulut
  • Demam
Bagaimana anda boleh melegakan kesakitan?
Dapatkan rawatan secepat mungkin.
Anda boleh mencuba petua berikut bagi melegakan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
  • Makan ubat penahan sakit.
  • Berkumur dengan air suam yang dicampur sedikit garam.
  • Gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah gigi.
  • Hisap ketulan air batu supaya gusi menjadi kebas.
Rawatan oleh doktor pergigian
Rawatan berikut mungkin diberikan oleh doktor pergigian:
  • Gigi dan gusi dibersihkan dan dicuci dengan air saline (air garam).
  • Antibiotik diberi jika ada tanda-tanda jangkitan (infeksi).
    • Jika gigi bongsu tidak terimpak :
    • gusi yang berlebihan perlu dibuang (insisi).
    • Jika gigi bongsu terimpak dan masalah berulang :
    • gigi perlu dicabut melalui pembedahan.
X-ray gigi berkaitan mungkin perlu diambil untuk menentukan kedudukan gigi tersebut.

Selepas membaca reseach tersebut, aku mendapati gigi bongsu aku mungkin tidak dapat keluar dengan sempurna,
mungkin juga disebabkan masalah tersebut, aku mengalami kesakitan hingga mengalami pening yang berpanjangan. 
so, solusinya, esok aku nak jumpe dokter gigi. 

ok, sekian.. xoxo..

p/s : muda2 ni jagalah gigi anda sehabis baik supaya ianya kelihatan cantik dan memberikan keselesaan ketika anda melempar mahupun melontarkan senyuman kepada seseorang. 

Mem-Blogger-kan diri


haish (mengeluh)
lama jugak tak mem-blogger-kan diri, bukan ape.. 
aku ni jenis yang hangat2 taik ayam.. 
tengok orang lain tulis blog, aq pon bz nak tulis blog..
last2 APTB (apa pun tak boleh) 

Macam sekarang ni la,
mula-mula je ni semangat nak tulis blog, tengok la, esok mesti dah tak semangat, aku rasa tulis blog ni bukan bidang aku kot,


mybe jugak aq ni terlalu bz dengan kerja yang ada sekarang ni,
mana nak jadi telemarketing lagi @promindmalaysia
ditambah plak jadi designer separuh masa @qeconcept

Acctually aku ni banyak je idea nak di ketengahkan,
namun.. (cehhh.. namun...)
nak menyusun suku sakat kata tu yang tak berapa nak pandai sangat,
hihihi.. so.. sekarang aku dah tak peduli, lantak pi la nak tulis macam mana pon.

kalau nak diikutkan blog aku ni pun masih belum ada follower, sedihkan? hahaha.. xpela, blog ni hanya sekadar untuk lepaskan geram, gian dan krik2 yang terbuku di dalam hati aku sekian lama. 

biarlah aku sorang je yang tau pasal kewujudan blogger aq ni 
(cehh.. majuk la konon)

yang penting life aku sentiasa jimba (ayat budak zaman sekarang)

slmsyg. xoxo :) <-- bajet istanbul aku datang plak