wasilah buat diri kita


Hope ada lagi insan yang akan hadir dalam hidup saya dengan wasilah yang penuh dengan kebaikan :)

Kawan ni boleh di ibaratkan sebagai pendamping hati dan boleh diibaratkan mereka daripada golongan malaikat dan syaitan , kadang2 ada sesetengah manusia akan meminta nasihat atau petolongan daripada sahabat2 mereka , dan harus diingatkan semua manusia bukannya baik , dan semua manusia bukannya jahat , jadi harus kita untuk berhati2 . kalau tersilap langkah , binasa .


so, kesimpulannya , minta petunjuk daripada tuhan-Mu . 


dejavu kuasa minda :)


Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.


Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.


Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”



Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.



Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.


Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.


Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.



Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.


Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.



Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.


 Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.


Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.


Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

kredit by penpatah.blogspot.com

Indahnya perempuan bertudung :)

sedar tak , tak pernah di dalam al-quran meminta seorang wanita untuk berjilbab atau memakai tudung ? tapi lebih disebut kepada menutup aurat , tak kisah la wahai perempuan , gadis , wanita anda mahu menutup aurat dengan cara apa sekalipun asalkan ianya tertutup . 

Sekarangkan dah banyak fesyen2 terkini yang boleh dijadikan benda untuk menutup aurat juz cuma kena inovatif sedikit supaya bersesuaian dengan gaya . tak semestinya dengan bertudung .

"indahnya seseorang perempuan itu adalah dengan menjaga malunya (maruahnya) , sekiranya malunya itu tidak dijaga maka maruah juga akan tergadai "

hanya satu ayat yang saya pegang :

perempuan yang baik untuk lelaki yang baik , dan sebaliknya perempuan yang jahat hanya khas spesial edition untuk lelaki yang jahat :)


loghat kat malaysia :)



apo kono ek jang ? (negeri 9)
demo la ni tak supo mulo . (kelantan)
kawe nak pegi jalang2 , mung nk ikok dOk ? (terengganu)
teman dah kabo kak awok . (perak)
sabar bah ! boleh bha kalau kau . (sabah)
kamek sayang kitak ? (sarawak)
awok nak jumpa koi (pahang)
lagu ni tak leh la (kedah)
ada ulau leee lahabaw ! (melaka)
senang ek ! cara seh ! (johor)
awat tak habak mai sama nanu (penang)


sebenarnya saya ni kurang fasih berloghat2 ni , kebiasaannya kawan2 selalu cakap dalam bahasa loghat , saya akan jawap dalam bahasa melayu yang begitu tulin . hahah :)

"bahasa jiwa bangsa kan?"

cerita pasal keturunan , memang mak saya belah johor jawa . but tak mengamalkan bahasa jawa . dan saya pun tak tahu nak berbahasa jawa . dan ayah saya pulak berasal daripada melaka . berketurunan bugis melaka , pun tidak mengamalkan bahasa bugis dan ayah saya kurang berloghat melaka , begitu juga dengan mak saya . jadi bila terlahirnya saya atas dasar cinta mak ngan ayah saya . maka jadilah melayu malaysia yang tak pernah kenal erti loghat melaka dan johor , bugis dan jawa . 

kadang2 rasa kekurangan bila kawan2 tahu loghat mereka masing2 , saya sekarang ni mula mendalami loghat2 yang ada kat malaysia ni supaya tidak kelihatan bodoh bila bersama mereka . 

kesimpulannya , jangan lupa adat dan asal keturunan kita , janganlah sampai nak tukar warganegara korea bagai :) sindiran untuk adik ayuni berbangga n terlalu bangga nk jadi warga korea walaupun muka jawa :)

semua berlaku ada sebab :)

juz nk kongsi cerita , saya ada seorang kawan serumah/sekelas . baru2 ni dia baru mengalami kemalangan/kecelakaan yang amat serius . dia mengalami kepatahan tulang lengan . patah tebu (terbelah dua) . dah nak last semester and last final exam benda ni jadi kat dia , dia selalu update benda ni pada aku , kalau tak menangis memang tak sah lah , then dia sentiasa akan mintak maaf dengan aku bila call aku . aku tau apa sebenarnya yang belaku but aku hanya diam dan diam . 

"sekuat mana pun ego seorang lelaki , ianya tetap menangis"

mybe aku terlampau sibuk dengan assignment final , aku tak sempat nak amek tahu hal dia , then kebiasaannya dia yang akan call and update tentang lengan dia yang patah pada aku . 

Sori , wei . aku memang tak sempat , lagi pun kredit aq memang tak mengizinkan . 

aku tahu kau penah anggap aku kawan terbaik yang pernah kau ada . then aku selalu jadi teman gaduh kau , teman gurau senda kau , teman yang selalu buat kau bengang dan selalu gak kita bergaduh pasal satu benda yang kecil . aku tak pernah cakap kat kau yang kau pun kawan terbaik yang pernah aku ada , ya ! kau kawan terbaik aku !. 

aku terlampau sakit hati dengan masalah yang pernah aku , engkau and gf/tunang kau lalui tu , macam2 dia tuduh aku , macam2 dia hina aku , gf kau pernah janji nak malu kan aku seumur hidup . tapi aku sabar . sabar dan sabar . 

time aku demam tiga minggu dan dokter cakap aku suspek denggi , cuma kau sorang je yang tahu , aku selalu pesan kat kau , tolong coverkan aku punya assignment , and bagi tahu pensyarah yang aku kurang sihat .

 tapi apa yang kau buat ? kau pun tak datang kelas , sebab apa kau tak datang kelas ? sibuk melayan awek kau dalam telefon kan ? aku tak kisah wei , aku tak pernah jeles , tapi beragaklah sampai tak datang kelas , siap tipu awek ko sendiri yang ko pergi kelas . tipu sunat la konon ? . awek ko nampak kebaikan ko melalui penipuan kau je . tapi malangnya dia tak tahu tentang kebenaran dan teruskan dengan tuduhan dia tanpa kau berani nak ceritakan semua kebenarannya .

Time aku sakit kau mana pernah call aku , sebab aku ni kawan terbaik kau la , sebab tu kau tak amek tahu pasal aku ? Oh ! time tu aku memang lupa , time tu kau dah jauh terbang melayang dengan gf/tunang kau , sehingga kau lupa ada lagi benda yang lebih berharga .

bukan aku nak balas apa yang kau dah buat kat aku , cuma tuhan itu lebih tau , dia maha adil , apa yang aku rasakan dulu , mybe sekarang kau juga rasakan apa yang aku rasa dulu . bertapa sakit , bertapa dunggunya aku ketika kau cerita benda yang tak benar kat gf/tunang kau .

gf kau pernah cakap aku tipu , pernah cakap aku demam olok2 , pernah cakap aku pemalas , pernah juga cakap aku ini and itu , siap sumpah seranah cakap aku setan .



aku manusia biasa wei , bila tahap kesabaran aku hilang , bila aku dianiaya aku akan berdoa dan mintak macam2 tanpa fikir panjang , biasannyalah doa orang yang teraniaya ni akan termakbul . 

tapi last2 yang kena kau , aku tak salahkan takdir , aku redha kau jadi macam ni , then aku tahu selama ni perangai kau macam mana . sebab tu aku tak nak lukakan hati kau , aku biarkan dan terus biarkan , sampai hubungan kita sebagai kawan dah tak serapat dulu . aku tahu kau lebih sayangkan tunang/gf kau . aku biarkan je . aku dah tak nak masuk campur dalam apa2 urusan berkenaan kau . aku tahu aku hanya penyibuk untuk kau buat masa sekarang ni . 

hope sangat supaya kau cepat sembuh dan kembali seperti dulu . kalau kau or gf/tunanglahsangat kau terbaca , mintak maaf sangat2 , mybe ni adalah pengajaran yang perlu kau and tunaglahsangat kau ambil iktibar . aku tulis ni pun sebab aku tak tahu nak cerita kat sapa lagi dah .

kesimpulannya , doa orang yang dianiaya akan termakbul dan dipandang tuhan :)

hargai duit mak ayah kita yang ditukar kepada baucar :) voucar buku 1 Malaysia ( BB1M )


bukan apalah , bukan nk kondem mane2 pihak , bukan nak sakitkan hati sesiapa , bukan nk komplain itu ini , bukan nak apa-apa pon . juz ini adalah pandangan daripada seorang pelajar yang akan terus belajar dan belajar mengenai erti kehidupan dan kesilapan silam .


"sedar tak korang yang duit baucar buku ni datang dari mana ?"



Tentu2lah daripada duit hasil titik peluh ibu bapa kita membayar cukai kepada kerajaan kan . 

aku sangat sakit hati bila ada pelajar yang salah gunakan baucar buku untuk beli benda2 yang tak berfaedah , langsung tak menghargai langsung . mybe saya juga seperti itu sebelum saya mula tersedar pada hari ini . dengan membeli bahan bacaan komik , novel yang langsung xada kena mengena dengan pelajaran . pernah tak korang fikir yang korang enjoy tu duit mak bapak korang . selepas aku sedar , on the spot aq terus belikan buku untuk adik2 aku yang masih study di tingkatan 3 , darjah 6 , dan darjah 3 .

sebenarnya saya tak berapa setuju kerajaan memberi baucar sebegini . mybe kerajaan perlukan artenatif lain untuk memberikan kemudahan kepada rakyat , mybe kurangkan kos pengajian or apa2 sahaja . baucar buku ni hanya menguntungkan sesetengah pihak (pemilik kedai buku/penerbit buku) , dan ianya jika difikir2kan semula , langsung tidak memberikan keuntangan kepada yang tidak tahu menghargai baucar tersebut . sedih :'(

ubat paling mujarab !

ni kegemaran yang paling aku tak boleh nak kekang dari dulu sampai sekarang . iaitu Pepsi , setiap masa kat mana2 je , mesti aku cari pepsi sebagai pendamping hidup aku . air ni lain sikit rasa tenang je minum .


then ramai yang cakap pepsi ni adalah salah satu air yang tidak bagus untuk kesihatan , malahan ayah aku yang doktor sendiri pon cakap air tu memang tak bagus kerana kandungan gula yang berlebihan dan carbon monoksida yang berada di dalam air tersebut . tapi bagi aku amat berlainan sekali . 


"Kalau kita anggap sesuatu minuman dan makanan itu sebagai penawar , dan membaca bismillah ketika mengambilnya , zat di dalamnya terus sahaja berubah"

"juga sebaliknya , sekiranya kita menganggap makanan dan minuman itu sebagai pantang dan penyakit , maka penyakit juga yang kita dapat"

kan dah banyak kajian yang dibuat keatas air tentang bacaan yang diberikan kepada air akan membentuk molekul tentang apa yang kamu tujukan kepada air tersebut . sebab tu selalunya pelajar cina akan letak botol air mereka di atas meja . n selalu belajar sambil minum air . 


yang penting kita harus yakin bahawa air tu mahkluk tuhan , ianya akan berubah jika dikehendaki tuhan diatas pemintaan kita . ingat ! . Aku selalu menganggap pepsi adalah penawar aku ketika kala aku demam . tup! tup! lepas minum terus baik , sedangkan adik2 aku selalu bergantung dengan air 100plus yang tak berapa nak plus sangat . thanx tuhan .

so, kesimpulannya penawar yang baik adalah membaca doa ketika makan dan minum .

game yang melalaikan , melekakan dan sewaktu dengannya :)

saya ni jenis yang tak suka main game ! sejak dari kecil lagi mak ngan ayah saya memang xpernah galakan untuk anak2 dia main game . game yang terakhir saya main adalah game video yang pasang guna tape tu . ynag harganya juz RM35 , baru main seminggu dah terbakar . sejak daripada tu ayah terus tak nak belikan lagi . then bila dah besar , kawan2 ajak main game , tangan kekok n kesan je nak pegang joystick . then bleh jadi ketagih bila ayah saya mula menghadiahkan saya laptop , dan time tu la saya mula pandai cari cd game dan download game . so , bila dah main game ni memang lupe nak study .

sekarang ni menjinak2kan diri main game online plak . rasa bangga la main game Sim City ni , rasa macam kaya pulak :) hahah

so, kesimpulannya walau seketagih mana pun main game , jangan la sampai xnk pergi kelas n xbuat assignment :) ingat tanggung jawap anda ok !

Misai ! Eee.. tak suka ! geli !

Misai ? Ee ! geli !
aku tak suka tengok orang yang bermisai  dan berjambang .. entah kenapa tah . geli sangat . klu juz setakat janggut tu mybe blehlah dimaafkan sebab sunnah rassullulah , tapi klu ada janggut cute sangat . . aku sebagai lelaki ni pun rasa tak selesa klu misai aku tumbuh , memang pantanglah nak tumbuh , baru nak tumbuh kena cantas . ada ke kelebihan misai ni ?  

ada jugalah kawan2 yang tak puas hati bila aku pos benda ni kat fb :
tapi , nak buat macam mane kan , mybe salah aku jugalah coz xhormat penampilan orang lain , then diorang pon kena pandai hormat jugalah apa pendapat aku . hehe . 

Ada juga yang cakap , misai ni akan menyebabkan seseorang menjadi macho n sebagainya , but aku menafikan juga , klu dah terlebih-lebih panjang misai seseorang tu , akan menjadi kegelian kepada orang lain . sampai dah tak tahu nak bezakan yang mana bulu hidung n yang mana misai .

so, kesimpulannya , klu nak bergaya macam mana pun , jagalah kebersihan diri anda . untuk sapa ? untuk anda juga . mybe untuk pasangan anda sekali .

korang minat korea ? aku tau jawapannya :)

jawapan dia :

"maaf , saya kurang minat" , "Saya peminat sejati" , "Apa barang korea?" , "gelinye dengan muzik korea" , "kOrea terbaik" , kOrea Gay!

itu terpulang koranglah , sama ada minat atau tak , muzik is muzik . aku tahu sebenarnya yang meminati korea ni pandang lebih pada rupa paras mereka dan gaya dan persembahan gerak tari mereka yang gempak , klu kat malaysia ni kurang sedikitlah benda2 yang macam ni . sO, sebab tu korang memilih artis korea untuk muzik pop dance kan ?

sebenarnya korang tak berapa minat pon korea ni sebab bila kawan2 korang dah mula tergila2 ngan korea, korang pon pada pemulaannya memcuba , then last2 korang juga akan terpengaruh . tu tak apa lagi , klu juz setakat terpengaruh dengan muzik je xpe , ni ada pulak yang lebih kepada haram jadah sampai nak tukar warga negara la , yang tak mengaku anak melayu , yang terlebih bangga dengan warga korea pon ada juga . macam kawan aku sendirilah , sampai sanggup ketepikan semuanya demi 'kekoreaan' mereka . korealah sangat . muka macam muka jawa . ada hati la pulak nak 'mengoreakan' diri . tOlonglah sedar , minat mana pun korang kat korea ni , lagu 'negaraku' , 'anak itik tokwi' , 'ais kacang' juga yang korang nyanyi masa kecik .

dan yang paling kukuh lagi yang aku bleh katakan korang taklah berapa nk minat sangat ngan korea ni sebab , korang faham ke 100% lagu yang di nyanyi kan ? bahasa korea ke korang guna dalam seharian ? then korang selalu sangat ke ulang alik dari malaysia ke korea hanya disebabkan konsert yang sesetengah kumpulan adakah ? plzz   . ..

hidupkah cinta dengan kongkongan ?


apa yang saya nampaklah , kawan2 saya ni hidup mereka penuh dengan kongkongan selepas bercinta . Oh tidak , saya tak mahu jadi salah satu daripada mereka . 


ada ke patut nak pergi mana2 nak beritahu pasangan yang masih lagi belum sah . dah tu kalau tak bagi tahu kena plak marah dan sebagainya . perlu ke ? ada juga yang kata perlu sebab nk jadi 'gf/bf mithali' la konon . entah apa bendalah . 

sanggupkan korang demi benda2 yang tak pasti lagi ni ? 

Korang tak rasa benda ni kelakar ke? macam tah pape tah , semua benda nak bagi tahu . sampai akaun fb/twitter sendiri pon gf/bf korang ada passwordnya . korang sedar tak apa yang korang buat ?  fb and twitterkan benda personal korang ? argghh ! aku bukan jeles sangat pasal aku masih single , but aq cuma risau benda2 ni yang akan buat korang bergaduh . tak payah nak berkongsi sangatlah kalau tak ada apa2 ikatan yang sah . saya ni cakap sebab benda ni pernah jadi pada saya . plzz . 

jangan campur adok kan personal korang dengan pasangan korang . okey ?

Orang yang bOring je akan bercinta :)


Dulu saya sering tak boleh terima hakikat kawan2 saya brcinta dalam usia yang terlalu muda . macam tak logik , apa yang diorang mahukan , apa yang diorang fikirkan ? saya sungguh was2 ketika mereka berinta , saya bimbangkan mereka . Boleh ke mereka hidup dengan masalah cinta yang akan membelenggu mereka seaku tekita nanti ? memang benar , banyak masalah yang mereka alami , mybe saya adalah salah satu tempat mereka untuk meluahkan masalah mereka walaupun saya tak berpengalaman , mereka tetap meminta pendapat saya . saya hanya memberikan mereka dorongan , semangat dan sokongan sahaja .

Ternyata, saya juga seperti insan lain , insan yang memiliki perasaan cinta . semenjak kebelakangan ni , saya rasa ada sesuatu kekosongan di dalam hati saya . kosong . kosong yang berlainan rasanya . rasa tak logik kalau saya jatuh cinta . jatuh cinta ? tapi dengan siapa ? di mana dia ? 

Ya ! saya suka dia , dah lama saya perhatikan dia . memang dah lama . tapi disebabkan ketidak beranian saya untuk u]luahkan segalanya , saya terus pendam dan penuhkan aktiviti saya dengan assignment dan kawan2 .

then setelah saya dapat tahu , dia sudah bercouple sekian lama dengan seseorang dan hubungan mereka sangat bahagia , bahagianya tidak terhingga , saya terus menjadi stalker . saya mengikuti perkembangan kebahagian mereka pada setiap pos2 facebOok yang mereka nyatakan . pelik . saya juga turut rasa bahagia . cemburu ? kadang2lah . saya berpegang kuat untuk kata2 ini :

"suka kat seseorang bukan bererti kita harus memilikinya kan ? "

saya percaya jodoh yang ditetapkan tuhan adalah yang terbaik , cuma tunggu masa , tika dan waktunya sahaja . saya suka dia , tapi saya tak tahu untuk terus kepadanya . 

" tuhan ! jagakan dia untukku adai dia milik ku tuhan "

hari2 terakhir sebagai budak multimedia :)

gembira kat hati ni tak terkata , lagi 2 minggu mahu menghabiskan pengajian saya di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics , syukur kepada tuhan kerana kau telah memberikan aku peluang untuk belajar . walaupun di kolej yang tak seberapa ini . 


"PELAJAR DIPLOMA MULTIMEDIA KREATIF"

sebenarnya sejak daripada semester 3 , saya sudah merasakan multimedia ini bukanlah bidang saya , saya cuba menjadi seperti tahu sumbat yang disumbat bermacam2 benda di dalamnya . walaupun saya merasakan ianya tidak berapa serasi dengan kos yang telah saya ambil ini , saya tetap sabar menempuh saat2 terakhir sebagai student Multimedia . belum di ketahui sesiapa ketika saya berada di semester 5 , saya telah pun praktikal di syarikat ayah saya sendiri sebagai HR , walaupun kadang kala ada benda grafik yang saya lakukan . itu pun hanya disebabkan untuk menepati syarat2 'kOs multimedia' dalam penyediaan laporan akhir . mintak maaf penyarah2 . mungkin ini yang terbaik . lepas ni , mybe amek kos lain :)

part time saya sebagai nOvelist :)

saya seorang nOvelist ! sebenarnya tiada siapa saya yang sebenarnya . saya menulis di dalam senyap , xnk shOw off , so memang susah nak nampak karya yang ada nama 'qayum hekayat' cOz saya terlalu perahsia :) saya hanya menggunakan nama lain untuk menulis, yang mungkin orang tidak akan kenali sampai bila2 , kawan selalu tanya,

"aku tengOk kau ni selalu berduit, ko dapat dari mana?"

tulah rahsia saya. Andailah kalau orang or kawan2 tahu tentang nOvel yang saya karang sendiri , Oh My God ! sungguh memalukan , ianya berkenaan dengan cinta . cinta .  dan cinta walhal saya tidak pernah mengalami rasa cinta . dan mereka (kawan2) saya tidak tahu, selama ini saya adalah penulis karya cinta mereka dan saya sadurkan di dalam nOvel2 saya . maaf , mungkin kOrang akan marah atau mungkin juga akan ggembira tahap cipan . thanx kawan2 yang sentiasa meminta khidmat nasihat cinta dan luahkan cerita cinta anda kepada saya.

"thanx tuhan kerana bakat yang kau kurniakan untukku"