beg radio (speaker)

Hola! Assalamualaikum :)


Ha! nak kongsi satu rahsia (iklan oreo). hehehe. cerita ni juz orang yang bace jela yang tahu. haha. konon2nye ni aku nak buat segmen gajet la (konon2nye) . tapi xde la gajet mane pon. juz benda2 pelik je bagi pandangan mata aku. hehhe :) ha! nak cerita pasal beg ni la.

bahagian hadapan :) comel tak comel tak? :)

bahagian blakang xpayah citer la :) 
tali2 tu jaus tok memeriahkan keadaan supaya bleh dipegang dan diselepang (ayat xbleh bla)

kisahnya bermula begini ! pada suatu hari, Eh! (cerita pasal beg je pun) ok! ok! serius! first aku jumpe beg ni time aku jalan (time squre je) dengan kawan aku azrie. Memang berkenan gila. maklum la aku ni memang minat benda pelik, limited edition and yang orang lain susah nak dapat. so bila aku minat sangat, sampailah aku terbayang-bayang. makan tak lena. tidur tak basah. mandi tak kenyang. (rasa macam bodoh. heheh)

then, minggu depannya aku pergi Time Square sorang diri coz malas nak berteman (gpon segan nak kongsi hobi pelik aku ngan orang). Lalu menuju ke kedai tingkat 5 and ... belom beli lagi, juz tanye harga dulu. mula2 tokey tu cakap RM200, tawar punya tawar akhirnya dapat RM120. And tak beli pon, Cina tu bengang dengan aku (padan muke!). Balik umah dulu. Fikir dua tiga kali jugaklah. last2 memang tak berdaya nak lawan lagi nafsu huha-huha aku yang membuak2 nak kan beg tu, so, minggu ketiganya aku telah membelinya dengan rasa bangga dan menyesal.
guna 4bijik betri AA untuk idop, but bleh tahan lama la, 
sampai 2bulan gak aku guna tak abis2. heheh :)
speaker dia mmg real speaker! coz tu aku tetarik. kuang3 :)

bangganya sebab beg tu memang limited edition (memang susah nak dapat. yang menyesalnya pulak sebab aku sanggup keluarkan duit RM120 semata-mata untuk beli beg radio (beg speker) ni. omg. memang satu2nya kerja gila yang aku pernah buat. tak pernah seumur hidup aku beli benda yang lebih RM120 ni, hahah :) 

Tapi, make sure kalau korang nak beli beg ni, janganlah dah beli tu korang p pasang muzik kuat2 dalam KTM, LRT, MONOREL or MRT. kang xpepasal kene cepuk dengan orang sebelah. heheh :) (pesanan khidmat masyarakat plak dah)


p/s : mak, ayah adik, kakak aku selalu tanya, "macam manelah kau boleh terbeli beg ni" hahhaha:) memang logik la soalan macam tu. mmg aku ni pelik, tapi aku ada jawapan untuk persoalan tu. "Setiap manusia dikurniakan pandangan dan minat yang berbeza2, bayangkan kalau sama? apa jadi, dah tentu2lah bini aku kene kebas. hehe :)

Percutian ke Pulau langkawi (Pulau Sumpahan)


kat pantai tetengah malam :)
(capik | Ayien | dilla | Ina | pejal | aku)

sori gamba burung tak nampak. hahah :) 
kalau pegi langkawi memang tak sah klu tak tangkap gamba kat sini.
(aku | capik | ayien | dilla | pejal | ina)


ha! haip semua! kenapa tetiba plak aku nak tulis pasal melancong ke pulau langkawi, bersebab wei, hahahha. first memang la rindu kat kengkawan, secondnye rindu gak ngan suasana langkawi yng nyaman aman dan damai, hahah. then yang ketiganya, tadi aku baru lepas tengok HMI kat TV3, cerita mengenai pulau langkawi, coz tu la aku tergerak hati nak tulis, walhal dah lama dah benda ni aku pegi, juz belek2 gamba, aq tersengeh2 sendiri. hahah :) percutian ni aku pergi secara tak sengaja,tu pun lepas kena paksa dengan kawan aku yang gila melancong ni,ha! name dia pejal kalau nak diikutkan memang taklah aku nak pergi melancong-lancong ni, tapi memandangkan aku dah janji dengan dia, so kenelah tepati. aku melancong ni pun guna duit gaji aku time aku keje kat 7 Eleven masa belajar dulu. adalah habis dalam RM150 kat tiket Air Asia, nak dikira2 balik kos pebelanjaan kat sana semua jadilah RM200, 

aku ni pun kurang belanja besar kat sana. time aku pergi ni pun memang sangkak gila, duit memang tak ada langsung coz duit baru lepas habis pakai buat beli laptop baru. memang tertekanlah, banyak benda yang aku nak beli kat sana terpaksa tahan nafsu huha-huha aku kat sana. so, Alhamdulilah agaknya Allah nak uji kesabaran aku agaknya. aku dapat bertahan selama 3hari 2malam kat sana dengan hanya berbekalkan RM50 kat sana. sempoi tak? hahaha :)

posing bosan depan signboard motel :) 

Motel yang comel lote :)


so kitorg kat sana dapatlah berteduh dekat Grand Beach Motel. pergh! memang grand la motel ni, dah la tepi pantai, bentuk dia plak macam rumah kampung, kecik comel je, dalam dia macam bilik. betuk je macam rumah, tapi besar bilik. hahaa :) dalam tu ada katil double dacker, then tandas n lengkaplah dengan keperluan untuk ktorg bertapak kat sana 3hari. then memang tak nak kalah, kitorg sewa plak kereta toyota serena :) hehhe . hebat tak ?

luar kereta sewa
(sebelum balik begamba dengan keta kesayangan utk 3 hari)
 dalam keta memekak bersama abg samuel


ape yang best kat sana, first skali mestilah banyak pantai2, then pantaikan sana memang bersih gila2, memang pandailah diorang jaga. aku terkesima (ceh! terkesima, ayat ntah dari kamus mane2 la aku kutip) memang jauh daripada kesibukkan kota (skali lagi ayat tak bleh bla), rasa tenang je jiwa aku ni selepas berassignment yang pulun kat kolej. memang lupe semua. 

cari air kelapa coz panas sangat. gila mahal. RM5 kot. 
kembung lepas mandi pantai chenang :)
aku rasa diorang ni bercinta la :) smoga bahagia. aum2 !
memang best gila lepak relles tension kat langkawi. lupe segala assignment :)
nampak tak muka penat aku main pasir n mandi laut :) 
(belakang tu pulau dayang bunting, kurang hajar sape buntingkan dia tu)
   
sebenarnya memang nak upload banyak lagi gamba, tapi memandangkan ada banyak gamba kawan perepuan (dilla) tak bertudung, so kene homat la hak privasi orangkan, terpaksa la lupakan niat nak mengupload gamba2 tu, sempatlah pergi ke makam mahsuri (beliau yang menyumpah langkawi, Allahuaklam), gamat, pantai, pekan langkawi tok beli cenderahati and ape ntah nama2 tempat2 tu tak berapa nak ingat. tapi banyak yang aku tak pergi, juz duduk bilik and dok tepi pantai je coz tak ada duit nak berjalan sangat, juz diorg2 ni jela yang berjalan merayau sini sana. hehhe :)
time ni baru je lepas kuar daripada kapal tebang ! Air Asia terbaik kot !
(pramugari semua cantik, pramugara kacak gila, pramugaruk memandu senyap2 kat depan)
borong gamat. Nak je aku bawak balik gamat besar blakang aku ni
pacak depan umah buat sedekah amal jariah

memborong cenderamata untuk bawak pulang (pulang? balik sudah. hehe)

mcm couple kan? haha. diorg ni honeymoon sebenarnye :)
sebenarnya aku sorang je xde pasangan time kat langkawi aritu. haha
(gurau k, jangan marah)
 
pramugari satu ! (:dalam flight:)

Rasanya ni pengalaman melancong aku firsttime dengan kawan2 aku yang gila2 ni. thanx la korang sebab sudi bawak aku. heheh :) aku tak bleh lupe pejal angkat aku bawak masuk kat laut paling dalam. pergh! gila. seb baik dia xlepas aku. klu tak memang kejang n lepas la aku dalam laut. haha.

P/s : melancong dengan kawan2 memang best! cuba la! 















beralih arah

haip! Assalamualaikum!

aku pun tak pasti kenapa, cita-cita and minat aku selalu berubah aku sering berubah2. ok! aku mula listkan cita2 aku dari aku kecik sampai aku besar.

darjah 3 hingga 6, aku nak jadi sainstis, so bila time Tun mahadhir mohamad tukarkan sistem pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris, aku jadi bercelaru, serabut belaja time tu. tapi masa guna bahasa melayu dalam sains, pergh! mantap gila keputusan aku, kalau tak B mesti a, Kalau tak A mesti B, Kalau tak B mesti C, tak pernah plak dapat keputusan bawah C.

then bila naik tingkatan 1-3 aku minat gila kat seni lukis, mybe sebab cikgu seni selalu puji lukisan n karya2 yang aku lukis kot (tak tau la pujian tu ikhlas ke tak) sebab lukisan aku selalu dapat A+, so tak mustahillah aku punya cita2 nak jadi seorang pelukis. padahal lukisan aku macam hampeh kot. bila aku tengok2 balik lukisan2 aku yang lepas2 macam cacing kerawit membesar dengan nikmat sawit pula.

so, tingkatan 4-5 plak aku bz kan diri dengan aktiviti di library, memang bz la. susun buku, baca buku, cop buku, segalanya tentang buku, time tu memang berangan nak jadi penulis buku (novelis/penerbit majalah) pulak. hahah :)

tapi disebabkan ketidak kuatan aku mengejar cita2 aku, kini aku diangerahkan diploma Multimedia kreatif, alhamdulilah lah, sekarang ni kalau dalam pekerjaan aku selalu lari topik, diploma je Multimedia Kreatif, but keje sebagai casher la, marketing la, executive la dan sebagainya. baru2 ni ada kawan call (alip) ajak keje kat tempat pakcik dia dalam lab tanah. (hahahha, mybe bleh rasa nak poyo2 jadi saintis yang kaji tanah. nak3!)

p/s : kalau bleh nak jadi semua. nak cuba semua. amin!

Giliran Irmisa AF2013 tersingkir akademi fantasia


Assalamuaikum :) hehehe

Rata2nye kalau kalau sape2 tengok akademi fantasi 2013 ni, mesti korang kenal dengan dou IRMISA kan? aku kipas-susah-mati diorg (konon2nye la) heheh. Diorang memang antara yang terbaik kalau kat dalam akademi fantasi untuk musim kali ni, tapi memandangkan mereka hanyalah berdiri di atas bakat kuriaan tuhan (suara mereka yang power) jadi mereka tersingkir di konsert ke 6 ni, Tahniahlah sebab tersingkir dengan cara yang bermaruah (kata2 kak Irsa).

Korang hebat kot. Memang kalau ikotkan pilihan dan komen2 juri memang korang tak patut terkeluar. tadi disebabkan undian daripada para penonton, korang ada kat tangga paling bawah, tapi korang still kuat dan bagi persembahan terbaik.

aku memang bangga dengan  ko la Irmiza dari mula kita kenal kat The Mines yang dikenalkan oleh sahabat nafisa baik aku  n karaoke satu lagu! Pergh! mantap gila suara kau time tu. then tak sangka plak dalam aku terpegun dengar suara ko kat karaoke, tiba2 dalam beberapa bulan (2bulan rasanye) dapat berita yang ko terpilih masuk akademi fantasia. Tapi apa kan daya, rezeki korang stakat tu je. Hope kalau ada undian masuk semula, korang akan terpilih. (amin)

Aku tau, lepas terkeluar ni, mesti Miza kene sambung blaja semula kat uitm, segamat kan? so, chayok2 la ya. hope sangat korang berjaya tembus ke industri muzik :)

p/s : aku pernah undi korg 3kali je. heheh :)

kawan terbaik!

Aassalamualaikum :)

I'am back ok! haahah, dah lama aku tak membebel sesorang kat blogger ni, actually aku macam biasa, ada cerita nak nak kongsi, orang dalam gamba dengan aku ni baru je telefon aku, alhamdulialh, dia sihat. Eh! lupe, nama dia Alip. Kawan baik a.k.a sahabat aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, then sampai sekarang. hehehe. hope sampai tua la aku dengan dia.

Alip call tadi sebab dia ada masalah, kesian dia, aku juz tolong yang termampu jela. aritu aku ada selisih faham dengan dia, aku ada terkecil hati sikit ngan dia, mybe dia tak tahu apa yang dia buat kat aku sampai aku kecil hati. then aku tak akan pernah btaw klu aku sakit hati kat seseorang, lagi2 kawan baik yang betol2 baik ngan aku, aku juz nak dia sedar sendiri je. (Hey! Lelaki pun ada hati ok!)  then sampai call dia yang lebih 10kali aku tak angkat, xsangka dia ada masalah begitu besar sekali, aku tak ada pada waktu dia perlukan aku. biasalah, lelakikan ego je lebih, langsung tak nak mintak maaf. then sekarang aku juz mintak maaf kat blog aku je. jumpe dia t aku buat bodoh je la. lalalala.

kawan baik kan, walau macam mana gaduh sekalipun akan baik jugak, dah jadi macam air dicincang macam mana skali pun tak akan putus, dalam hal macam ni aku lembut hati sikit klu orang orang yang sakitkan hati aku dah mula tegur aku balik aku akan layan macam biasa macam tak ada benda :) hehe, tu la sikap aku. bila dah mula sejuk hati, aku kembali normal.

thanx la sebab sudi berkongsi cerita n masalah ko kat aku. insyaAllah aku akan jadi pendengar terbaik untuk semua kawan2 aku, tu bukan janji, tapi pasti :)

p/s : kalau aku tak angkat fon, maknanya aku ada problem. hahah. so selalu2 la call. hahah. then satu lagi, jangan tanye kenapa gamba kat atas tu aku tak ada mulut, juz edit (budak multimediakan kreatif)